'JEMPUT MAKAN' LEBIH 400 MENU TERSEDIA SEPANJANG BUFFET RAMADHAN DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU | Lebih dari 400 menu? Ko ngase? Ini kisah benar bukan kisah Dunia Tipu-Tipu yaa.. Silalah baca sampai habis apa yang nak Sis kongsikan dengan korang.
Untuk Ramadhan tahun 2021 ini, Renaissance Johor Bahru Hotel mengadakan Buffet Ramadhan mereka bertemakan 'Jom Makan' yang menyajikan lebih dari 400 menu tersedia untuk semua pengunjung sepanjang bulan Ramadhan nanti bermula dari 13th April sehingga 13th May 2021.
Memang bagi sesiapa yang pernah berbuka puasa di sini, memang menantikan Buffet Ramadhannya. Mana tidaknya ke semua menu tempatan dan antarabangsa dengan pelbagai citarasa dari pelusuk Negeri dan Negara ada di hidangkan bersekali dengan menu-menu kampung tradisional kita Melayu. So bagi korang yang 'pemakan' memang puashati laa kalau berbuka puasa di sini.
Kemeriahannya terserlah sebaik aje sebelum melangkah masuk ke Cafe BLD Renaissance Johor Bahru di aras Lobby, di situ je dah penuh dengan meja-meja makan sampai ke luar Lobby, betapa meriahnya lahaiii. Memang full house sentiasa sepanjang Ramadhan.
Tidak sah Buffet Ramadhan kalau takde Kambing Golek kan? Tapi kat sini Kambingnya lain dari yang lain, duk golek atas talam hahaha.. dan rasanya pun bukan biasher-biasher yaa.. Station masakan Signature Chef Hamizi kali ni paling ramai orang serbu ceduk makanannya. Dari menu RENmarkable Biryani, RENmazing Roasted Chicken Roulade 'Percik Style', RENtastic Sup Tulang Lembu dan Whole Lamb Barbaque Pit menjadi 'highlight' menu berbuka puasa di sini.
Juga ada Baked Whole Salmon Scented Coriander Spice, Texas Barbeque Beef Brisket, Tingy Lamb Ribe, Corn on Cub, Asian Spicy Pepery Beef dan banyak lagi laaaa oii...
Tengok aje le kemain besau Udang Galah tu.. Konsepnya kan 'Jom Makan', siapa lambat sila tunggu next round hahaha..
Amazing okay, tak cukup periuk, dengan kuali di tadahkan aaa.. Sis nak masuk semua menu di sini pun ada pulak kang penuh satu posting ni. Antara menu yang ado; Lamb Rendang, Ayam Masak Madu, Udang Masak Lemak Cili Api, Ketam Masak Assam Pedas, Ayam Masak Palembang, Daging Masak Kunyit, Daging Masak paprik dan banyak lagi menu yang ada yang akan di sajikan mengikut pusingan hari sepanjang Ramadhan.
Tapi paling Sis suka Ayam Masak Merah dia, sedap.. nak lagi sedap, korang makan dengan Ketupat tu, memang terus rasa macam makan di Pagi Raya okay..
Kalau korang tak suka makan makanan yang terlalu berat, ada juga station Mee. Ada Lontong Johor dan juga Mee Udang. Tapi menu di hidangkan secara berpusingan setiap hari Ramadhan ya. Mungkin ada ketika korang datang, ada Laksa Johor pulak.. ikutlah rezeki korang.
Di bahagian Ulam-Ulaman dan Kerabu pun ada bermacam jenis ado. Salads juga, dan yang bestnya bahagian buat Rojak. Korang boleh godak sendiri bahan yang korang nak buat. Masa Sis pergi tu, mereka menyediakan Gado-Gado dan juga Sotong Kangkong, perghh nikmatnya oii dapat makan puas-puas Sotong Kangkung hahaha.. sedap petisnya..
