INGIN BERCUTI SEPERTI BERADA DI RUMAH SENDIRI? JOM KE PINETREE MARINA RESORT! | Kenapa Sis kata begitu? Sebabnya ketika Sis datang bercuti atau staycation di sini, seolah Sis berada di rumah sendiri. Setiap ruang dan biliknya selesa dan segala kelengkapan semua tersedia.
Kelengkapan tersedia tu Sis maksudkan apa yang ada di rumah kita, so semua ada di sini. Contohnya mesin basuh beserta mesin pengering, ruang mengosok, dapur memasak, peti ais yang sebesor tidak, microwave, juga termasuk peralatan periuk, kuali, pinggan, mangkuk, cawan dan semuanya, pun siap sedia. Walau tidak sebesar mana dapurnya, tapi ruangnya luas sekali.
Untuk kali ni Sis dan juga 3 lagi kawan Sis, kami stay di tingkat 18 yang mempunyai 3 bilik tidur, 1 ruang tamu dan juga ruang dapur. Melangkah masuk je dah teruja nengok kebesaran ruang makan yang menempatkan meja makan di tengah ruang antara dapur dan runag tamu. Ruang menonton atau tamunya pun luas. Siap dengan tv di situ.
Macam biasalah waktu untuk mendaftar masuk atau Check-In adalah jam 3pm. Jika nasib korang baik, jika bilik dah sedia ada tersedia, mungkin korang boleh dapat check-in sejam lebih awal, macam Sis haritu, alhamdulilah... dapatlah berehat menikmati keindahan pemandangan di situ dari tingkat 18.
Yang bestnya, masuk aje ke bilik, pihak Pinetree Marina Resort menyediakan kelengkapan penjagaan SOP kepada pengunjungnya. Di letakkan di atas meja di ruang tamu. So kalau korang terlupa membawa kelengkapan hygiene dan safety korang, jangan risau, buat masa ini ada di sediakan.
Oh, yaaa untuk 3 bilik yang di sediakan, Sis amik peluang inap di Master Bedroomnya yang menempatkan sebuah katil King, bilik air beserta bathtub dan juga kelengkapan mandian, tv dan meja study. Cukup besar ruang biliknya oii...
Meh jom tengok kesemua 3 bilik dulu ya.. lepas tu baru pusing ruang lain hehehe..
Tu dia bilik Master Bedroom yang Sis inap bermalam di sini selama 2 Hari 1 Malam di Pinetree Marina Resort. Memang puashati dari segi keluasan bilik. Kelengkapan semua lengkap. TV pun ada, meja study pun ada, bagi korang yang nak stay sambil Work From Hotel (WFH), pun sesuai sangat laa tu. Sis sendiri pun bawa laptop buat kerja.
Bilik airnya siap dengan bathtub, tapi tak sempat nak berendam dalam tu. Kelengkapan mandian pun ada, tak payah le susah-susah korang nak bawa barang mandian, tuala dan pengering rambut pun ada. Dah kata dah semua ada kan.. buat apa nak susah-susah hehehe..
Okay jom ke bilik ke-2 pulak okay. Bilik ni Rohaida dan adiknya inap sini.
Bilik ke-2 ni terletak di ruang tamu depan. Ruang bilik pun besar juga. Untuk anak remaja atau kecil pun sesuai sangat. Menempatkan katil Queen beserta almari, TV dan juga meja study juga. Sama macam bilik Master Bedroom tu haaa..
Dan tandasnya dalam bilik juga, cuma takde laa bathtub. Kelengkapan mandi juga sama, semuanya tersedia beserta kelengkapan lain juga termasuk tuala, cuma tak tau pulak laaa ada ke tidak pengering rambut, kalau takde, ko pakai je laa di bilik air Master Bedroom tu kan..
Okay last sekali jom ke bilik no-3 pulak.. Bilik ni Sunah yang inap..
Dan yang membezakannya juga adalah, bilik airnya berada di luar dari bilik. Korang tengok dalam gambar kedua tu, nampakkan di depan pintu tu, haaa itulah bilik air untuk bilik ni atau bilik air untuk kegunaan tetamu di luar. Kelengkapan mandi pun sama di sediakan seperti bilik-bilik lain juga, dun wuri okay.
Tapi okaylah bagi Sis. Setiap bilik ada bilik airnya sendiri dan juga pemandangan luar dari bilik tersendiri. Janji selesa, tidur nyenyak dan lena tidurnya..
