IRAMA SET & BUFFET RAMADHAN DI AMARI JOHOR BAHRU HANYA RM98NETT SAHAJA

Sis Lin
19
IRAMA SET & BUFFET RAMADHAN DI AMARI JOHOR BAHRU HANYA RM98NETT SAHAJA | Ada set ada buffet, so mana pilihan korang? Yaaa ikutlah selera tekak memasingkan? Ada yang suka makan jenis set, sebab malas nak bangun-bangun ceduk makanan, tapi kalau set ni kurang sikit pilihan makanan, dan ada juga lebih suka makan buffet sebab banyak pilihan makanan ada dan rasa berbaloi bayar lebih. 

Tapi jangan keliru pulak, dengan harga RM98nett itu, korang boleh pilih, antara nak makan set atau pun buffet. Pilihan di tangan korang. Tapi biasanya kalau Ramadhan ni memang banyaknya buffet aje kan?. Jarang ada set. Dan bagi nak memberi kepuasan diri sendiri, Sis baru-baru ini pergi mencuba sendiri nikmati Irama Set Ramadhan di Amari Johor Bahru. Ye laa asyik makan buffet aje kan, so kali ni kita cuba set pulak. 

Amaya Food Gallery di tingkat 6 Lobby bertempatnya tempat makan di Amari Johor Bahru ni. Dan ketika bulan Ramadhan juga, di sinilah akan korang nikmati berbuka puasa korang. Apa-apa pun patuhi SOP yang telah di tetapkan okay. 

Untuk Irama Set Ramadhan ni ada dua jenis pilihan menu yang korang boleh pilih, samaada nak Irama Malay Set atau Irama Thai Set. Nampak sama, tapi beza dari segi rasa dan juga menunya. Nak puaskan hati, Sis cuba keduanya hahahaha.. bukan gelojoh, nanti korang tanya, senang Sis nak cakap hahahaha.. 

Okay kita mulakan dengan Irama Thai Set ya.. 

Irama Set & Buffet Ramadhan Di Amari Johor Bahru Hanya RM98nett Sahaja

Haaa ada nampak itu semua makanan? Yaaa itulah antara semua hidangan Irama Thai Set yang akan mereka hidangkan kepada korang ketika berbuka puasa. Boleh habis ke ko makan haaaa? Tapi memang betul, kalau korang datang ketika lapar, Sis rasa memang boleh habis kalau makan ni, sebab semuanya sedap.

Untuk pilihan menu memang berpinggan dan bermangkuk la satu-satu akan di hidangkan depan korang, janganlah terkejut yaa, sebab senarai makanannya pun kalau korang baca, boleh mengucap panjang hahahaha.. Memang puashati kalau semata ko datang makan sorang time lapar. 

Menu-Menunya adalah; 
1. Yum Talay
2. Tom Yum Goong
3. Pineapple Fried Rice
4. Steamed White Rice
*5. Grilled Lamb Jim Jaew
OR Beef Massaman*
6. Signature Green Curry Chicken
7. Deep Fried Fish with 3-Flavoured Sauce
8. Stir Fried Prawns with Chili Paste
9. Thai Style Mixed Vegetables
10. Mango Sticky Rice
11. Assorted Cut Fruits

Dan antara yang menjadi kesukaan Sis adalah; 

Irama Set & Buffet Ramadhan Di Amari Johor Bahru Hanya RM98nett Sahaja

Grilled Lamb Jim Jaew

Irama Set & Buffet Ramadhan Di Amari Johor Bahru Hanya RM98nett Sahaja

Signature Green Curry Chicken

Irama Set & Buffet Ramadhan Di Amari Johor Bahru Hanya RM98nett Sahaja

Stir Fried Prawns with Chili Paste

Kesemua menu pun sedap, kenalah dengan tekak Sis ni, walau ada certain baru pestime Sis rasa, tapi at least masih boleh telan dan makan licin hehehehe.. Macam Tom Yum Goong tu, Sis tak berapa makan, sebab agak biasa kan, so Sis cuba rasa menu lain yang jarang Sis makan. So far semua okay dan sedap. 

