ROTI SANDWIC MASSIMO, KINI DENGAN PENGEDAP KESELAMATAN TAMPER-EVIDENT

Sis Lin
8
ROTI SANDWIC MASSIMO, KINI DENGAN PENGEDAP KESELAMATAN TAMPER-EVIDENT | Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, roti menjadi makanan harian kegemaran buat rakyat Malaysia, tidak kira sebagai sajian utama atau makanan ringan. Secara kebiasaan, beg roti di Malaysia ‘diikat’ dengan label roti Kwik Lock

Kalau dilakukan dengan cermat beg roti boleh dibuka dan ditutup tanpa dikesan, menjadikannya sasaran mudah untuk si mereka yang tidak bertanggungjawab mahupun mereka yang berniat jahat, menjadikan roti sebagai sasaran mudah untuk bahan gurauan dan serangan jahat.

Adakah korang benar-benar yakin bahawa roti di dalam troli korang belum disentuh?.. Tiba-tiba soalan ni Sis pun baru terfikir, gulp... 

Roti Sandwic Massimo Kegemaran Anda, Kini Dengan Pengedap Keselamatan Tamper-Evident untuk Ketenangan Fikiran Tanpa Keraguan!

Roti Sandwic Massimo Kegemaran Korang, Kini Dengan Pengedap Keselamatan Tamper-Evident untuk Ketenangan Fikiran Tanpa Keraguan! Dengan pelancaran Pengedap Keselamatan Tamper-Evident beg roti yang pertama di Malaysia oleh Massimo, periksa sajalah ‘seal’ untuk menikmati roti kegemaran korang tanpa ragu-ragu. Pembungkusan baru dengan pengedap keselamatan ini akan dilancarkan untuk semua roti sandwic Massimo mulai hari  ini.

Massimo yang terkenal dengan roti yang sihat dan sedap , melancarkan pembungkusan laser Pengedap Keselamatan Tamper-Evident untuk menangani rasa kebimbangan para pengguna mengenai keselamatan dan integriti produk yang semakin menjadi semasa pandemik Covid-19. Pembungkusan dengan pengedap keselamatan Tamper-Evident merupakan satu langkah utama dalam industri roti komersial.

Nak tau cara macam mana roti korang belum tersentuh? 

Roti Sandwic Massimo Kegemaran Anda, Kini Dengan Pengedap Keselamatan Tamper-Evident untuk Ketenangan Fikiran Tanpa Keraguan!

Inilah cara untuk menikmati kebaikan roti sandwic Massimo dengan yakin:

Langkah 1: Carilah roti sandwic Massimo dengan icon #SealedForSafety di rak roti
Langkah 2 : #CheckTheSeal supaya ianya masih lengkap/sempurna dan tidak terbuka
Langkah 3 : Belinya dengan penuh keyakinan tanpa sebarang keraguaan di fikiran
Langkah 4 : Untuk membukanya, tarik kedua belah beg roti di bahagian seal; untuk menutupnya, gulung bahagian atas bag roti dan ikat kembali dengan Kwik Lock seperti biasa

Sentiasa #CheckTheSeal. Sekiranya Pengedap Keselamatan Tamper-Evident tidak lengkap/sempurna, pilih roti Massimo yang lain untuk mengelakkan pencemaran yang tidak sengaja mahupun yang berbahaya.

The Italian Baker Sdn Bhd, melabur sebanyak RM1juta dalam teknologi pembungkusan laser Pengedap Keselamatan Tamper-Evident yang inovatif dari Amerika Syarikat untuk memastikan produk produknya dan para pelanggannya selamat dengan memberi peringatan visual yang nyata kepada pengguna tentang sebarang perubahan pada integriti pembungkusan produk tersebut.

Roti Sandwic Massimo Kegemaran Anda, Kini Dengan Pengedap Keselamatan Tamper-Evident untuk Ketenangan Fikiran Tanpa Keraguan!

Pengarah Urusan The Italian Baker Sdn Bhd, Encik Jeremy Goon menjelaskan bahawa pembungkusan Pengedap Keselamatan Tamper-Evident yang diperkenalkan oleh Massimo akan meningkatkan integriti produk, keselamatan makanan dan jaminan kualiti demi mengingkatkan kepuasan pelanggan, dan menjaga reputasi jenama.

