JOM INFAQ RAMADHAN BERSAMA 'LAPOWEY'

Sis Lin
2
JOM INFAQ RAMADHAN BERSAMA 'LAPOWEY' | Alhamdulilah, dalam tak sedar kita sudah pun dah berada dalam bulan Sya'ban. Korang yang masih ada berbaki lagi puasa tahun-tahun sudah yang belum berganti, segeralah di gantikan. Jangan buat-buat lupa pulak ya. Walaupun orang kata 'Kubur memasing', tapi sebagai sahabat, Sis mengingatkan aje, takut ada yang terlupa ke kan..

Dan dalam jangka masa tak sampai setengah bulan aje lagi, akan tibalah bulan Ramadhan dimana Ramadhan adalah bulan keberkatan dan penuh rahmat untuk kita mengejar pahala dan menambah ibadah.

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, yaitu dermawan. 

Sesesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kalian, sebagaimana kalian mengembangkan seekor anak kuda. Sampai-sampai sedekah yang hanya sebiji bisa berkembang hingga sebesar gunung Uhud (HR. At Tirmidzi 662, ia berkata: “hasan shahih”)

Jom Infaq Ramadhan Bersama LAPOWEY

Bila sebut Ramadhan, antara amalan-amalan yang diberi ganjaran berlipat kali ganda ialah dengan bersedekah. Apatah lagi kalau kita dapat memberi sedekah dan makanan kepada mereka yang berpuasa, walau hanya sebutir kurma untuk mereka berbuka. 

Atas kesedaran ini, 'LAPOWEY' telah mengambil langkah bijak bagi memudahkan dan mengajak korang semua bersedekah atau infaq makanan kepada mereka yang berkenaan. Sebagai contoh, rumah-rumah kebajikan, rumah orang-orang tua, rumah anak yatim, para petugas barisan hadapan (frontliners) dan mereka yang kurang berkemampuan mahupun gelendangan. 

Jom Infaq Ramadhan Bersama LAPOWEY

Korang tak perlu bersusah payah, korang boleh memilih 6 menu seperti yang tertera dalam gambar di atas tu. Dan minimun tempahan adalah 100 pax, setiap set menu akan disertakan sebotol air mineral dan kurma secara percuma. 

Bagaimana pula dengan penghantaran? 

Untuk sekitar Lembah Klang, penghantaran adalah PERCUMA. Bagi kawasan-kawasan diluar Lembah Klang, boleh hubungi LAPOWEY, untuk caj penghantaran. Dan setiap penderma akan diberi bukti pengesahan seperti penyediaan makanannya dan juga perkongsian di media sosial tanpa didedahkan identiti penderma bahawa infaq makanan telah disampaikan pada mereka memerlukannya. 

Nak tau juga, makanan tu sedap ke? Takut pulak tak berbaloi nanti?.

Dari feedback atau review dari teman-teman blogger Sis yang telah merasai sendiri makanan-makanan yang disediakan, rata-rata mereka mengakui makanan dari LAPOWEY memang sedap, masih panas dan kualiti makanannya juga terjaga. 

Setiap set bermula dari serendah Harga RM 8, seperti yang tertera di gambar di atas.

Bagi korang yang berhati mulia yang ingin menginfaq makanan bersama LAPOWEY ni, bolehlah hubungi nombor-nombor dibawah ini untuk sebarang pertanyaan...

Pejabat : 03 - 773 412 78 (waktu pejabat)
Call/Wassap : http://wasap.my/0126098484/infaq (Za'ba)
                       http://wasap.my/0176762067/infaq (Fahmi)
                       http://wasap.my/0198834745/infaq (Mala)
                       http://wasap.my/0172996004/infaq (Irwan)

Juga boleh ke laman sosial media mereka di bawah ini...



P/S: Tak sabarnya menunggu Ramadhan ❤
Tags

إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!