Haaa nampak tak tu keluasan ruang dapur beserta dining dan juga dapurnya. Perhatikan gambar last tu, sebelah kiri adalah bilik no-2 tadi tu, dan sebelah kanan menempatkan bilik Master Bedroom dan juga bilik no-3. Mulanya kan, ingatkan sebelah kiri tu Master Bedroom, rupanya Master Bedroom bersebelah dengan bilik no-3.. hehehehe..
Bagi Sis memang cukup besar ni kalau stay bersama family yang agak besar. Boleh menempat kan 6/8 orang dalam satu masa.
Cuba korang perhatikan gambar di dapur tu, sebelah kiri tu ada satu pintu kan? Haaa di situlah menempatkan mesin pencuci baju beserta dryer dan juga ampaian. Papan pengosok dan sterika juga di tempatkan di dalam tu. Tapi nanti kalau korang nak menggosok, korang keluarkanlah dan gosok di bahagian ruang tepi dinding sana, lebih lapang ruangnya dan selesa.
Dapurnya juga kemas, boleh memasak tapi ko janganlah beriye sangat memasak ekk, melampau nauuu kang sampai nak masak rendang kang hahaha.. takat nak masak King Crab simple atau panaskan lauk je okay laa, lagipun microwave pun ado tu haaa.. Kang ado berasap satu rumah oiii hahahaha..
Kemudahan di sini juga tak kurang hebatnya seperti stay di Hotel lain. Swimming Pool ada, GYM ado, Sauna ada, cuma buat masa ini dalam keadaan MCO ni semua kemudahan tu DI TUTUP SEMENTARA ya.. So kalau korang nak mandi kolam atau pergi GYM ke Jakuzi ke, korang boleh ke Fraser Place bersebelahan dengan Pinetree ni untuk guna Swimming Pool dan juga Gym mereka.
Kalau malas, duduk aje dalam bilik, sambil nikmati pemandangan yang indah dari tingkat 18 macam Sis tu... nyaman nokkk... inilah masanya nak tenangkan diri dan rehatkan minda.. seronok sangat..
Satu je Sis nak bagitau ya, Pinetree Marina Resort ni kalau korang stay sini, tempatnya takde restoran. Mereka hanya ada Grab & Go Cafe aje yang korang perasan masa nak masuk ke Lobby, Grab & Go Cafe ni berada di depan pintu masuk. Yaaa di situ korang boleh lepak minum dan makan.
Atau kalau korang lapar nak makan Lunch, korang boleh pergi ke Fraser Place sebelahnya tu, dan nikmati makan tengahari Absolute Hi-Tea Lunch di Swatches Restoran mereka, memang puashati.
Tapi di Grab & Go Cafe ni, tidak ada menu berat, takat nak minum Hi-Tea tu okay sangat dah, sebab ada pizza, roti, muffin dan aneka biskut juga, Pilihan minuman pun banyak. Korang boleh lihat sini --> Grab & Go Cafe untuk ke semua menunya okay.
Dan untuk pengetahuan korang, penginapan di sini beserta sekali dengan sarapan pagi yaa. Dan yang bestnya sarapan pagi tu di hantar terus ke bilik korang. Korang tak payah laa susah-susah nak keluar mencari sarapan atau turun ke bawah, tunggu aje laa mereka hantar yaa.. kan mudah tu..
Menu sarapannya juga agak banyak, time Sis tu kami dapat sebungkus nasi lemak, muffin, donut, roti, buah dan juga secawan kopi. Memang banyaklah bagi Sis.. tak habis juga makannya.. Nasi Lemaknya pun sedap, kena dek tekak Sis pagi tu makan. alhamdulilah..
Masa untuk check-out adalah jam 12pm seperti biasa, jika korang ada sebab munasabah yang jadi lewat untuk check-out, sila bagitau pihak berkenaan yaa.. takut nanti ada extra charge pulak kan.. jangan kata hakak tak cakap yaaa...
Ada pulak yang tanya WiFii hahahaha.. okay untuk WiFii memang ada tersedia, tapi harap maklum ya, tidak berapa nak laju dan ado hahahaha cuma guna janji ado je lerrr buat geli-geliupdate status, dah duk tangkat 18 oii, nak laju aponya... Eh, jap.. takde WiFii tak boleh ke? :p
Overall untuk pengalaman menginap di Pinetree Marina Resort ni, Sis sangat puashati, sangat selesa dan sangat berbesar hati, satu hari Sis akan datang lagi bawa family pula ke sini. Jujurnya memang anak-anak dan Suami suka staycation di mana tempat dan biliknya seperti rumah sendiri begini, so rasa lebih selesa kan, sebab memasing duduk dalam satu rumah dan punya bilik memasing.. Lengkap semua kelengkapan, mudah kerja kita sebagai Ibu Bapa nak pantau anak-anak dalam satu rumah.. betul tak?...
