LAKSA JOHOR RUMAH MAS ORANG KATA SEDAP TAPI BAGI TEKAK AKU TIDAK | Maaf SEDAP itu subjektif, so kalau makan kena ikut tekak sendiri okay, jangan ikut aje apa orang kata semata nak menjaga hati sesaorang. Itu bukan prinsip seorang Sis Lin. Tak kiralah Sis makan di mana sekalipun, kedai makan ke, warung ke, hotel ke, kalau kata tidak sedap bagi tekak Sis, memang Sis tulis dan cakap tidaklah..
Kita tulis pun bukan sebab nak menjatuhkan sesiapa, tapi sekadar pandangan atau erti kata seorang blogger, kita tulis 'review' kepada menu tu. Kita datang makan bayar, bukan free, tapi biasanya pun kalau makan free pun, Sis akan tulis dan kata benda sama juga kalau memang tidak menepati tekak Sis. Buat apa nak menipu? Kang kita kata sedap, orang kata tak, bila kita kata tak, orang lain kata sedap.. haaa di situ dah nampak kan, sedap itu subjektif.
Korang pula macam mana?..
Sejujurnya memang sejak viral dan selalu nampak lalu-lalang kedai Makan Rumah Mas ni di facebook, Sis memang sangat-sangat teringin nak mencubanya. Pertamanya sebab ada menu Laksa Johor ni, kalau tengok pada gambar yang mereka share, memang snagat mengiurkan. Banyak pilihan menu di Rumah Mas ni. Termasuk juga menu Daging Harimau Menangis. Pun ada di sana.
Dan kebetulan hujung minggu baru ni, Sunah ada bermalam di rumah Sis, dan pada Ahad tu Suami pun tidak kerja, so kami keluar bersarapan bersama. Mulanya nak makan Kacang Pool di Rumah Makan, tapi kesahnya tutup pulak Hari Ahad. So Sis bagitau Suami, kita pergi Rumah Mas.
Akhirnya dapat juga singgah makan di sini. Ramai juga orang yang datang makan di sini, nasib baik juga ada meja kosong.
Bila menu sampai, pilihan utama Sis semestinya laaa Laksa Johor. Memang nak sangat mencuba. Sunah pula order Nasi Kerabu Kambing Bakar. Dan Suami order Mee Goreng Rumah Mas. Apalagi dah alang-alang kan, so Sis pun cuba juga Daging Harimau Menangisnya juga, dan Suami tambah lagi satu menu Sangkaya. Hahaha punyalah banyak menu makan bertiga ekk kekekeke..
Sambil duduk duk perhati keliling, ada gerai-gerai lain juga di sini yang menjual pelbagai menu, dan yang menjadi perhatian Sis dan Suanh adalah pepagi dah ada keropok lekur goreng dan juga pisang goreng panas oii hahaha.. Mula ikut nafsu nak juga beli dan amik, tapi fikir banyak yang kami order, lupakan aje laa, kata kat Sunah 'Nanti kita beli bungkus aje' hehehe..
Menu pun sampai, dan masa untuk makan ... jeng jeng jeng..
Bila menu Laksa Johor ni sampai, memang woow giler persembahan dia, sangat mengiurkan dan membuat Sis teruja, sebab Sis adalah seorang peminat makanan Laksa. Tak kira Laksa apa, tapi paling suka Laksa Johor. Cukup semua bahan termasuk sambal belacannya.
Sis godak-godak kacau-kacay kasi semua bahan sebati. Then baru Sis makan. Bila dan makan sesuap.. ermmmmm ternyata rasanya ermmmm kalau di beri bintang Sis bagi 3/10 aje.. tak tau nak cakap ek, rasa tawar pun ada, takde rasa ikan dan rasa laksa Johor. Kuah nampak pekat, tapi takde rasa. Sambal belacan pun sama.. aishhhh terbantut sudah rasa tekak nak makan Laksa Johor.
Sepertinya ada rasa bahan yang kurang dalam Laksa Johor tu.. ermmm entahlah tu tekak Sis laaa, korang kalau nak tau, silalah cuba sendiri.. sepinggan tu harganya RM13.90. Setakat ni memang tak boleh lawan Laksa Johor Mak Besah juga kalau korang nak makan di kedai laaa..
Ini menu Sunah makan, Nasi Kerabu Kambing Bakar RM24.90. Agak mahal tapi portion dia kuss semangat, kalau korang makan memang pastikan perut betul kosong. Banyak gilerr oii penuh sepinggan hahahaha.. Sunah nak perabiskan pun semput perut hahahaha..
Sedap pun yaa.. Cukup bahan Nasi Kerabu semua, cuma macam takde kuah budu aje dalam pinggan tu, maybe sebab Kambing Bakar kot, kalau amik yang original pun, mungkin ada.
Dan yang ini menu Suami makan, Mee Goreng Rumah Mas RM12.90. Ni pun sedap juga, meenya di goreng basah-basah gitu. Memang rasa sebenar Mee Goreng style Mak-Mak kita goreng. Tu Mak Sis laaa, kalau goreng Mee mesti goreng basah macam ni.
Sis perhati pun, ramai pelanggan di situ makan Mee Goreng Rumah Mas ni. Korang boleh cuba nanti. Portion dia pun besar. Boleh share berdua. Isi pun tak kedekut, penuh dengan udang dan fishcake dalam tu.