Yang suka makan makanan Jepun atau Cina pun ada, tersedia aneka Dim Sum, Shashimi dan juga Shushi untuk korang makan, puaslah makan sampai kenyang kan.. Menu ni kalau korang makan Buffet Dinner atau Lunch memang sedia ada pun.. Dan juga Seafood On Ice dia. Peberet Sis hehehe..
Dah pusing-pusing kat dalam, jangan lupa pulak jenguk bahagian luar sana. Ada lagi pilihan menu yang ado yaaa. Yang ni masakan panas 'live cooking'. Ko pilih dan mereka masak, semestinya menu Tepan BBQ mereka menjadi perhatian ramai. Juga bahagian masakan India. Ada Murtabak ko.. dah macam Bazar Ramadhan pulak hehehe..
Sebenarnya banyak menu Sis tak dapat merasa, terlalu banyak oii tak boleh nak makan semua. Kena cuit-cuit sikit sana sini baru okay. Kalau boleh nak duduk makan situ sampai kena halau jam 10pm hehehe.. Korang kena laa pergi sendiri dan nikmatinya sendiri, baru tau berbaloi ke tidak dengan harganya tu..
Bahagian Dessert pulak jangan cakap lerr, banyak Kuih-Muih Tradisional dan juga aneka Bubur dan pelbagai pilihan French Pastries yang di sediakan. Hinggakan berjenis juga Biskut Raya di hidangkan pun ado. Nak makan Kueh Karas? Haaa sini ada hehehe..
Yang menjadi rebutan Durian Goreng dan Creme Brule Durian. Yeee durian ko..Geng JDT Blogger Sis ko kemain hebat semua berulang-ulang menokok tambah menu tu...hahahaha..
Minuman juga, ada Ais Kacang dan aneka Buah-Buahan. Pokoknya jika makan di sini, dari appetiser, membawa ke 'main course' hingga ke pencuci mulut, lengkap semuanya.. so apalagi ko nak?
Apoo??? Nak muzik???...
Nah tu diaa muzik ko nak hahahaha.. Sepanjang Ramadhan ko makan sambil di alunkan Muzik dari Yayasan Warisan Johor ni. Jangan ko berjoget lambak pulak depan tu, sila kawal diri hahahaha..
Memang meriah weyy.. Anak Sis sendiri pun dah 3 kali company dia buat majlis berbuka puasa di sini. Mereka kata puashati sebab makanan dia banyak sungguh.. So korang yang nak bawa family tersayang berbuka di sini, dah boleh beli baucernya sekarang. Sebab pembelian awal 'Early Bird' mereka telah pun bermula.
Korang boleh baca dan fahamkan betul-betul details pembeliannya di bawah ni ya..tak faham, boleh contact/wahtsapp nombor tertera.. kalau malu, PM Sis ajorr..
Untuk lihat LEBIH BANYAK lagi GAMBAR, Korang bolehlah pergi ke Facebook Page --> Aku Sis Lin Sis ya. Situ ada banyak gambar yang Sis masukkan, Tengoklah sambil lap ayaq liur ko hahahaha..
Jangn tunggu lagi beli baucer makannya sekarang dan dapatkan tawaran menarik PERCUMA 3 BAUCER dengan setiap pembelian 10 baucer!!.
𝗝𝗘𝗠𝗣𝗨𝗧 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 at Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel
Address: 2, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor
Phone: 07-381 3333
Harga RM158nett Dewasa dan RM78nett Kanak-Kanak
𝗘𝗔𝗥𝗟𝗬 𝗕𝗜𝗥𝗗 𝗣𝗥𝗢𝗠𝗢𝗧𝗜𝗢𝗡 voucher!!.
