PAGI-PAGI MAKAN SATAY

Sis Lin
17
PAGI-PAGI MAKAN SATAY | Yaaa harini pagi-pagi Sis makan satay, Hahaha.. niatnya makan satay tu pepagi sebab 'jangan membazir', sebab satay tu lebihan makan malam tadi di kedai, tak habis makan, so bungkus bawa balik, pagi ni panaskan then makan kasi habis.. salah ke? Kui kui kui.. 

Suami call pagi tadi pun tanya, 'Sarapan apa?', Sis ko jawab 'Satay', Suami kata 'Kat Kong Kong ke?' hahahaha.. yeee sebab kat Kong Kong pepagi dah ada orang jual satay. Siapa nak makan satay pepagi, pergilah Kong Kong Laut sana, tak payah pergi Muar uii hehehe.. 

Boleh tahan juga sataynya sebab Sis biasa makan sana juga tiap kali dating hujung minggu.. ni Suami kerja luar, belum balik Johor, so hujung minggu tak dating lerr huhuhu... mereputlah di rumah dulu..

Pagi-Pagi Makan Satay

Siapa macam Sis? Kalau makan satay mesti nak kena ada bawang, kalau takde bawang, memang 'ptong stim' laaa makan satay.. tak kena tekak kalau makan tanpa bawang. Dari dulu sampai sekarang tabiat makan satay Sis macam ni.. mesti bawang lebih baru betul makan satay..

Pernah kan Sis bagitau sebelum ni, siap bawa bawang dari rumah masa keluar makan dengan Geng Setaman Sis dulu, sebab memang dah tau, kedai yang kami nak pergi makan satay tu, 'kedekut' sikit nak bag bawang, so Sis bawa dari rumah aje, baru puashati hahahaha.. 

Tapi jangan korang tak tau, ada kebaikannya tau kalau makan satay dengan bawang.. Dan korang perasan tak, kenapa kedai-edai makan satay mesti hidang satay bersama timun dan bawang, kenapa? 

Amalan memakan timun dan bawang sebagai ulam ketika makan satay adalah bertepatan kerana khasiat bawang dan timun yang mempunyai anti-karsinogen. Ini kerana terdapat beberapa jenis daging tertentu yang dimasak pada suhu tinggi dapat menghasilkan senyawa baru yang sebelumnya tidak terdapat dalam keadaan mentah.

Ulaman seperti timun dan bawang berfungsi sebagai penawar semula jadi yang baik kepada karsinogen yang telah diambil melalui jenis-jenis makanan bakar seperti sate.

Dalam bidang patologi, karsinogen ialah agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup. Ini disebabkan oleh gangguan dan ketidakstabilan pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Antara contoh-contoh karsinogen yang ketara ialah abestos dan asap rokok. Asap daripada pembakaran sate atau BBQ turut menyumbang kepada kewujudan karsinogen.

Selain itu, timun dan bawang juga mampu meneutralkan tahap karbon yang ada pada sate kerana apabila sate dibakar, kesan hangit yang terhasil adalah merupakan kandungan karbon.

Haa ada faham? Hehehehe.. 

Tapi Sis memang tak boleh laaa makan satay takde bawang.. korang sama ke?...


P/S: Mata harini mengantuk gilerr... menaip ni pun menguap aje ko adoiii... 

إرسال تعليق

17تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. hahaha ako makan satay tengok kuah nya ...
    bawang x makan tapi timun tu wajib hehhe..
    ni yg terasa cam nak order sate jap lagi ni..

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha aku tak kira, kuah sedap ke tak ke, janji ada bawang, memang tak boleh makan satay takde bawang...

      حذف
  2. malam pun payah nak jumpa... lagi nak cari sate pagi pagi kat sini..berhuhu je la

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe kalau nak makan pagi, kalau di Johor selain Muar, pergi Kong Kong Laut sana Yan, sana ada pagi satay..

      حذف
  3. Baru tahu ada kebaikan di sebalik bawang, timun, dan satay. Sebelum ni tahu makan je haha

    ردحذف
  4. Kami baru pas makan satay kat kempas ni, hehehe.

    ردحذف
  5. Tak sama sis hahaha. Tak pandai makan bawang mentah. Kalau beli burger pun mintak brader tu masakkan dulu bawangnya

    ردحذف
    الردود
    1. Laaa hahahaha Sis kira 'hantu' bawang Nur, tak kira laa masak apa pun..

      حذف
  6. Sedapnyaaa....terus rasa nak makan satay plak...

    ردحذف
  7. Perghh..enak banget pepagi dapat makan satay. Ye, wajib ada bawang timun dan nasi impit. Bukan kena ada bawang je. hihi..baru nikmat makan satay :)

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Fizah, Sis memang hantu bawang, bukan makan satay je, apa je semua mesti nak bawang..

      حذف
  8. selain bawang, satu lagi timun..bahan anti-karsinogen dalam menu sate..aku tak makan bawang, so aku makan la timun...hahahha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaa timun memang laa semua ada dalam satay hahaha

      حذف
  9. Samalah dengan saya, mesti ada bawang kalau nak makan sate.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!