MALAM NISFU SYAABAN | Bermula selepas Maghrib hari ini, maka sudah masuklah Malam Nisfu Syaaban yaitu separuh daripada Bulan Syaaban, iaitu pada malam ke-15. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Malam Nisfu Syaaban juga adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Sekali lagi Sis nak bertanya, 'Korang dah selesai ganti puasa?'. Jika belum, masih ada lagi kesempatan untuk berbuat demikian, janganlah sampai tiba Pagi Syawal ya.. besar beban korang nak membayar fidyah puasanya nanti. Berganda-ganda oii.. Jangan buat-buat lupa.
Gambar dari 3lian.com
Mengapakah malam Nisfu Syaban begitu istimewa?
Banyak kelebihan malam nisfu syaban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa. Ada beberapa hadis yang sahih berkaitan bulan Syaaban, seperti: Nabi SAW banyak berpuasa pada bulan Syaaban (al-Bukhariy & Muslim), kelebihan berpuasa secara umum pada bulan Syaaban kerana amalan diangkat pada bulan tersebut (riwayat Ahmad & al-Nasaiy) juga sama hukum-hakam puasa sunat pada bulan Syaaban.
Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam Nisfu Syaaban. Tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya.
Antara amalan-amalan yang boleh dikerjakan pada Malam Nisfu Syaaban :
Solat Sunat Nisfu Syaban
Solat sunat Nisfu Syaaban adalah termasuk dalam solat sunat mutlak, yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh didirikan selepas mengerjakan Solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.
Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dan mohon diubah segala yang tercatat dikitab Azali kearah positif bagi menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Membaca Surah Yasin Sebanyak 3 Kali
Selepas selesai melakukan solat sunat, bacalah surah Yasin tiga kali.
Disebutkan oleh Imam Abdul Ghani bin Ismail an-Nablusi dalam kitabnya Fadha’il al-Ayyam wa asy Syuhur, ms. 38, antara amalan para solehin pada malam ini, selepas solat fardhu Maghrib dan Sunat Ba’diahnya, dibaca Surah Yaasin 3 kali.
Sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas Solat Isyak.
Doa Nisfu Syaaban
Selepas selesai membaca Yasin, bacalah Doa Nisfu Syaaban.
Pada malam ini juga, sangat baik untuk memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan bertaubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta keampunan Allah untuk ibu bapa dan keluarga kita.
Kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum. Terpulanglah kepada kita yang mana dirasakan lebih baik.
Oleh itu, hidupkan malam Nisfu syaaban dengan beribadah seperti solat sunat tasbih, baca al-Quran, berzikir, selawat, dan berdoa dengan niat:
- Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
- Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
- Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
- Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Syaaban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.
Walau bagaimana pun, jangan diiktikadkan bahawa malam tertentu sahaja dianjurkan beramal seperti membaca al-Quran dan sebagainya, tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya dibaca Yasin 3 kali.
P/S: Alhamdulilah dua tiga hari ni OFF, rehat di rumah, siapakan kerja mana yang patut..
Salam nisfu syaaban sislin! :)
ReplyDeleteSalam Nisfu Syaaban Atiqah..
Deletethank you sharing sis
ReplyDeleteSama-sama Atie, moga bermanfaat buat semua..
DeleteAlhamdulillah Eza dah habis ganti puasa ;)
ReplyDeleteAlhamdulilah, selamat berpuasa Eza...
Delete