Purchase from 15 March to 31 March 2021
Get three (3) complimentary vouchers for every 10 vouchers
𝗗𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗱𝗮𝘁𝗲 𝗳𝗿𝗼𝗺 𝟭𝟯 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝘁𝗼 𝟮𝟮 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟭
Purchase from 31 March to 12 April 2021
Get two (2) complimentary vouchers for every 10 vouchers
𝗗𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗱𝗮𝘁𝗲 𝗳𝗿𝗼𝗺 𝟭𝟯 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝘁𝗼 𝟭𝟯 𝗠𝗮𝘆 𝟮𝟬𝟮𝟭
Purchase from 13 April to 13 May 2021
Get one (1) complimentary voucher for every 10 vouchers
𝗗𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗱𝗮𝘁𝗲 𝗳𝗿𝗼𝗺 𝟭𝟯 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝘁𝗼 𝟭𝟯 𝗠𝗮𝘆 𝟮𝟬𝟮𝟭
Club Renaissance Johor Bahru entitled for 15% discount
Contact & buat tempahan sekarang!!
Cafe BLD : +6073813322
Whatsapp : https://wa.me/60177713327
#renaissancejb #renhotels #discoverthisway #fromthetable #jemputmakanatrenaissancejb #jdtblogger #akusislin
P/S: Harga Mahal ko kata? Lebih 400 menu tu tak cukup ke oii???... Errrrr ...
Byk kali plan nak stay renaissance ni tp blm kesampaian lagi...
ردحذفTudia review bulan puasa telah pun bermula menandakan Ramadan bakal tiba tak lama lagi. Warga JB boleh la iftar kat sini ye....
ردحذفrindu sangat dengan buffet ramadan kan.. moga-moga tahun ini akan berjalan dengan baik dan selamat semuanya . aamiin
ردحذفMeriahnya! Kalau ada depan mata ni, memang tak tahu mana satu nak pilih. Semuanya sedap belaka.
ردحذفsis ni suka buat orang terliur tauuuu.. dah la jauh, takleh rentas negeri ni. boleh delivery selangor tak? hahahahaha
ردحذفWow.......look at all the food. Memang puas kalo dpt makan nie. Hehehe. Thank you for sharing your review.
ردحذفWowwww 400 tu banyak giler menu. Kena pandai kira nih kalau nak makan sini hari2. Hahahaah gurau jer....
ردحذفTapi bila lagi kan nak makan dan jumpa makanan yang kita suka. Ada kadan teringin nak makan tapi bila ada buffet ramadhan camni barulah merasa.
meriah betul makanan die..banyak tu. mau rambang mata nak makan yg mana satu..hehe
ردحذفWahh, seronoknya. Bagus juga kerajaan bagi kita berbuka kat luar ni. Harapnya masa bulan Ramadhan nanti kita boleh dine-in kat luar.
ردحذفYa ampun makanan kat sini semuanya mantap dari segi rupa dan rasa. Mmg berbaloi. Makan puas-puas
ردحذفKakk. Johor memang best ye makanan berbuka puasa. Banyak gila! Ni kalau berbuka puasa. Bleh 30 hari saya kat sini. Bleh cuba semua menu. Sedapnya tengok. Hotel ni cawangan di KL macam ni juga ke buffet dia kak?
ردحذفWahhh meriah giler ramadan bufet kat hotel ni.. Sampai 400 jenis menu. Bestlah.. Ada rezeki dh boleh travel nanti nak try la
ردحذفramadan is always my favourite time of the year because i get to sample all kinds of malay cooking from different type of malaysia. 400 different dishes? what a beautiful experience!
ردحذفأزال المؤلف هذا التعليق.
ردحذفThanks for sharing! The food look so tempting leh! My goodness! Look at those! I am so hungry now!
ردحذفsampai 400 pilihan makanan ye. mesti pening taktau nak mula yang mana dulu. semua nampak sedap
ردحذفWow ada lebih 400 menu giler memang tak tahu nak makan yang mana satu ni hehehehe kita nak pergi tapi jauh lak cari yang kat KL ni jer lah hehehehe
ردحذف