MASAK SUP GUNA PES SUP SIAM ADABI MEMANG MUDAH DAN SEDAP

Sis Lin
18
MASAK SUP GUNA PES SUP SIAM ADABI MEMANG MUDAH DAN SEDAP | Yaa memang mudah dan rasanya pun sedap bila masak sup guna pes Sup Siam Adabi ni. Sis masa mula pertama kali mencubanya, sekali cuba terus jatuh cinta, dan dah dua kali pun mencubanya. Yang pertama mula haritu buat Sup Daging, tapi tak amik gambar sebab selesai masak aje terus keluar rumah, lupa nak snap.. tapi kali kedua ni cuba pulak masak Sup Ayam, ternyata memang sama rasanya sedap.

Korang ada yang dah mencubanya? Sis nampak ramai juga kalangan kawan-kawan Sis dah pun mencubanya, diaorang pun kata sedap. Yang penting nak masaknya sangat mudah, tak payah tambah garam dan segala bahan tumis, just rebus dan siap. 

Mesti korang tak percaya kan? Tapi iyeee memang betul, cuma rebus aje pes Sup Siam Adabi tu dalam periuk, b ila dah mendidih masukkan bahan then siap.. tak perlu tambah garam dan serbuk perisa. 

Sup Siam Adabi

Kalau sebelum ni nak masak sup, kenalah menumis, dengan bahan tumisnya lagi, dan juga segala sup bunjut bagai kan, tu pun kadang ada je tak kena dengan rasanya, tapi kalau korang cuba guna pes Sup Siam Adabi ni, korang mesti akan menyukai rasanya.. susah laa nak cakap sedap macam mana, tapi memang lain dari yang lain.

Cumanya warna kuah sup tu je laa agak lain sikit, dia agak hitam dan gelap sikit, tapi rasa tetap rasa sup yang sedap. Mula Sis cuba, Sis pun macam tertanya, takkan laa tak payah letak garam dan serbuk perasa, tapi bila dah mendidih, kemudian Sis cuba rasa, ternyata memang yaa, cukup dah rasa supnya, paling tak pun, kalau jenis tekak korang kreatif, haa korang tambah laa serbuk lada putih, kasi rasa pedas-pedas sikit hehehe.. macam Sis.. 

Masak Sup Guna Pes Sup Siam Adabi Memang Mudah Dan Sedap

Masak Sup Guna Pes Sup Siam Adabi Memang Mudah Dan Sedap

Untuk resepinya, Sis copy aje resepinya dari tertulis di botolnya tu. 

Resepi Sup Siam Adabi 

Bahan-Bahannya;
  • 300gm Daging atau Ayam
  • Lobak Merah *potong dadu
  • Kentang *potong dadu
  • Daun Bawang atau Daun Sup

Cara Memasaknya;
  1. Rebus Daging dan Ayam dalam periuk berisi 500ml (3 cawan) air *ikut sukatan sendiri
  2. Kemudian masukkan 3 sudu pes Sup Siam Adabi *ikut banyak mana kuah korang
  3. Kacau-kacau sebentar kemudian masukkan lobak merah dan juga kentang
  4. Masak hingga semuanya benar masak.
  5. Tutup api dan hiaskan dengan Daun Bawang atau Daun Sup. 

Mudahkan? Semudah ABC aje hehehe.. 

Sup Siam Adabi

Sebenarnya ikutlah kreatif korang nak gayakan Sup Siam ni macam mana, nak ikut style korang punya masak pun boleh, hanya guna pes aje. Macam Sis, setakat ni, memang Sis guna cara memasak seperti tertera di botolnya aje, takde tambah apa-apa lain. 

Nanti kalau rajin bolehlah cuba cara style sendiri, mana tau lagi sedapkan.. Masak ni kena pandai olah, bulan derhaka, tapi kreativiti sendiri, yang nak makan pun tekak sendiri kan hehehehe..

So far, anak-anak Sis memang sukakannya.. so senanglah nak masak sup lepas ni.. beli stok bebanyak simpan, nanti bulan Ramadhan agak tak tau nak masak apa time Sahur, boleh masak sup aje kan.. Mudah dan sedap, tu yang penting..

Okaylah.. nanti sambung lagi.. lately ni mood agak blur dan blank... macam ada benda yang menganggu fikiran.. so better berehat sekejap tenangkan fikiran.. sorry kalau tak nyempat nak blogwalking..


P/S: Dah dua hari tekanan darah naik aje ni..adoiiii bila stress mulalah... 

Post a Comment

18Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. tak pernah guna sup siam tu..nanti nk try jugak la beli buat masak sup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti try Aqidah, senang sangat, tak payah tumis dan masuk bahan perasa..

      Delete
  2. Akak selalu masak sup memang lebur jer, tapi belum pernah lagi try sup siam pes ni, nak kena cari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo kalau Lin tumis Kak.. nanti akak try beli sup siam ni..

      Delete
  3. wahh. kene try ni. tak pernah try lagi guna pes sup siam ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, paling mudah nak masak sup hehehe

      Delete
  4. tak pernah lagi rasa sup siam ni, nmpk sedap betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Atie, nak sedap, buat sup daging hehehehe

      Delete
  5. ako pun masak tomyam guna pes juga hahaha
    beli dari siam...
    ni dah abs stok kena g siam lagi ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laaa.. nak buat sendiri tak dan lee oii, takut rasa asam pedas pulak hahahaha

      Delete
  6. kat rumah selalu guna sup bunjut adabi aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga Saya Wak, ini kalilah kasi tukar selera sikit hehehe

      Delete
  7. Sup siam? Tak pernah pulak mencuba. Ye lah warna supnya gelap. Baru semalam saya masak sup ayam. Resipi sup ni memang simple sangat. Saya pun suka makan sup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ezna sup siam, mudah aje nak masaknyaa.. lebur aje semua hehehe

      Delete
  8. simple je masak sup ni guna pes dia. nanti nak cari kat kedai..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Tiara, tak payah tambah bahan perasa semua.. mudah sangat..

      Delete
  9. Teringat zaman diploma dulu. Pakai cube tomyam tu buat masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kannn.. anak Sis pun sama, bekal bawak kiub semua hehehe

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!