LAMA TAK KELUAR DATING DENGAN ANAK BUJANG AKU NI | Memang lama sungguh Sis dengan anak bujang bongsu Sis ni tak keluar dating berdua. Satu sebabnya sejak cuti PKP tu, anak bujang ni sibuk dengan studio dia, so memang masa tu banyak di habiskan di studionya aja. Belajar sambil bekerja, tu ler konsepnya sekarang. Dah minat dia pada alat muzik, Sis tak boleh nak cakap apa, janji tiba masa nak belajar, kena fokus.
Tapi kalau belajar dia amik course Jabatan Teknologi Maklumat dan komunikasi , kalau hobi pulak lebih kepada muzik hahahaha.. jauh nauu bezanya kan hahahaha.. padahal masa sekolah menengah, anak bujang Sis ni lebih kepada sukan bolasepak, jadi goal-keeper, sampai ke peringkat daerah perginya.. masuk aje Politeknik, terus dia tak nak dah main bola sepak, alasannya satu je.. 'dia malu nak pakai seluar pendek' hahahahaha..
Terus terbenam sukan bola tu.. belajar di Politeknik, terus aktif dalam muzik.. siap ada group band muziknya dan pernah masuk dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia satu ketika dulu hehehe..
Sis tak kisah, bagi je support kat dia, janji pelajaran jangan di abaikan.. Kalau Ayahnya yee, memang ada bebel juga, tapi kena slow talk bebaik, barulah Ayahnya faham.. biasalah kann, Ayah mana yang taknak lihat anaknya berjaya..
[Baca Juga] : Pendaftaran Anak Masuk Politeknik Mersing
So semalam keluarlah Sis berdua bersamanya. Tak kemana pun, pergi Bank Islam uruskan pembayaran Yuran Politekniknya, then cuci keretanya, kemudian Sis ajak ke Midvalley untuk belikannya seluar. Anak bujang kata seluarnya longgar, tak selesa pakai, so Sis belikanlah yang baru.
Lagipun sana sini tengah sale ni, belikan aje laaa dia dulu.. dah bagitau Suami, Suami pun kata belikan aje laa dulu, nanti 'claim' balik hahahahaha..
Seluar longgar tu sebab memang nampak susut dah badannya.. makan kuat, tapi berat turun, tu yang semua longgar.. dah alang-alang nanti hujung bulan nak balik Politeknik Mersing, so belikan aje laa lebih berpasang-pasang, nanti tak payah nak beli dah..
[Baca Juga] : Persiapan Dan Kelengkapan Mendaftar Masuk Ke Politeknik
Nasiblah bujang sorang ni tak cerewet macam kakak-kakaknya, dia ikut aje mana yang Sis kata okay.. kalau belikan baju pun, dia pakai aje, tak banyak cakap.. jangan kakak-kakaknya.. kalau belikan, silap-silap tak pakai.. cerewet mengalahkan Emaknya hahahaha..
Hujung bulan ni nak sambung dah balik belajar. Satu kelegaan Sis, anak bujang dapat duduk balik dalam Kamsis (asrama lelaki), so tak payah pening kepala cari rumah sewa ke apa ke.. keselamatan pun terjamin. Tapi yang sedihnya.....
Kakaknya juga balik Isnin depan ni sambung balik Masternya di MSU... paling sedih, bulan puasa nanti, kosonglah dua kerusi di meja makan time berbuka puasa.. huwaaaa :((
Walau dah biasa, tapi tetap rasa lain dan sedih nanti time puasa kalau anak-anak tak cukup semua.. moga Sis tabahlah nak hadap meja makan nanti time buka puasa..
Okaylah.. tu je laa nak cerita pagi ni. Harini hari Sabtu, masing-masing sibukkan.. esok pun semua anak-anak bermula darjah 3 hingga 6 akan mula naik sekolah kan?.. Moga semuanya dipermudahkan..
Jom kita memasak...
Ayam Masak Lemak Cili Api, menu hari ini.. :)
P/S: Tak sabar tunggu Suami balik, ada banyak benda nak cerita ni ❤
untungla ada anak bujng x cerewet.. mak khanns
ردحذفYee Wak.. dia ikut jee pilihan Omaknya hehehe
حذفAlhamdulillah mak dan anak bujangnya.
ردحذفBesar dah anak bujangnya PC..
حذفAkrab sungguh mama nya dgn anak
ردحذفYup.. yang bujang ni rapat sikit dengan Sis..
حذفWak takde anak bujang.
ردحذفYe ke Wak? Semua perempuan ya?
حذفbila anak dah belajar jauh2.. sunyilah rumah kan
ردحذفSangat sunyi Mar.. walau dah biasa, tetap gak lain...
حذفyang nanti claim balik tu best saja dgr hahah
ردحذفHahaha mesti, maklumlah Omak tak bekerja..
حذف