KOLEKSI BAJU LABUH AKU BY HERMOSA WEAR | Lately ni kalau siapa ada pergi event bersama Sis atau ternampak Sis di mana-mana, mungkin juga nampak sedikit perubahan pada penampilan Sis. Yaaa Sis dah mula memakai baju labuh-labuh, seluar besar-besar dan bertudung pun agak labuh melepasi baju dan dada. Sis bukan nak kata Sis ni sudah terlalu baik atau sempurna tapi kalau kita yang tak ubah diri sendiri, siapa yang nak ubah?
So Sis kena bagitau dengan diri sendiri, 'Aku kena ubah perlahan-lahan' sebelum mendapat teguran dari Allah, lagipun usia pun dah tua ni. Selain tingkatkan lagi ibadah kita, kita ubah penampilan kita. Ya tak semestinya yang tak bertudung labuh dan menutup aurat tu tak sempurna dan baik, bak kata pepatah 'Don't judge the book by its cover', tu semua orang tau, tapi itulah, hak memasing, dan semuanya terpulang pada diri kita.
Tapi jangan sampai apa yang orang buat, semuanya tak kena pada pandangan kita. Patut kita tanya diri kita pulak 'Aku bila nak berubah?'.. Apa yang kita buat, kita niat pada Allah. Baik atau jahat di mata orang tak penting, yang penting kita nak jadi baik di mata Allah, dan kita jaga pandangan orang lain kepada kita. Tu jer..
Dan kerana pemakaian itu jugalah, ramai yang bertanya, 'Baju-baju labuh Sis, Sis beli di mana?'.
Yup.. semua baju-baju labuh Sis tu by Hermosa Wear ni haaa...
Satu yang paling Sis suka pakai baju koleksi Hermosa Wear ni, sebab jenis fabrik kain dia, sangat-sangat selesa dan anti renyuk. Kalau dah cuci mesin pun, tidaklah begitu renyuk sekali kainnya. Kot laa korang tergesa nak memilih baju dan mengejar masa, sarung je laa.. memang tak perasan renyuknya.
Lagi satu, potongan baju dia menepati citarasa Sis. Tidak begitu kembang, tidak kuncup dan tidak terlalu besar kalau beli saiz lebih dari satu saiz. Biasa Sis pakai L, tu pun dah kira besar, tapi sebab nak lebih selesa, besar dan lebih ruang, Sis amik XL. Baca ukuran dia mungkin saiznya akan besarlah kalau Sis pakai, tapi ternyata, sangat selesa, tidak sempit dan tidak laa terlalu besar. Just nice.
Mulanya beli selai, nak mencuba dulu, Sis beli design Thea, kemudian eh tambah lagi, design Eimaan pulak..then tambah tambah dan tambah design dan color, sampai laaa dah banyak helai macam dalam gambar di atas hahahaha..
Cuma design aje berlainan, tapi ada gak satu design tu Sis beli lain-lain warna. Sebab sedap pakai. Ala design sama takpe laa kan, janji warna lain. Tu pun ada dua pasang lagi tak pakai lagi tu. Sebab masa duk sakan beli, kita tengah PKPB dan SOP tak boleh nak kemana, so duduk rumah aje.
Tapi sekarang SOP dah di longgarkan, dah boleh pergi event semua, tu yang sakan Sis ko pakai bertukar-tukar mood warna dan design hahaha..
Kenapa suka beli PLAIN? Satu sebabnya, kebanyakkannya tudung Sis banyak bercorak, so kalau pakai baju corak, takkan nak pakai tudung corak kan? Tu yang Sis beli baju plain macamni, so boleh pakai dengan tudung bercorak. Lagi cantik dan terserlah kombinasi baju dan tudung.
Dan ada juga koleksi yang Sis beli dengan Hermosa Wear ni, ada 3 pasang yang siap dengan seluar. Yaa siap sepasang, baju dan seluar. Tak silap Sis design Melissa yang ada seluar. Seluarnya pun selesa, bergetah dan grip di pinggang. Labuh pun labuh dan jenis cutting Palazo. Memang best, kalau tak, takkan Sis beli sampai banyak sekali gitu hahahaha..
