MEMANG BETUL SEDAP NASI ARAB BIZMILLA NI

Sis Lin
24
MEMANG BETUL SEDAP NASI ARAB BIZMILLA NI | Yaa memang betul sedap Nasi Arabnya Bizmilla by Mila Jirin ni, sebab Sis dah mencubanya. Sis jenis orangnya, kalau semua kata sedap, memang Sis nak mencubanya, sebab duk fikir betul ke sedap, hehehehe.. dan akhirnya ada rezeki, dapat juga merasa Nasi Arab Bizmilla ni.. 

Korang mesti pernah dengar dan nampakkan di Instagram dan juga di Facebook pasal Nasi Arab Bizmilla ni. Sis pulak memang tau, sebab memang jadi followernya Mila Jirin ni dan juga Bizmilla Catering.. Maklumlah nanti anak nak kahwin dah booking dengan Bizmilla ni., so memang ikuti laaa semua perkembangannya. 

Dan kebetulan Nasi Arab Bizmilla ni dah pun sampai ke Johor, so orang Johor mana yang nak mencuba, dah boleh cuba. Sis mula dapat tau pun, tak juga nak terus mencuba, duk bacalah feedback semua orang yang dah mencuba.. dan semalamlah baru bagitau anak, Sis nak cubalah Nasi Arab Bizmilla ni. Alhamdulilah rezeki, dia ada slot ke Plentong dan boleh hantar ke Pasir Gudang. 

Memang Betul Sedap Nasi Arab Bizmilla Ni

Memang Betul Sedap Nasi Arab Bizmilla Ni

Nak order pun tak susah, korang pergi je ke Instagramnya @nasiarabbizmillahq  dan klik je link wahtsapp di atas bio mereka tu. Nanti korang akan dibawa direct untuk membuat pesanan. Tak susah mana pun. 

Sebab ada kawan Sis kata, dia call, pihak Bizmilla tak angkat-angkat.. Hahahaha sapa suruh ko call, wahtsapp aje la, benda mudah nak bagi susah, adeiii.. 

Kalau wahstapp pun, kejap aje nanti korang akan di layan. Nak order apa, nak tanya apa, semua korang tanya aje laa.. ada banyak pilihan menu Nasi Arab Bizmilla ni yang korang boleh order. Nanti dia bagi catalog untuk buat pilihan. 

Memang Betul Sedap Nasi Arab Bizmilla Ni

Memang Betul Sedap Nasi Arab Bizmilla Ni

Macam Sis, mulanya nak amik set Combo Ayam + Kambing, tapi fikir sebab anak Sis Kakak tu kan tak makan daging, so pendamkanlah dulu hajat nak merasa kambing, Sis amik aje pilihan Ayam set Triple untuk lebih kurang 3 atau 4 orang makan. 

Yaaa memang sebekas tu banyak sekali ko. Sis makan 4 beranak pun puas, cukup dan banyak.. Ayamnya pun besar-besar.. Dan yang membuat sedap tu Nasi Arabnya tang nasinya.. tidak kering dan tidak keras. Lembut aje Nasi Arabnya..

Dan di sertakan sekali dengan bahan sampingannya termasuk Kuah Kari *ye kot, Sambalnya, dan juga Saladnya. Kalau korang nak add-on lagi pun boleh, bagitau aje dalam wahstapp masa order tu. 

Ternyata memang sedap.. Mau tak sedap, 'Resepi Tradisional Dari Bawah Tanah' katanya Mila hehehe.. Anak-anak makan pun selera. Next time boleh cuba kambingnya pulak.. ngencess dah ni.. 

Memang Betul Sedap Nasi Arab Bizmilla Ni

Memang Betul Sedap Nasi Arab Bizmilla Ni

Yaa sebekas tu laa akan korang dapat dalam set Ayam Triple, penuh sebekas Nasi Arabnya. Padat dan mampat isinya. Masa sampai tu pun panas-panas lagi. Dan korang boleh minta jam berapa korang nak minta hantar mengikut masa korang. Janji dalam waktu slot yang mereka bagitau nanti. 

Kalau korang family tak ramai, amik aje jenis single tu, kalau familt dalam 3 atau 4 orang, haa amiklah set Triple macam Sis tu, memang berbaloi dan puashati. 

Delivery seluruh Johor mengikut slot yang di buka. Caj delivery pun mengikut korang. Pasir Gudang ni caj penghantaran hanya RM10 sahaja.  Nak tau sedap ke tidak, korang cubalah sendiri, baru tau kesedapannya.

Untuk area Batu Pahat/Plentong, korang boleh wahtsapp no +60 12-670 5726 .

Untuk kawasan dan daerah/negeri lain, boleh terus ke @nasiarabbizmillahq ya!
Jangan kata hakak tak payung arrr.. hehehehe.. Makaseh Mila Jirin


P/S: Harini dah bermula review Buffet Ramadhan Sis.. di mana? Tungguuuu... 