"Pada akhir tahun 2019, cabaran media sosial di Amerika Syarikat telah membuat gurauan atau ‘prank’ membuka produk makanan dan sengaja mencemarkannya melalui pelbagai perbuatan yang tidak hygenis sebelum menggembalikan produk yang tercemar itu agar pengguna yang lain akan membelinya. Risiko dari perbuatan itu mungkin memberi kesan terhadap pengguna terutamanya semasa pandemik Covid-19 hingga menggalakkan kami untuk meningkatkan keselamatan dan integriti produk. Kami dengan pantas menemui penyelesaian untuk melindungi pelanggan kami tetapi dengan perintah kawalan pergerakan, kami memerlukan lebih masa untuk melaksanakannya,” jelas Mr. Goon.

Roti Sandwic Massimo Kegemaran Anda, Kini Dengan Pengedap Keselamatan Tamper-Evident untuk Ketenangan Fikiran Tanpa Keraguan!

"Di Malaysia, hanya Massimo yang melengkapi roti sandwic kami dengan pembungkusan Pengedap Keselamatan Tamper-Evident  demi mengutamakan keselamatan dan kepuasan anda. Ketenangan fikiran anda ketika menikmati kebaikan menyeluruh  produk kami, serta keyakinan anda kepada keselamatannya adalah penting kerana pihak Massimo sememangnya prihatin,” katanya.

Encik Jeremy Goon berkongsi bahawa teknologi Pengedap Keselamatan Tamper-Evident dirancang khusus untuk membuat sebarang gangguan pada roti jelas kelihatan.

"Massimo adalah organisasi yang mengutamakan pengguna dan sering mempertimbangkan keselamatan, praktikal dan fungsi pembungkusannya. Pembungkusan laser Pengedap Keselamatan Tamper-Evident  kami mudah digunakan oleh pengguna dan jelas menunjukkan kesan sekiranya telah dibuka oleh orang lain. Sentiasa ingat untuk memeriksa  Pengedap Keselamatan Tamper-Evident untuk keselamatan dan ketenangan fikiran anda," tambahnya.

Roti Sandwic Massimo Kegemaran Anda, Kini Dengan Pengedap Keselamatan Tamper-Evident untuk Ketenangan Fikiran Tanpa Keraguan!

Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, Massimo telah menjadi makanan harian Malaysia, memberikan kebaikan menyeluruh  dari pelbagai roti termasuk roti sandwic, roti sandwic dengan germa gandum, roti gandum penuh 100%, roti fine wholemeal, roti Ricco Chocolato dan roti Kurma dan Susu


Roti Massimo diperbuat  menggunakan bahan-bahan berkualiti dengan jaminan kualiti yang ketat untuk kepuasan pengguna dengan rasanya yang enak lagi berkhasiat dan memberi ketenangan kepada mereka dengan Pengedap Keselamatan Tamper-Evident.

Roti sandwic dengan germa gandum Massimo yang terkenal disemai dengan kebaikan semula jadi germa gandum yang dikaitkan dengan kesihatan jantung yang lebih baik. Germa gandum kaya akan vitamin E, asid lemak Omega-3, serat semula jadi, protein, B1, B2, B6, magnesium, fosforus dan zink. Rangkaian gandum penuh dan wholemeal dipenuhi dengan khasiat serat, nutrien dan mineral penting, serta tekstur lembut dan gebu, yang disukai rakyat Malaysia.


P/S: Selalunya memang beli brand Massimo, sebab dia punya lembut tu lain macam, dan ada banyak jenis.. 

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. jarang beli massimo tapi best jugak roti nya

    ردحذف
    الردود
    1. Massimo rotinya lembut aje, kalau buat sanwic memang sesuai..

      حذف
  2. الردود
    1. Lin beli kat Jusco Kak, kat kedai memang kena cepat, kalau tak habis...

      حذف
  3. ada kes roti pirate ke.. tenkiu for info ye

    ردحذف
  4. terpegun lak tengok roti kurma susu tu. masa bukak page sislin ni baca roti massimo sesambil tu iklan gardenia roti puazz tu pon nampak sedap

    ردحذف
    الردود
    1. Nanti cuba beli dan rasa, sedap Mar.. boleh leka habis sebantal oiii hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!