RINDUNYA NAK BERCUTI MERENTAS NEGERI! | Korang pun mesti rindu juga kan nak bercuti merentas negeri? Ke korang dah pi merentas? Jeng jeng jeng... jangan buat hal aaa kang bayo RM10k kang hahahaha.. Kalau dalam kepala otak ni macam-macam tempat dan negeri nak Sis pergi bercuti bersama Family. Rindu sangat nak pi ramai-ramai semua bawak adik-adik semua bercuti.
Last yang Sis pergi bercuti satu Family besar, dua tahun lepas, kitaorang pergi ke Langkawi. Alhamdulilah masa tu arwah Emak masih ada, dan walau tidak berapa sihat, tapi syukurlah berkesempatan juga dapat bawa Emak pergi bercuti sekali. Tak kisahlah pergerakan Emak terbatas sebab pakai kursi roda, namun kami tetap bawa Emak.
Bukan senang nak sepakat berkumpul semua adik-beradik pergi bercuti sekali, tu pun masa tu anak bujang Sis sorang aje yang tak mengikut, sebab dah balik ke Politeknik, so takboleh nak amik cuti nak bercuti. Kalau tak cukup semua anak beranak dan adik beradik, ipar duai semua dalam satu percutian.
Kalau ada rezeki memang nak pergi lagi, sebab Langkawi memang pergi banyak kali pun, memang takkan puas le berjalan. Bukan kata berjalan, tak puas menyoping pun ya hahaha.. kalau boleh kena stay lama sikit kat sana, baru le puas jalan-jalan cari makan dan juga menyoping hehehe..
Itu pun masa Sis pergi, semua urusan Staycation Hotel semua anak Sis yang sulung dan juga adik yang bongsu yang uruskan. Kitaorang yang lain just follow jer..
Masa yang kitaorang pergi tu pun sana sini kebanyakkan Hotel semua pack.. sebab masa tu tengah cuti sekolah. Itu yang bila dapat aje Hotel Riverra Inn ni, yang tempatnya strategik dan harga berpatutan. cepat-cepat kitaorang booking sebelum penuh. Sebab kami kena amik 6 bilik saiz besar. So memang kena cari Hotel yang sesuai laa.. lagipun kan Sis kata Emak Sis guna kursi roda, so taknak laa cari Hotel yang takde lift.
Hotelnya pun tak jauh dari Pekan, so memang senang nak keluar dan masuk. Yang bestnya dekat dengan Pasar Malam, kami jalan kaki ke depan Hotel je hehehehe..
Yang menjadi kesukaan dan kegembiraan anak-anak sedara bila menginap di sini adalah, ada swimming pool.. haaaa ini memana budak pun, kalau ada swimming pool memang terloncat lee nak terjun kolam. Memang tak sangka juga Hotel yang kami staycation ni ada swimming pool, sebab kalau lihat dari depan Hotelnya, kecik jee nampak.. tapi servis tip-top..
Selesa pun yaa, Sarapan pagi pun kenyang. Hari-hari selama 4 hari 3 malam kami di sini, memang puas laa makan. Menunya bertukar-tukar. Cuma nak ke Cafenya dari Hotel tu, korang kenalah berjalan. Sebab Cafe dan Swimming Poolnya berada di belakang Hotel. Ala pepagi exercise kan.. Okay le tu..
Dan yang paling Sis suka kalau ke Langkawi ni, tang jalan time malam di Pantai Cenang dia.. aduh memang soploh kali ko bawak Sis ke sini pun Sis tak jemu oii.. memang suka nengok kemeriahan 'gelagat manusia' di Pantai Cenang ni. Ada pesta Api, ada live band, dan yang bestnya ada tempat mengurut kaki hahaha..
Tang tu Suami lee yang duk sakan duduk mengurut..ermmmm.. Arghh rindulaaa Langkawi... Bilalah dapat merentas negeri ni kan.. tapi kalau dah boleh merentas sekalipun, Sis 'hold' dulu lee, kasi reda dulu keadaan wabak Covid19 ni baru boleh berani nak pi..
Tapi kalau ada peluang sekali lagi ke Langkawi, Sis teringin nak staycation di The Datai Langkawi pulak.. Sebab masa kitaorang tengah cari Hotel pun, adik ada sebut the Datai Langkawi ni, tapi masa tu musim cuti, so harga agak mahal sikit. Lagipun kami nak amik sampai 6 bilik wooo.. hahahaha..
So takpe, next time boleh plan Honeymoon gan Suami je pi the Datai Langkawi tu, tengok tempatnya pun memang sesuai untuk berbulan madu hehehehe.. pergi berdua lagi manyak syokkkkk..