Harga tak mahal, kalau beli baju sahaja, kalau ada offer, sehelai hanya RM49 sahaja, tapi haritu Sis beli tengah sale, dapat harga RM39 ajerr hehehehe..
Yang sepasang dengan seluar harganya RM69. Tambah poslaju RM6 sahaja semenanjung.
So far memang Sis suka koleksi Hermosa Wear ni, now dah keluar pulak baju raya, ko ngase Sis nak tengok aje ke? Hahahahaha.. Syhhhh otw sampai le tu nanti ke rumah lalalalalala...
Koleksi paling awal Sis beli adalah baju di atas ni, masa ni tengah musim Unicorn hahahaha.. Entah camne entah boleh beli, tapi tak pakai-pakai. Baru semalam Sis pergi event Buffet Ramadhan di Holiday Villa, Sis pakai. Ternyata selesa sangat... yang ni siap seluar. Harga Sis dah lupa..
Yang gelihatinya, si anak bujang semalam nampak Emaknya pakai lain dari yang lain ni. Katanya...
Amat : Makkk..
Sis : Haa apa?
Amat : Berkerut tengok Sis atas bawah..
Mak : Nape?
Amat : Mak dah macam aiskrim 'Paddle Pop'
Mak : Hahahahaha.. sengal..
Lawak tau si bujang ni, ada ke kata aiskrim hahahahaha.
Korang nak tengok antara design yang dah Sis ada? Jomm lee membelek hahahaha..
Cantik-cantikkan... tu pun Sis geram geramm gak, ingat nak tambah lagi warna yang Sis tak ada hehehe.. Berbaloi le beli, sebab pakainya selesa dan menutup aurat.. Kalau korang berkenan nak mencuba dan membeli, Sis bagi details di bawah ni aaa.. Now tengah sale oii kat website dia hahaha..
Sis share aje, nak beli ye beli, taknak ye udah ..apo susah nau..
Di Hermosa Wear. Berkualiti itu wajib, selesa itu pasti dan 𝐌𝐀𝐌𝐏𝐔 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 itu semestinya..
𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗖𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗘𝗥𝗠𝗢𝗦𝗔 𝗪𝗘𝗔𝗥 ..
Contact Whatsapp : https://bit.ly/3tBQYMF
Pembelian di website : https://www.hermosawear.com.my/category/55385
P/S: Korang ada link jual baju labuh-labuh? Nanti share atau tag Sis di FB atau IG okay.. nak juga cari design lain pulak..
Alhamdulillah. Moga terus istiqamah.
ReplyDeleteInsyaAllah Amie, kita sama-sama ubah..
DeleteSo truly you need to see these as your most significant speculation when buying MMA gear. You need to likewise ensure they are of a top notch structure a trustworthy provider. Sewways dot com
DeleteWah, patutlah makin santek dia sekarang
ReplyDeleteHehehee baju aje cantik tu Kak.. orangnya segitu aje hahaha
Deleteeh aku pun buat entri pasal baju gak tapi kul 3.30 kang hahahahhaha
ReplyDeleteAku dah baca semalam, dan dah balas komen Retna..ehhhhh
DeleteAlhamdulillah. Cantik. Nak terjah jugalah.
ReplyDeleteYaa PC, yang penting sangat selesa kainnya..
Deletehhahaha ako ada beli eimann tu...
ReplyDeletelebuh gila utk ako hahaha... dah mcm pakai jubah...
Ooo ada ke? Ye laa sebab dia long dress, so kalau yang rendah tu, memang akan macam Jubah ler hehehe
Deletehai sis lin... hari ni sy pakai thea honey tu... selesa sgt bj hermosa ni kn?? sy pun dh ada bbrp koleksi jugak... patuh syariah dan yg paling penting ironless.. hahaha
ReplyDeleteWowwww KaMin, mesti cantikkk tu..dan mesti koleksi KakMin pun banyakkannnn
Delete