Tu tekak Thai laa.. kalau ada yang tak suka, haaa korang boleh cuba pulak Irama Malay Set. Haaa ni orang kata betul tekak melayu, sebab cuba ko baca menu di bawah tu, siap ada Gulai Patin Tempoyak, ko ngase Sis nak tengok aje ke? Hahahaha.. 

Irama Set & Buffet Ramadhan Di Amari Johor Bahru Hanya RM98nett Sahaja

Untuk menu Irama Malay Set ni, Sis rasa ramai akan sukakannya, sebab selera pada menu dia memang menyelerakan, sedap kesemuanya setakat pada haritu Sis makan. Jika bagai di kata, insyaAllah time korang datang pasti akan lebih sedap. 

Tengok menu je dah tau sedap, apatah lagi kalau mencubanya. Portion dia pun sama macam Irama Thai Set dia. Kalau korang betul lapar, pasti boleh makan semuanya sampai licin, tapi jika rasa banyak menunya, silalah bawa partner korang dan makan bersama ya., 

Menu-Menunya adalah; 
1. Chicken and Beef Satay 
2. Oxtail Soup
3. Briyani Gam Rice
4. Steamed White Rice
*5. Spicy Lamb Caramel 
OR Smoked Beef with Spicy Coconut Milk*
6. Chicken Perchik
7. Gulai Patin Tempoyak
8. Pineapple Prawn Curry 
9. Chili Eggplant
10. Sagu Gula Melaka
11. Assorted Cut Fruits

Dan yang menjadi pilihan Sis adalah; 

Irama Set & Buffet Ramadhan Di Amari Johor Bahru Hanya RM98nett Sahaja

Oxtail Soup

Irama Set & Buffet Ramadhan Di Amari Johor Bahru Hanya RM98nett Sahaja

Gulai Patin Tempoyak

Irama Set & Buffet Ramadhan Di Amari Johor Bahru Hanya RM98nett Sahaja

Smoked Beef with Spicy Coconut Milk

Wuuuu tengok balik gambar tu semua, jadi kecur Sis pada Gulai Patin Tempoyak dan juga Daging Salai tu weyyy.. sedap sangat, serius cakap.. sampaikan kawan Sis si Sunah yang tak pandai makan Gulai Patin Tempoyak kena paksa dengan Sis cuba, terus jadi suka hahahahaha...

Memang sedap, Sis pasti korang mesti suka. Daging Salai lemak tu pun sedap... aishhh semua sedap hahahahah.. berbaloilah ko makan bebanyak gitu sengsorang kalau boleh habis. Kenyang sampai ke Sahur gamaknya hahahaha.. 

Irama Set & Buffet Ramadhan Di Amari Johor Bahru Hanya RM98nett Sahaja

Dan jika korang nak dan lebih suka makan buffet, okay korang boleh juga makan buffet sepanjang Ramadhan di Amaya Food Gallery di Amari Johor Bahru ni. Harga pun sama juga RM98nett per-person. Tapi untuk Irama Set Ramadhan tu, korang boleh makan 'sharing' berdua jika mahu. 

Jangan pening, harga RM98nett per-set but boleh makan berkongsi, TAPI jika Irama Buffet Menu, RM98nett per-person only okay.. bukan untuk berdua bertiga atau beramai-ramai hahahaha.. ehh jap Sis ko pun pening hahahahaha.. 

Nak tengok BANYAK LAGI GAMBAR? Haaa korang pi Facebook Pages Sis di bawah ni yaa... 


Irama Set & Buffet Ramadhan Di Amari Johor Bahru Hanya RM98nett Sahaja

Untuk Irama Set ni, Korang boleh dine-in ataupun takeaway atau delivery pun boleh.