Daging Harimau Menangis, antara menu 'killer' yang ramai orang order makan di sini. Agak teruja tau Sis sebenarnya, sebab sepinggan tu RM15.90 kemain banyakkk dagingnya jika di bandingkan kita beli sebungkus paket yang dijual dengan harga RM25 hingga RM35 hengget tu.. Yang ni makan lagi puas sebab hirisan dagingnya pun besar dan lembut..
Rasa pun sedap, manis. Makan cecah dengan sambal asam kicap dia, memang sedap.. Suami siap tanya, 'Betul ke tu daging harimau menangis, jangan-jangan daging pasar' hahahahaha NO Komen :p ...
Walau semput-semput nak habiskan makanan, tapi tetap juga laa licin Sangkaya ni haaa.. sedap sungguh woii.. dah macam sama makan di Boat Noodle atau pun Amphawa tu.. sebekas tu hanya RM7.90 sahaja. Bila sampai kena cecepat makan dulu, time tu roti lembut lagi..
Bila dah di buka dan di biar, roti akan keras, so nikmat Sangkaya tu hilang hahahaha.. gitu lerr aturan makannya hehehe.. Suami kemain suka Sangkaya ni.
Haaa kalau korang makan tak kenyang atau nak makan ringan-ringan, haaa korang belilah pisang goreng ke keropom lekur ke, keledek goreng ke di gerai tepi tu dalam Rumah Mas. Panas-panas dari kuali lagi ko. Ramai juga yang membelinya.
Mulanya masa sampai tengah lapar nak juga beli, bila dah makan, dah kenyang, konon nak bungkus, tapi keluar melulu jeee... sampai lupa nak beli bungkus hahahaha.. adeiii sampai sekarang terasa-rasa itu pisang goreng...
So korang kalau nak singgah dan nak cuba sendiri betul ke tidak Laksa Johor tu tak sedap dek tekak Sis, haaa korang cubalah sendiri yaa.. kalau sedap bagi korang alhamdulilah... mungkin tekak Sis dah banyak sangat makan Laksa Johor sana sini, so nak cari yang sedap tu makan di luar agak susah dah..
Faham... nak buatnya bukan senang oiii... jangan nak terus kondem Sis yaa, sila cuba dulu yaa... puaskan hati dan tekak sendiri dan korang rasalah sendiri.. hak pengguna hak kita bersuara :) ..
Rumah Mas
96 Jalan Beringin
Taman Melodies Garden Johor Bahru
Phone : 07-3364806
Guna waze aje, pasti sampai..
P/S: Datang makan lagi? Pasti Sis akan datang lagi.. nak cuba menu lain pulak nanti... :)
aha..biasanya takde budu kalo aku makan nasi kerabu, sebab dia da gaul dalam kuah tumis tu..rasanya sebab dia da curah kuah tumis atas kambing bakar tu ek..
ردحذفalah, aku tak cuba rasa lak laksa tu hari tu kan..ko da kata tak sedap, tu yang aku terus tak try..hahaha
Ooo kalau biasa Nasi Kerabu ada Budu, aku ingat sebab dah kambing tu kan, so takde kuah Budu..
حذفAku dah pelawa tapi ko sakan makan Laksa hahahaha..
ako suka tgk mi goreng dia... nmpk menarik...
ردحذفMee Goreng dia sedap Ret, ko suka laa jenis basah gini..
حذفsemua menu tu nampak sedap... adakah sekadar gambar
ردحذفMemang banyak pilihan menu, tapi Laksa tu jee kurang sedap bagi pengemar Laksa Johor..
حذفHarga makanan tu boleh tahan tapi kalau tak sedap terasa ruginya
ردحذفYaa Kak, nampak memang sedap beno, tapi tidak bagi tekak Lin.. tapi menu lain tu semua sedap..
حذفSaya ke sini sejurus membaca tajuk tersebut, ahhahaha...
ردحذفNanti nak try la jugak, tak pernah singgah..heheh
Nanti try laa Non, kot laaa tekak ko kata sedap...
حذفMee goreng dengan daging harimau menangis tu nampak menggoda selera betul!
ردحذفItu yee Amie, sangat sedap.. Sangkaya juga sedap...
حذفSambil baca ni telan air liur kejap. Nasi kerabu tu favourite
ردحذفHahaha Nasi Kerabu dia portion beso gile Ena, yang tak pemakan, boleh share berdua..
حذفlaksa johor dari rupe nampak sedap.kalau sis rase tak sedap, nak cari tempat lain pulak la...hahahha...
ردحذفHahaha sebab aku peminat Laksa Eda.. so bagi tekak Sis memang kurang sedap, ko nak nanti ko pi laa cuba...
حذفsampai skrg tak pernah rasa daging harimau menagis ni... nmpk tempting gila
ردحذفOne day kena cuba Atie, beli yang siap paket tu je dulu dan rasa.. sedap...
حذفSy suka nasi kerabu dia sis..kena la dengan tekak johor sy..heheh
ردحذفYaa Nasi Kerabu Kambing dia sedap gilerrr Suzie..
حذفKalau untuk mkn sgt.. gi Larkin je la.. Harga dia mcm kedai mewah.. org seberang boleh la gi.. org local... xkot
ردحذفOo Selera Johor ke? Not bad gak laa.. tapi memang serius, susah nak dapat Laksa Johor di Johor ni.. kecuali masakan arwah Mak kita huhuhu..
حذف