MENU AYAM MASAK KICAP PEDAS KHAS UNTUK ANAK-ANAK | Sis perasan kan, macam lama nau tak memasak beriye sangat kat dapur merah Sis tu. Bukan terus tak masak, ada juga masak, tapi tidaklah sakan nau memasak, just campak-campak je siap hahahaha.. Kang kalau tak masak, sendiri kebulur oii..
Tapi sejujurnya sejak-sejak memenuhi undangan Buffet Ramadhan ni, Sis memang sangat sangat jarang makan sarapan dan makan tengahari, jaranggg sangat dah... just bancuh VitC Flavettes tu, then minum secawan tu jerr.. Kadang ada le minum kopiO gak buat lepas gian. Tapi memang lama tak makan sarapan pagi kecuali jika Suami ada di rumah. Ni Suami outstation, so sapa je nak makan pagi?..
Dan untuk memenuhi permintaan anak-anak, Sis masak laaa menu kegemaran seisi rumah yaitu Ayam Masak Kicap Pedas ni. Memang kalau masak menu ni, jangan sesekali letak ayamnya sedikit, pernah sekali Sis masak seekor ayam, sebab anak sulung ada, Suami ada, memang licin sekuali okay. Dengan Ayahnya sekali makan meratah hahahaha..
Now takde sapa di rumah, so Sis letak aje le beberapa ketul ayam yang ada. Nak habiskan stok lauk basah ni, esok lusa nak topup barang baru.
Dan alhamdulilah, entah camne entah, tersedap pulak masak kali ni, sampai si bujang kemain menambah sampai dua kali nasi penuh sepinggan. Yana pun sama hahahaha.. siap meratah kuahnya hirup. Pedas tu pedas tapi kata anak 'sedap sampai ke bintang' hahahaha memacam le ko Amat oii..
Kan Sis kata tadi nak perabiskan lauk basah dalam aisbox dan freezer, so belek-belek bekas ikan, ada sebekas Ikan Duri hasil pancingan Suami minggu sudah. Ni kalau tak masak, entah bila pulaknya nak masak ek..
Fikir punya fikir, tengok bahan semua ada termasuk daun kesum, so apalagi, jomm le kita tambah menu kita, Sis masak Asam Pedas Ikan Duri juga hahahaha..
[Baca Juga] : Resepi Ayam Kicap Pedas
Tak banyak dan tak besar mana pun ikan durinya, ada le dalam 4 ekor, Sis kerat dua dan masak aje semuanya. Tapi takde sayur bendi atau tomato pulak nak di humban dalam kuahnya. Korek-korek peti ais, jumpa ada segenggam Kubis, arghh dari kecut sayurnya, Sis kerat-kerat campak masuk dalam asam pedas tu hahaha..
Apa susah, kita buat dia kan... janji sedap asam pedasnya..
Tu lerr anak kata, 'Datang Mak rajin, kemain banyak masaknya, datang tak rajin, kita makan FoodPanda je kan Amat', katanya Yana.. kuang asam betul anak-anak hahahahaha ehhh janji sebelum Mak keluar, anak-anak kat rumah ada makan okay, takde le tinggal kebulurrrr, lagi manyak songeh..
[Baca Juga] : Resepi Asam Pedas Ikan Duri
Tapi memang yaa.. datang rajin tu, semua benda nak buat.. macam sekarang pun, dah siap buat Dadih untuk anak-anak hahahaha. Malas nak amik gambo, bila tekak yang nak makan, benda dan bahan ada, so kita buat laaa.. time malas, ko nyonyot laa aiskrim Malaysia dalam esbox tu je ye anak-anak hahahaha..
Alhamdulilah, hujung minggu yang santai dan merehatkan.. dua tiga harini pun Sis rehat sikit, takde event dan bolehlah Sis buat draft semua kerja yang bersusun tu.. tapi tidak memaksa diri, buat sebagai mengisi masa lapang, sebab kalau kita push diri kita, nanti sendiri yang stress.. lagipun kerja FREE bukan berbayor pun, janji tanggungjawab dan amanah kepercayaan orang kepada kita, kita dah siapkan, ye dakkk hehehe..
Okaylah..esok sanbung lagi.. untuk harini cukuplah..
Malam kang nak rehat boleh buat ibadah apa yang patut sempena Malam Nisfu Syaaban.. Jom korang perbanyakkan berzikir dan berselawat..
P/S: Al-Fatehah buat semua insan-insan tersayang yang telah pergi mengadap Ilahi.. :(
Nampak sedap ayam masak kicap tu..okey la nanti nak masak jugak untuk bawak bekal pergi kerja...skrg mmg kena rajin bawak bekal sebab tak banyak kedai bukak kat area opis SA..
ردحذفSedap SA, memang menu ni kalau Sis masak, laku keras hahahaha.. licin sekuali kalau masak..
حذفNampak sedap dan menyelerakan
ردحذفAlhamdulilah Wak.. Allah beri sedap...
حذفsis, kita tgok ayam masak kicap pedas sis tu tergoda. dah ler memalam ni sis hahhaaa
ردحذفHahahaha silalah mencubanya yaaaa...
حذفsy kalo xde cili bawang blend mmg masak campak² je... weekend semlm x buat pun cili bwg blend... mmg bercuti sakan lah... resepi sis tu guna kicap pedas ke mcm mana ye?
ردحذفOoo nak senang memang kisar semua KakMin..
حذفTakk guna kicap kipas udang manis aje, letak banyak sikit, jangan tambah garam, tehn letak kuah banyak, biar reneh sampai pekat..
haha mak kalau tak rajin dpt foodpanda... sedap juga tu hehe
ردحذفHahahaah kann foodpanda semua sedap-sedap hahaha
حذف