Irama Set Menu [Malay & Thai] - RM98nett
Irama Buffet RM98nett per-person

Amari Johor Bahru (Level 6)
Bermula : 16 Apr 2021 - 12 May 2021
Jam 6:30pm - 10:30pm

Available : Vouchers, Dine-in, Takeaway & Delivery
[Buy 10 Free 1]

Untuk tempahan;
📲 www.AmariOrder.wasap.my
☎️+607 266 8888

*Complimentary delivery within 10km radius from Amari Johor Bahru for minimum order for 2 sets.
Terms & conditions apply
Subject to changes.

Patuhi SOP.
‪Ơ̴͡kay‬ korang dah boleh mula plan berbuka puasa di mana yaa 🌸..


P/S: Cubaan betul Sis ko nak update pasal menu Ramadhan ni, terliurrr oii nak upload gambo hahahaha...

إرسال تعليق

19تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Boleh bagitau sepupu PC ni sebab tempat kerja dia bosnya selalu mencari tempat untuk berbuka puasa bersama staff.

    ردحذف
  2. alaaaa takde rezeki org joho nak makan kat sini :p

    ردحذف
  3. hahahah kak ret tu saja je kan..sebab kita tak menang GA dia..🤣

    tapi ade tuuuu dua orang jdt blogger menang haa..tapi menang saguhati je lah..hahaha

    ردحذف
  4. Kalau harganya di bawah RM100 tu bagi sis ok lagi. Kalau area Selangor/KL ni susah nak dapat harga di bawah RM100 ni. Kalau ada bersyukur sangat la. Hidangan kat sini banyak juga pilihannya.

    ردحذف
  5. kalau take-away tu mesti dia limit berapa banyak boleh ambik kan? Kira portion sorang makan la ek?

    ردحذف
  6. wow..meriah betul makanan die. nampak sedap2 semuanya.terliur plak kita

    ردحذف
  7. Take my money already. OMG! Just look at the grilled lamb, it looked absolutely delicious. Can't wait to indulge in more ramadhan buffet soon.

    ردحذف
  8. boleh habis ke banyak2 lauk tu sis? haha lain kali ajak bae sekali, makanan nampak sedapppp je,

    ردحذف
  9. Memang mengujakan sis Lin. Tapi kita tak larat nak makan banyak2. Makan lauk jela dgn sesudu nasik ye.esok kita nak pi preview gak. Hehe.

    ردحذف
  10. Menu mcam ni dengan harga macam tu memnag berpatutan sangat tau. Sesekali makan buka puasa macam ni memang bestnya..hehee..

    ردحذف
  11. Sekejap je nak masuk bulan Ramadan. Yayyy! Tak sabar tau nak berpuasa. Sahur dan berbuka. Ramadan yang dirindui. Akak pi food review ni, buat saya lapar la. Nak start lah cari hotel utk berbuka. Rindu betul nak makan buffet. Harap kat Selangor ni kes COVID-19 turun la. Graf tak cun lg kak. Bahaya nak keluar.

    ردحذف
  12. aneka pilihan ni ! sedapnyaa tambah2 bila utk bukak puasa kan ...

    ردحذف
  13. Banyaknya mangkuk depan sis. Haha. Memang betul2 lapar baru makan. Puas hati

    ردحذف
  14. Bestnya tak lama lagi masuk bulan Ramadan.. lagi best tengok hotel2 dah start promo buffet Ramadan mereka.. we are back to enjoy normal life real soon!

    ردحذف
  15. Ya tuhaannnn apo sedap sangat masakan kat sini. Semua nampak.menarik dan sedap.

    ردحذف
  16. ohh wowo...am craving hungry to try them all esp the lamb & curry chicken. A great feast not to be missed. cheers, siennylovesdrawing

    ردحذف
  17. Alahai sis... Untungnya dah start dah menu Ramadhan kat Johor. Murah meriah menu menu dia. Harga cun giler. Rugi tak grab

    ردحذف
  18. Murahnyaaa tapi sayang pulak masa bulan ramadhan tak ada dekat jb kalau dah tak book siap2

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!