HASIL KUMPUL SEPOSEN HARI-HARI, AKHIRNYA AKU DAPAT BELI MANGKUK TINGKAT LAUK NI

Sis Lin
23
HASIL KUMPUL SEPOSEN HARI-HARI, AKHIRNYA AKU DAPAT BELI MANGKUK TINGKAT LAUK NI | Siapa sini macam Sis? Duk bukak apps PGmall kumpul seposen hari-hari kat PGmall Shake The World tu setiap hari? Kekadang kalau klik dapat seposen, ada masa paling banyak tiga puluh sen, dan ada ketikanya dapat baucer diskaun dari kedai-kedai yang terjual dalam PGmall tu. 

Hari-hari ko Sis bukak dan tekan, tak silap sehari boleh dua kali rasanya.. entah ek, lupa pulak, tapi rasanya macam yee.. rugi oii tak bukak dan klik, seposen pun kalau dah hari-hari kumpul, banyak juga. Tengok macam Sis ni haaa, akhirnya dapat juga beli mangkuk tingkat simpan lauk ni hehehe.. tak payah keluar duit sendiri, jimat dah di situ.

Sambil-sambil main handphone kan, ada gak manfaatnya, ye dakkk hehehe..Kalau yang belum tau tu, haaa silalah berbuat demikian.. untung nasib kalau korang klik, manjang ko dapat tiga puluh sen, kalau dah dua kali sehari, then kalau dah hari-hari, tak ke banyak tu kannn hahahaha.. 

Hasil Kumpul Seposen Hari-Hari, Akhirnya Aku Dapat Beli Mangkuk Tingkat Lauk Ni

Sebenarnya lama dah nak beli, dari masa mula benda ni viral dulu, tapi sebab berjaya menahan nafsu, makanya tersadailah dalam 'Add to Cart' kat Shopee tu. Rasanya dah beratus barang dah duk dalam troli tu, saja suka save, belinya takk hahahaha.. aje marah seller ek sebab memperdayakan dia huhuhu..

Eh tapi hak kita laa kan nak beli ke tak? Hak membeli hak pengguna, so tak payah nak marah atau block kita.. Kadang kita ni save sebab nak bandingkan harga dengan lelain kedai, mana tau kan, benda sama, tapi harga ada jauh lebih murah.. 

Kadang pun pelik, nape boleh harga lelain kan? Barangnya sama, kualiti pun sama, tapi boleh harga lain-lain... entah laaa.. so kita ni kena bijak membeli.. jangan sampai rugi dan jangan sampai tertipu.. 

Hasil Kumpul Seposen Hari-Hari, Akhirnya Aku Dapat Beli Mangkuk Tingkat Lauk Ni

Tu diaa... hanya RM28.90 saje ko, murah tak murah tu? Bila dapat pun besar bekasnya.. puashati lerr juga.. sebab ada kawan Sis beli, saiznya kecik, tak sama macam Sis punya, yang Sis punya besar. Sis pun tak tau ada saiz ke apa ke, main beli aje hahaha.. 

Mula nak beli tu pun fikir, perlu ke? Sis guna ke nanti? Tapi dah fikir dua tiga kali, arghh beli je laaa.. kot mana tau berguna juga ni untuk simpan lauk, supaya semut dan lalat tak masuk. Sekali betul.. berbaloi lee beli.. lagipun tak guna duit sendiri kann, so beli je laa.. 

Bila dah masak, masuk dalam pinggan, terus simpan dalam tu, then dia punya kepanasan lauk tu, boleh bertahan lama juga dalam tu, sebab dia ada fungsi 'keep warm' dalam bekas tu.. eh entah laa.. yang Sis faham macamtu laa hahahaha.. 

Pinggan pun muat saiz pingan sebesar pinggan lauk IKEA tu.. Yaaa Sis guna pinggan mangkuk putih IKEA aje ko.. beli kat IKEA baru RM2.50sen hahahaha.. buat basahan, sebab yang lain dah masuk lemari nak pakai buat raya hahaha.. *pinggan baru belum sampai lagi, dalam proses penghantaran, syhhhhhhhhh... 

Hasil Kumpul Seposen Hari-Hari, Akhirnya Aku Dapat Beli Mangkuk Tingkat Lauk Ni

So lepas ni haaa jangan lupa buka apps PGmall dan 'Shake The World' hahahaha.. kumpul seposen hari-hari, untung nasib dapat tiga puluh sen... dah banyak nanti boleh beli apa yang ko rasa perlu.. korang tak nak ke?...Kalau Shopee tu ada juga, tapi shake-shake dapat point aje.. dah malas nak kumpul point, lambat nau nak jadi banyak, paling tak masuk kebun tanam pokok duit aje manjang hahahaha.. 

