Kalau dilakukan dengan cermat beg roti boleh dibuka dan ditutup tanpa dikesan, menjadikannya sasaran mudah untuk si mereka yang tidak bertanggungjawab mahupun mereka yang berniat jahat, menjadikan roti sebagai sasaran mudah untuk bahan gurauan dan serangan jahat.
Adakah korang benar-benar yakin bahawa roti di dalam troli korang belum disentuh?.. Tiba-tiba soalan ni Sis pun baru terfikir, gulp...
Roti Sandwic Massimo Kegemaran Korang, Kini Dengan Pengedap Keselamatan Tamper-Evident untuk Ketenangan Fikiran Tanpa Keraguan! Dengan pelancaran Pengedap Keselamatan Tamper-Evident beg roti yang pertama di Malaysia oleh Massimo, periksa sajalah ‘seal’ untuk menikmati roti kegemaran korang tanpa ragu-ragu. Pembungkusan baru dengan pengedap keselamatan ini akan dilancarkan untuk semua roti sandwic Massimo mulai hari ini.
Massimo yang terkenal dengan roti yang sihat dan sedap , melancarkan pembungkusan laser Pengedap Keselamatan Tamper-Evident untuk menangani rasa kebimbangan para pengguna mengenai keselamatan dan integriti produk yang semakin menjadi semasa pandemik Covid-19. Pembungkusan dengan pengedap keselamatan Tamper-Evident merupakan satu langkah utama dalam industri roti komersial.
Nak tau cara macam mana roti korang belum tersentuh?
Inilah cara untuk menikmati kebaikan roti sandwic Massimo dengan yakin:
Langkah 1: Carilah roti sandwic Massimo dengan icon #SealedForSafety di rak roti
Langkah 2 : #CheckTheSeal supaya ianya masih lengkap/sempurna dan tidak terbuka
Langkah 3 : Belinya dengan penuh keyakinan tanpa sebarang keraguaan di fikiran
Langkah 4 : Untuk membukanya, tarik kedua belah beg roti di bahagian seal; untuk menutupnya, gulung bahagian atas bag roti dan ikat kembali dengan Kwik Lock seperti biasa
Sentiasa #CheckTheSeal. Sekiranya Pengedap Keselamatan Tamper-Evident tidak lengkap/sempurna, pilih roti Massimo yang lain untuk mengelakkan pencemaran yang tidak sengaja mahupun yang berbahaya.
The Italian Baker Sdn Bhd, melabur sebanyak RM1juta dalam teknologi pembungkusan laser Pengedap Keselamatan Tamper-Evident yang inovatif dari Amerika Syarikat untuk memastikan produk produknya dan para pelanggannya selamat dengan memberi peringatan visual yang nyata kepada pengguna tentang sebarang perubahan pada integriti pembungkusan produk tersebut.
Pengarah Urusan The Italian Baker Sdn Bhd, Encik Jeremy Goon menjelaskan bahawa pembungkusan Pengedap Keselamatan Tamper-Evident yang diperkenalkan oleh Massimo akan meningkatkan integriti produk, keselamatan makanan dan jaminan kualiti demi mengingkatkan kepuasan pelanggan, dan menjaga reputasi jenama.
"Pada akhir tahun 2019, cabaran media sosial di Amerika Syarikat telah membuat gurauan atau ‘prank’ membuka produk makanan dan sengaja mencemarkannya melalui pelbagai perbuatan yang tidak hygenis sebelum menggembalikan produk yang tercemar itu agar pengguna yang lain akan membelinya. Risiko dari perbuatan itu mungkin memberi kesan terhadap pengguna terutamanya semasa pandemik Covid-19 hingga menggalakkan kami untuk meningkatkan keselamatan dan integriti produk. Kami dengan pantas menemui penyelesaian untuk melindungi pelanggan kami tetapi dengan perintah kawalan pergerakan, kami memerlukan lebih masa untuk melaksanakannya,” jelas Mr. Goon.
"Di Malaysia, hanya Massimo yang melengkapi roti sandwic kami dengan pembungkusan Pengedap Keselamatan Tamper-Evident demi mengutamakan keselamatan dan kepuasan anda. Ketenangan fikiran anda ketika menikmati kebaikan menyeluruh produk kami, serta keyakinan anda kepada keselamatannya adalah penting kerana pihak Massimo sememangnya prihatin,” katanya.
Encik Jeremy Goon berkongsi bahawa teknologi Pengedap Keselamatan Tamper-Evident dirancang khusus untuk membuat sebarang gangguan pada roti jelas kelihatan.
"Massimo adalah organisasi yang mengutamakan pengguna dan sering mempertimbangkan keselamatan, praktikal dan fungsi pembungkusannya. Pembungkusan laser Pengedap Keselamatan Tamper-Evident kami mudah digunakan oleh pengguna dan jelas menunjukkan kesan sekiranya telah dibuka oleh orang lain. Sentiasa ingat untuk memeriksa Pengedap Keselamatan Tamper-Evident untuk keselamatan dan ketenangan fikiran anda," tambahnya.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, Massimo telah menjadi makanan harian Malaysia, memberikan kebaikan menyeluruh dari pelbagai roti termasuk roti sandwic, roti sandwic dengan germa gandum, roti gandum penuh 100%, roti fine wholemeal, roti Ricco Chocolato dan roti Kurma dan Susu.
[Baca Juga] : Sarapan Pagi Bersama Roti Kurma & Susu Massimo
Roti Massimo diperbuat menggunakan bahan-bahan berkualiti dengan jaminan kualiti yang ketat untuk kepuasan pengguna dengan rasanya yang enak lagi berkhasiat dan memberi ketenangan kepada mereka dengan Pengedap Keselamatan Tamper-Evident.
Roti sandwic dengan germa gandum Massimo yang terkenal disemai dengan kebaikan semula jadi germa gandum yang dikaitkan dengan kesihatan jantung yang lebih baik. Germa gandum kaya akan vitamin E, asid lemak Omega-3, serat semula jadi, protein, B1, B2, B6, magnesium, fosforus dan zink. Rangkaian gandum penuh dan wholemeal dipenuhi dengan khasiat serat, nutrien dan mineral penting, serta tekstur lembut dan gebu, yang disukai rakyat Malaysia.
P/S: Selalunya memang beli brand Massimo, sebab dia punya lembut tu lain macam, dan ada banyak jenis..
jarang beli massimo tapi best jugak roti nya
ReplyDeleteMassimo rotinya lembut aje, kalau buat sanwic memang sesuai..
DeleteTak jumpa lagi roti kurma susu tu
ReplyDeleteLin beli kat Jusco Kak, kat kedai memang kena cepat, kalau tak habis...
Deleteada kes roti pirate ke.. tenkiu for info ye
ReplyDeleteYaa Mamapp, kes yang roti di buka tu...
Deleteterpegun lak tengok roti kurma susu tu. masa bukak page sislin ni baca roti massimo sesambil tu iklan gardenia roti puazz tu pon nampak sedap
ReplyDeleteNanti cuba beli dan rasa, sedap Mar.. boleh leka habis sebantal oiii hahahaha
Delete