Untuk korang yang nak tengok LEBIH BANYAK GAMBAR penginapan Sis di sini, korang pergi ke Facebook Page Aku Sis Lin sini okay.. klik je nama tu.. muntah ijo kang ko nengok gambo hahahaha...
Korang yang nak staycation sini, jomm! Tengah ada promosi ni..guna diskaun CODE di bawah okay..
Pinetree Marina Resort
Address: Jln Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri, 79100 Nusajaya, Johor
Phone: 07-266 8288
Pay for 1-Bedroom, get 2-Bedroom Apartment
🧳Weekday Exclusive
RM 260.00nett with breakfast for 2
Discount code WENOV11
🧳Weekend Getaway
RM 370.00nett with breakfast and hi-tea buffet for 2
Discount Code WGNOV11
*Valid until 1 May 2021
Book it now:
🌐 www.pinetreemarinaresort.com (apply Discount Code)
📩 enquiries@pinetreemarinaresort.com
📞 +607-266 8288
P/S: Psttt kat belakang Pinetree ni ada The Pasar woo, best giler Pasaraya dia hohoho.. korang pi laaa...
Wa... suka laa bilik2 dia... kemas, selesa, tak serabut mata...yg penting nampak bersih.
ReplyDeleteKannn, memang lapang, luas dan tersusun ajee.. dah macam rumah sediri..
DeleteKalau boleh dan sesuai untuk 6 hgga 8 orang kita ok sangat tu Sis. kalau tak nak bayar sendiri boleh je kongsi-kongsikan. Dan bila tengok puas hati ni.
ReplyDeleteYee PC, bilik ada 3, so memang sesuai untuk family besar.. cukup luas...
Deleteok xde rezeki org joho... kita br nak banjer kat sini hhaha ;p
ReplyDeleteNanti next time datang JB, inap sini Ret..
DeleteKt jb ni mcm2 ada. Tak payah pegi jauh. Tggu adik balik Malaysia bawak mak jalan jb je. Puas hati dekat 🤣🤣🤣
ReplyDeleteKann Ena, cuti dalam Johor pun tak terhabis hahahaha
Deletegrab coffee and go, best nyaa.. jalan2 puas dekat luar and lunch siap2 then balik coffee dekat lobby before masuk bilik :)
ReplyDeleteKannn, santai lepak chill-chill je dengan member, manyak syokkk
DeleteNampak menarik la biliknya. Luas dan bersih dengan dekorasi moden. Mengadap laut pulak tu...heaven sangat.
ReplyDeleteMemang sis back to back kr? Sebab Hotel fraser tu pun dekat je kan? Cantik tempat ni nanti kalau ke sana boleh cek in
ReplyDeleteWow........Seriously, cantik nyer Inetree Resort nie. Tringin pula saya nak bercuti di sinie. Harap nyer dpt lah rentas negeri after raya nie. Huhuhu...........
ReplyDeleteSis, mana nak daftar as sebahagian pemilik hotel2 Johor ini? Aku suspect Sis Lin nie ada share sikit kat hotel2 sekitar Johor nie. Eh. Yang nie takde tub plak ye?
ReplyDeleteWoww sangat tempat dia , kalau dah boleh rentas negeri lama dah datang terjah. Suka konsep grab n go tu , walaupun simple tapi semua nampak sedapppp . Dapat kopi syokk nihh
ReplyDeletememnag bestla datang sini. MAcam rumah ya..semua kelengkapan ada. Mau taknak balik kalau dah stay sini
ReplyDeleteWow the whole place looks so classy wish I could have a staycation over here. The room looks so spacious indeed.
ReplyDeleteBest klu semua ada dlm bilik hotel buat mcm rumah sendiri
ReplyDeleteAyiooo bestnya kalau rumah kita memang macam hotel hehehe tengok lah dekorasi memang terbaik first class lah kalau dah rumah macma hotel baik tak payah keluar heehhehehe.. Tapi tempat ni menarik gilerrr kena cuba datang ini...
ReplyDeleteHotel khas buat family yg datang bercuti. Luas Dan sangat selesa
ReplyDeleteMurahnya staycation kat Pinetree Marina Resort ni! Siap ada breakfast lagi! Terbaik la! If boleh rentas sure dh book skrg jugq!
ReplyDeleteSedap je mata memandang :) Nampak kemas bersih cantik and ish kemas la senang cerita hati pun senang
ReplyDelete