Jangan kata hakak tak payung haaaa hahahahaha.. Selamat menabung ✌


P/S: Harini agak sibuk, banyak urusan di luar nak di selesaikan.. Moga semuanya dipermudahkan.. aamiinn.. 

Post a Comment

23Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Boleh shake sehari sekali jer, Lin. Kalau belum 24 jam, nt dia kata dah over limit, hihi.

    Wow, pinggan baru dalam penghantaran tuuuu,..

    ReplyDelete
  2. InshaAllah tak lama lagi sampai la tu pinggan baharu. Yes.

    ReplyDelete
  3. best nya menabung kat PG Mall dapat Tudung Saji Viral ni..AR pun dah lama tengok2 bekas ni. Tapi macam tak perlu. tu xbeli2 tu.haha

    ReplyDelete
  4. wah best nya.. boleh cuba la . tentu seronok dpt hasil dari menabung mcm ni

    ReplyDelete
  5. Macam best je tudung saji moden ni. Rasa macam best je sebab boleh stack makanan tertutup macam ni.

    ReplyDelete
  6. WAHHHH kenapa baru tau ni..ish rugi la..saya pon da lama aim bende alah ni kak..haippp nk install skrg

    ReplyDelete
  7. Senang juga guna bekas ini.. Nak kena beli juga ini..

    ReplyDelete
  8. PGmall tu mcm shopee tu ke?
    Arini ako bosan takde idea nak update ahhaaa...

    ReplyDelete
  9. mak mertua pun ada mangkuk tingkat camni. memang senang nak letak lauk. and jimat ruang

    ReplyDelete
  10. Aaa.. bagusnyaaa.. nak kena shake jugak ar.. lama x singgah PG Mall sejak beli satu dua barang ritu.. huhu... Nak jugak barang gini

    ReplyDelete
  11. Rajin berbelanja, banyaklah tabungannya

    ReplyDelete
  12. huda pun guna pinggan ikea jer. murah tapi kualiti tip top kan. haish tergoda juga ni nak beli , boleh guna simpan lauk pauk nanti

    ReplyDelete
  13. Rawlins pun nak main shake la. Kat dalam cart tu ada berpuluh barangan yang disukai tapi tak wajib bahaha

    ReplyDelete
  14. Hahah gigih shake sampai rm 28.90 akak ni. Goncang sejak PKP kan kak. Hahahhaha. Saya pun nak beli la tudung saji bertingkat ni. Praktikal tak kak? Almaklumlah lauk kita bergulai, berikan bakar. Bleh ejas layer dia ke kak? Banyak soalan kan? Hahaha

    ReplyDelete
  15. PGMall ye. Kita ada gak app ni. Lama dah tak shake the world. Menarik ye food storage tu. Nak beli gakla. Harap meow kita tak tolak sebab bau makanan. Hehe.

    ReplyDelete
  16. Rajin sis shake hari2. Nur ni lupa sokmo nak shake. Betul lah tu, sikit2 kumpul banyak juga nanti kan. Btw, Aromate ni antara trusted seller juga dekat PG Mall. Pernah beli juga dgn dia

    ReplyDelete
  17. seposen hari hari, ini unik cara simpan duit ni, nak cuba la

    ReplyDelete
  18. First nmapak bekas ni masa tengok CJ Wow Shop sebab dalam tu ada jual. Rupanya di PG Mall pun ada lah 😂

    ReplyDelete
  19. ada eh reward seposen tiap hari? baru tau. pasni nak collect jugak la, haha

    ReplyDelete
  20. Wahhh menarik... Nak kena beli lah ni. Lagi pun jimat ruang nak simpan lauk pauk. Lebih kemas.

    ReplyDelete
  21. pinggan baru tu menarik...haahahah...tunjuk nanti

    ReplyDelete
  22. wow congrats on saving enough to buy this pretty dish keeper! i kept seeing it on shopee also, quite tempted to buy one too!

    ReplyDelete
  23. Ye akak kita pun tepengaruh juga beli mangkuk tingkat macam ni senang wakakakakka lepas ni makin penuh meja tu dengan makanan tapi nampak cantik kan suka juga kita..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!