NASI LEMAK McD KINI LEBIH AROMATIK DENGAN HARUMAN DAUN PANDAN

Sis Lin
6
NASI LEMAK McD KINI LEBIH AROMATIK DENGAN HARUMAN DAUN PANDAN | McDonald's Malaysia memperkenalkan Nasi Lemak McD yang diperbaharui. Lazat berperisa, hidangan kegemaran pelanggan ini kini disajikan dengan nasi yang ditanak bersama santan dan daun pandan, ikan bilis rangup, timun segar, telur goreng dan sambal manis pedas yang mewujudkan keseimbangan rasa manis dan savuri yang sempurna.

Hidangan ini akan menjadi menu tetap, dan pelanggan boleh menikmati hidangan ini pada bila- bila masa sepanjang hari di semua restoran McDonald's seluruh negara.

Nasi Lemak McD kini lebih aromatik dengan haruman daun pandan

Nasi Lemak McD kini lebih aromatik dengan haruman daun pandan

“Di McDonald's Malaysia, kami sentiasa berusaha untuk menambah baik menu sedia ada untuk pelanggan kami. Sebagai salah satu hidangan yang paling popular dan digemari ramai di negara ini, kami faham betapa dekatnya nasi lemak di hati rakyat Malaysia. Kami teruja memperkenalkan resipi yang diperbaharui ini bagi memenuhi kehendak pelanggan, dan kami berharap rakyat Malaysia akan lebih menikmati hidangan ini berbanding sebelumnya, sejak Nasi Lemak McD pertama kali dipekenalkan pada tahun 2019,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia.

Nasi Lemak McD kini lebih aromatik dengan haruman daun pandan

Untuk melengkapkan lagi menu baru ini, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai jenis pencuci mulut yang akan membuatkan anda terliur seperti Caramel Cream Cheese Pie dan Salted Caramel McFlurry atau mencuba sos McNuggets baru – French Cheese dan Honey Mustard, yang boleh didapati dalam tempoh masa terhad.

Nasi Lemak McD yang diperbaharui ini boleh didapati dalam set bersama seketul Ayam Goreng dan Teh Ais Limau pada harga RM12.99 atau set dua ketul Ayam Goreng dan Teh Ais Limau pada harga RM15.99. 

Pelanggan juga boleh memilih Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau GCB bersama Teh Ais Limau pada harga RM14.99.

Nasi Lemak McD kini lebih aromatik dengan haruman daun pandan

Produk ayam McDonald's yang sememangnya Halal dan dihantar segar setiap hari membolehkan pelanggan menikmati keenakan hidangan Nasi Lemak McD bersama Ayam Goreng McD yang enak pada bila-bila masa.

Nasi Lemak McD juga boleh didapati melalui McDelivery dan Pandu Lalu. Tawaran dan promosi tambahan untuk Nasi Lemak McD terdapat di aplikasi McDonald’s yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.


P/S: Waduh... bikin terliur nengokkk.. nak kena order gak ke ni? Jomm laaaa perabis baucer hahahaha..

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Aroma daun pandan memang menggoda rasa!

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehehe yee Amie, itu laa yang terbaru di pernaharui dalam menu Nasi Lemak McD ni..

      حذف
  2. Ohsemmm! Boleh try nanti!!!1 Selalunya daun pisnag, ni aroma daun pandan pulak lerr..gituh!

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!