Apa-apa pun kenangan bercuti ke Langkawi 2 tahun lepas memang menjadi kenangan indah buat Sis dan adik-adik, kerana itulah percutian terakhir bersama Emak dengan kami semua.. Sedih kalau di kenangkan..tapi alhamdulilah, sekurangnya Emak dapat merasai percutian bersama anak-anak dan cucu-cucunya.. alhamdulilah..
Korang pula kalau dapat merentas negeri, korang nak bercuti ke mana? ..tak kisahlah nak pi mana pun, yang penting #StaySafe dan ingat selalu 'KIta Belum Menang' yaaa... #KitaJagaKita ..
P/S: Selamat bercuti penggal anak-anak.. tak sabar tunggu anak-anak sedara nak datang rumah ni.. yehaaaa..
Rindu nak jalan-jalan..makan-makan..
ردحذفKann PC, rindu semuanya, terutama Laut dan Pantai huhuhu
حذفrindu nk travel
ردحذفSama laaa, nasib laa pasport tak tumbuh cendawan hahaha
حذفarghhh rindu nak cuti jejauh kan...
ردحذفkitrg plak nak g kuantan...
hahaha nak try hotel apa ntah nama nya tu, tgk cam cantek view nya!
Kan kan.. nanti dah boleh merentas, mai la datang JB ea.. kita staycation sesama..
حذفHarap2 raya ni dah boleh rentas negeri
ردحذفkesian adik beradik dan anak2 yang dah lama tak balik kampung.
Mudah-mudahan Wak.. tapi kenalah berjaga-jaga, jangan sampai naik kluster baru pulak, sian KKM...
حذفwehhh aku pun nak plan staycation nanti lepas raya!!!
ردحذفWaaa kemanakah itu? Hehehehe
حذفnak pergi pulau redang dekat terengganu .. kalau boleh rentas dah mmg nak booked smua siap.. rindu nakkkk rentas :(
ردحذفApa lagi, buat ler bisnes kat sana.. senang merentas anytimeee.. Bahahahaha
ردحذفRindu sangat nak merentas tapi tak dapat lagi nak merentas ni. Gambar sis Lin yang tepi pantai tu lawa lah. Waktu malam tapi perfect je gambar tu.
ردحذفSay a pun Hindu nak merentas negeri. When will all of these will be over ek? Btw, the Riverra Inn Hotel looks like a lovely place to stay.
ردحذفBestnya Langkawi, banyak kali pergi tetap tak jemu. Ni jalan-jalan dalam negeri jer lah mampu, mujur duk Ganu, ada jugalah tempat nak tuju.
ردحذفWahh rindunyaaa nak me rentas negeri nak travel sana sini. Hrmmm lepas ni memang lenjan habis especially Cameron hhaahaha
ردحذفMmg rindu kan nak rentas negeri. Rasa penat dah stay kat negeri yang sama hahahha
ردحذفRindu nak merentas negeri. Nak balik kampung pun jadi la. Nak makan masakan mak. Nak hidu suasana kampung. Ayam berkokok. Wuwuwuw.
ردحذفJangan cakap the kids, Sis.. Nell nampak swimming pool dalam gambar ni pun dah teruja.. Boleh masuk Langkawi sure dtg sini staycation...
ردحذفMaunya tak rindu , last tahun ni sempat kitorang semua 4 keluarga pergi bercuti dekat Lexis Hibiscus PD lepas tu terus kena lockdown. Hampehh betul . Ni nasiblah dah boleh jalan-jalan dalam Selangor tapi lagi best kalau pergi ke negeri orang.
ردحذفKalau saya, lepas dibenarkan rentas negeri nanti, tempat pertama yg nak dituju ialah Ipoh kemudian Penang. Tu mmg tmpat wajib setiap tahun, jalan2 cari makan.
ردحذفBetul Sis. #GengPeponds dah tak sabar nak berjimba di pantai. Manakala Rawlins pula tak sabar nak semua dapat vaksin agar dapat balik kampung di Sarawak dan peluk my family tanpa rasa gusar.
ردحذفJangan kata akak saya ni yang dah setahun lebih duduk rumah jer ni tak pergi rentas negeri ni nak balik kampung tengok mak ayah pun tak dapat jadi terpaksa lah jalan dalam tempat yang sama jer naik kematu dah ni heheheh...
ردحذفMemang semua orang dah rindu nak berjalan sini sana lebih lebih lagi balik kampung. Harap cepat la covid ni berlalu
ردحذف