JANGAN PERGI MEMANCING KALAU TAK TAU PANTANG LARANGNYA | Ramai yang anggap pergi memancing ni main 'sondol' je, janji tau mancing. Hurmm kalau Suami Sis sendiri pun ada jaga pantang larangnya, bukan main terjah ke laut/sungai/kolam aje tau. Cuma pantang larangnya berbeza laa mengikut apa yang sendiri tau.
Bukan nak suruh percaya sangat, tapi orang kata, setiap apa yang kita buat, bukan kata memancing aja, semua ada pantangnya. So kena beringat laaa.. lagi pulak kalau para pemancing ada keluarga dan anak kecil, atau ibu mengandung, ni lagi kena jaga. Beringat sebelum terkena. Bukan kisah donggeng, tapi ada realitinya pernah terjadi.
Sis sendiri laa, masa mengandungkan anak pertama dulu, Suami agak risau dan takut, so sepanjang Sis mengandung, dia sanggup tak pergi memancing. Lepas aja Sis dah bersalin, barulah dia sakan pergi memancing. Yaa kalau kita rasa was-was, eloklah jangan lakukannya, nanti mudarat lain pulak yang kena.
Family belah arwah Abah Sis memang kuat bab pantang larangnya, sangat menjaga, kalau katanya JANGAN, maka ko janganlah buat.. ko langgar aje pantangnya, mendapat laaa ko huhuhu..
So untuk kaki pemancing, beringatlah selalu.. janji tau dan ingat, ada baik dan ada buruknya.. Yang belum tau, jom kita baca perkongsian yang Sis copy and paste dari pages Viral Muafakat Johor ni. Moga bermanfaat buat korang semua.
[Baca Juga] : Seronok Bukan Main Dapat Ikut Suami Memancing
Jangan Pergi Mancing Kalau Tak Tau Pantang Larangnya.
Aku bukan Pakar Pancing, tetapi petua “Orang Tua” yang aku jumpa di Sungai Pahang telah mengubah 360 darjah gaya memancing aku. Pada awalnya, agak susah untuk memperaktik pantang dan petua ini.
Lama kelamaan ia menjadi nyaman dan selamat kerana aku sedar aku tidak membuat sesuatu kerosakkan atau keburukan yang mahkluk lain tidak suka.
11 Pantang larang dan petua yang pemancing dan keluarga wajib tahu
“Orang Tua” berkenaan memperturunkan pantang larang berikut untuk dikongsi bersama. Ini bukannya soal percaya atau tidak percaya tapi soal makhluk yang Allah ciptakan dalam berbagai rupa, bentuk dan keupayaan, yang tidak boleh kita aniayai dan zalimi.
Ingatlah sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia.
1) Amalkan memberi salam apabila sampai ke tempat memancing. Ikhlaskan hati hanya untuk memancing mencari rezeki.
2) Betulkan niat. Jika berhajat untuk mendapat tiga atau 4 ekor ikan sahaja Berhentilah setelah hajat dipenuhi. Jangan tamak.
3) Jika terdapat ikan-ikan besar yang sering menunjukkan rupa tapi tidak mahu memakan umpan. biarkan saja jangan di pedulikan.
4) Bawa segenggam garam kasar atau belerang atau sesuatu untuk halau binatang liar atau berbisa di tempat mancing. Masukkan dalam bekas kecil dan letakkan berhampiran.
Keempat-empat petua diatas adalah untuk keselamatan diri, rakan-rakan mahupun keluarga
5) Jangan membuang najis merata-rata. Carilah tempat yang sesuai untuknya. Petua ini adalah untuk mengelakkan kita dari mencemarkan tempat makhluk lain beribadat.
6) Jika keluar memancing dan pulang larut malam, jangan terus pulang kerumah. Singgahlah dahulu di tempat lain saperti kedai kopi. Bila sampai dirumah jangan terus masuk kerumah. Berehatlah dahulu sebentar diluar rumah. Petua ini adalah untuk mengelakan anda diikuti oleh makhluk halus dan menghalangnya dari memasuki rumah kita.
7) Jika orang rumah bertanya bila hendak balik kerumah sesudah memancing. Jangan sekali-kali memberikan jam dam masa yg tepat. Katakan padanya nanti abang balik lah. Petua ini bagi mengelakkan makhlus halus menyerupai anda dan kembali kerumah kita sebelum kita.
8) Jangan mengambil sebarang benda ditempat kita memancing. Jika kita menggunakan benda yang terdapat disitu kembalikan ia semula ketempatnya. Petua ini adalah untuk memelihara diri dan keluarga kita dari terambil hak makhluk lain yang akan membawa akibat yang buruk.
9) Jika memancing di tepi laut bersama keluarga, jangan biarkan anak bermain di gigi air laut. Kalau nak mandi terus mandi kedalam air laut. Jika tidak duduk atau bermain saja dipantai. Petua ini adalah untuk keselamatan anak kita dari menjadi rebutan diantara makhluk didarat dan dilaut.
10) Jaga mulut , jangan celupar dan suka menegur perkara yang pelik-pelik. Jika sesuatu yang aneh dan luar biasa berlaku. Bacalah ayat kursi dalam hati…jika benar-benar terdesak AZAN lah. Jangan panik, bawa bertenang. InsyaAllah semuanya akan baik.