Post a Comment

24Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Dah pandai anak Lin makan nasi arab ek? Akak lak jenis nak makan nasi arab orang arab, hehe. dulu masa buat promosi kat sekolah, ada nampak lori katering Bizmilla ni, dia memang bertapak di Johor ke? Sebab Mila ni orang Penang, kan? Ke.. dia kahwin org Johor? Nanti nak cubalah try, kot boleh lawan nasi arab zaituna, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Kak, kali ni mereka makan, sebab tak kering nasinya..
      Mila ni kawin orang Johor kan? Ehh entah ekk hahahaha

      Delete
  2. Tu nasi arab ke nasi beriyani oii hehe.. Ako nasi arab mmg kureng sket sbb kering xde kuah.. Tp klu nasi beriyani.. Ha ako tak tolak 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi Arab Ret.. tu sebab anak-anak aku suka, sebab tak kering.. kalau tak anak aku tak makan nasi arab..

      Delete
  3. napa laa makanan sedap2 ni mesti jauh2 wuwww

    ReplyDelete
  4. satu family suka nasi arab..klo jumpa yg betul2 org arab masak mmg suzie cuba

    ReplyDelete
  5. kenyang tgk potion dia ! berbaloi purchase ni

    ReplyDelete
  6. boleh cuba ni, portion pun not bad

    ReplyDelete
  7. Pandai Mila Jirin ni business. Perkahwinan sebelum ni tak boleh nak buat, dia buat jual durian lah. Ni jual Nasi Arab. Memang respect la kat Mila Jirin ni.

    ReplyDelete
  8. Area KL takde ke Sis..aduhai..jauh benor plak ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada SA, kat KL laa banyak jualannya ni..

      Delete
  9. Nampak sangat sedap.. portion pun banyak.. berbaloi dengan harganya.. lama tak makan nasi arab

    ReplyDelete
  10. Ikutkan Bizmilla ni dekat jer dengan rumah macam sekangkang kera gitu tapi baru sekali jer jejak kat wedding hall dia . Memang best dan cantik sangat serta lengkap. Tapi belum pernah sekalipun order Nasi Arab dia. Tengok ni rasa teringin jugak nak order. Memang majoriti orang kata makanan Bizmilla sedap2 .

    ReplyDelete
  11. Wahh ke Johor pergi dia. Bagus dia pack satu satu rencah tu. Boleh tahan lama simpan tu. Nampak sedap nasi arab dia. Bagus Milla ni buat bisnes :)

    ReplyDelete
  12. ooh dekat sana pun ada juga ya. ingatkan dekat subang macam tu je ada. yes sedap juga makanan dia! no wonder dia boleh buka katering. tempting pula tengok sis share ni. nak kena cari nasi arab ke macam mana ni ?

    ReplyDelete
  13. Kita dah agak dah ni mesti Mila Jirin punya. Pernah pergi restoren dia kat Puchong. Sedap nasi Arab..ni lepingin makan nasi Turki aritu ke? Hehe.

    ReplyDelete
  14. ya Allah teringat aku nasi arab yang ko belanja hari tu..alhamdulillah, sedapnyaaa...

    baru tahu mila ni ada usahakan nasi arab jugak..

    ReplyDelete
  15. Nak tryla. Nampak sedap giler. Nanti nak orderla. Hr tu br tgk neelofa makan hehe

    ReplyDelete
  16. Wow menariknyaa nasi arab dia.. Terliur plak tengok.. Bagus nya mila buat bisnes makan plak ye. Nk kena cuba ni.

    ReplyDelete
  17. Ada dengar jugak kata Nasi Arab Bizmilla ni sedap. Tengok gambar sis lin memang nampak sedap. Portion dia banyak ehh... Berbaloi-baloi

    ReplyDelete
  18. Ada dengar jugak kata Nasi Arab Bizmilla ni sedap. Tengok gambar sis lin memang nampak sedap. Portion dia banyak ehh... Berbaloi-baloi

    ReplyDelete
  19. bizmila...nama pun catchy dan ade 'pun'..hari jumaat macam ni pekena nasi ni...fuhhhh...nyada bak kate ore kelate

    ReplyDelete
  20. Sumpah lillah memang bukan sebab dibayar atau sebab promosi tapi memang kita dah makan Nasi Arab Bizmilla memang sedap daripada nasi yang lembut dan sebutir-sebutir kemudian ayam yang banyak dan berjus serta sayur dan kuah sampai malam masih tahan betul harga berpatutan tak tipu...

    ReplyDelete
  21. pehh memang standard harga nasi arab camtu kan. awat lah nampak sedap sangat, terliur, haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!