11) Jika hasil tangkapan tiada, ingatlah ada benda yang sedang memburu selain anda di situ. Jika ia adalah mahkluk halus, biarkan lah, Jika ia adalah binatang, berhati-hatilah. Guna garam kasar atau penghalau Binatang liar untuk elak dari bertemu atau menghalang ia memasuki kawasan mancing kita.
Kesimpulannya, beringat selalu dan jangan sombong.. biar di ejek 'kumpaw', dari di rasuk hantu air...
#SisSharing ..
P/S: Orang lelaki kalau dah minat memancing, ko jangan larang dan marah, boleh terbalik kereta hahahaha..
hahhaha ako sekali je oiii teman org gi memancing..
ردحذفbkn 'bidang' ako... x leh tahan laaa...
first n last je weii...
Hahahaa jom la ke JB nanti ikut aku memancing...
حذفbetul ! hahaha ada kwn , gaduh je ngn hubby dia .. sbb hubby dia merajuk takleh pergi mancing hehe
ردحذفAdeiii ada juga Atie macamtu, sebab jadi marah, time cuti tu laa nak mancing, so bila plak masa untuk anak bini.. gitulah..
حذفBetul tu sis..kena ikut pantang larang .x boleh main terjah..org x percaya xpe..
ردحذفYup SA, kalau jenis tak beringat, mendapatlah...
حذفPernah sekali jer mancing, tu pun mancing kat jeti jer. Umpan habis ikan tak dapat pulak tu
ردحذفHehehe mungkin situ takde ikan Kak...
حذفAbg ipar pun tahan diri daripada pergi memancing sebab kakak tengah pregnant anak sulung. Sebagai langkah berjaga jaga
ردحذفEloklah, beringat supaya tak kena..
حذفmemang kena berhati-hati dan berjaga-jaga bukan kita je yang ada di muka bumi ini..
ردحذفBenar Sha.. jenis yang ingat ye faham, jenis langgar je, belum kena belum tau..
حذفbtolla.. memblog camni pon ada buanyakk fantang laranggnye gak khannnss.. :p
ردحذفHahahaha ye laa Wak, salah komen kena block hahahaha
حذفBetul tu. Memang kena tahu juga pantang-larang nak masuk hutan atau ke laut... Kat dunia ni bukan kita je manusia yang menghuni. Ada lagi makhluk Allah yang duduk.
ردحذفHobi memancing Encik Suami tu betul.. Jangan ditegah-tegah. Bukan setakat kereta je terbalik. Rumah pun boleh terbalik... Haha... Good sharing sis!
Kann Leya.. kalau Sis memang Sabtu Ahad dah bagi kelonggaran pada Suami mancing, pilih laa salah satu hari tu, lagi satu hari masa untuk dating hehehehe
حذفScary pulak nak ikut pergi memancing. Nasib baik hubby sis bukan kaki pancing tapi ada je geng dia yang suka memancing.
ردحذفFuh macam-macam pantang larang memancing rupanya. Saya pun tak tau sebab maklumlah bukan kaki pancing. Nasi baik saya ni pancing kat pasar je
ردحذفI hanya pernah memancing di sungai dan kolam. X pernah lagi di laut. Thank you for reminding and sharing this pantang larang with me.
ردحذفMemang babyak pantang larang. Baru tau bab jam tu.. Hah.. Kalau tiba2 tersebut alahai seram yang balik bukan laki kita.. Adududu.. Nasib laki kita bukan kaki pancing
ردحذفBagus info ni sis. Tahu ada pantang larang tp baru ni tahu ada banyak ye. Selagi tak syirik sbg langkah berjaga2 ada betulnya petua ni.
ردحذفMemang selalu dengar petua macam ni. Ada baiknya kita ikut pantang larang ni untuk elakkan masalah di kemudian hari
ردحذفBanyak pantang larang rupanya. Bagus ni kena amik cakna. Mana tahu tetiba nak pg.memancing
ردحذفOo..baru first time tau tentang pantang larang memancing. Saya pernah cuba sekali je aktiviti memancing ni, kononnya sebagai ilmu survival la. Lepas tu taknak dah, serik.
ردحذف:) some of the pantang larang dah familiar with it even tak pergi memancing :) but it is true ya, sebab real-life experience.. contohnya pantang larang untuk suami pergi memancing time isteri mengandung.. ada yang ignore this and anak mereka yang terima padah sebab tak ikut pantang larang ni..
ردحذفNice sharing sis lin, baru tahu pasal ni. banyak betul pantang larang yer kan. kalau mancing time si isteri mengandung ada jadi?
ردحذفLagi-lagi kalau pi mancing kat lubuk2...situ biasanya buat kaki pancing menggila sampai lupa makan dan masa ...bagus ada panduan pantang larang ni sis....tak tahu pun boleh jadi tahu supaya boleh berpesan pesan pada yang lain......
ردحذفMemang btl pun memancing ada pantang larang yv dah biasa memancing dorang mmg tau tp kalau bdk2 muda. Ni main redah jer. Anak bungsu kat umah pun minat memancing, ayah dia dah nasihat berjaga2 fhm2 ajelah
ردحذفNina memang tahu kalau nak memancing ni ada pantang larangnya cuma setakat ni Nina tak pernah lagi lah ikut orang ataupun nak pergi sendiri memancing ni. Cuma kadang-kadang geng je lah pergi ddngan kawan dia. Tu pun sekali sekala.
ردحذف