SALAM ISRAK MIKRAJ 27 REJAB 1442H

Sis Lin
15
SALAM ISRAK MIKRAJ 27 REJAB 1442H | Hari ini 11 March 2021 bersamaan 27 Rejab 1442H adalah hari memperingati Israk Dan Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah. 

Antara peristiwa yang mengangkat ‘status’ dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW berbanding nabi lain adalah Israk dan Mikraj. Walaupun ulama berbeza pendapat mengenai tarikh sebenar bila berlakunya peristiwa berkenaan, paling penting umat Islam wajib percaya ia benar-benar berlaku.

Hari Israk Dan Mikraj ini disambut oleh orang Islam di Malaysia bagi memperingati peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. pada tahun ke-11 kerasulan Baginda. Dan hari Israk dan Mikraj adalah cuti umum bagi negeri Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu.

Salam Israk Mikraj 27 Rejab 1442H

Keistimewaan Hari Israk dan Mikraj

Peristiwa besar ini amat luar biasa yang dialami oleh Nabi saw dan dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah swt. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya.

Dua keajaiban itu adalah ‘Israk’ dan ‘Mikraj’ yang berlaku hanya dalam satu malam.

Israk – Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa.
Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine.

Mikraj – Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah
Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ( Al-Quran, Surah Al Israa’: 1)

Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Muhammad serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
  1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
  2. Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
  3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
  4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
  5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Muhammad sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Muhammad. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Jom kita banyakkan berselawat ke atas nabi dan berzikir memuji kebesaran Allah selain perbanyakkan solat sunat seperti ibadah pada malam hari.


P/S: Subhanallah, Astaghfirullah, Alhamdulilah, Allahuakbar.. 

Post a Comment

15Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Salam Israk Mikraj.. Semakin dekst dengan Ramadan... Mohga sampai ke bulan Ramadan.. Amin

    ReplyDelete
  2. Salam israk mikraj Lin n family..

    ReplyDelete
  3. Salam Isra' Mikraj sis lin.. besok cuti bestya

    ReplyDelete
  4. salam israk mikhraj... rindu pulak dengar ustazah bercerita tentang burak kat sekolah dulu2.. mujur zaman sekarang ada YT. bila bila je boleh dengar ceramah

    ReplyDelete
  5. Salam Israk Mikraj Sis sekeluarga.

    ReplyDelete
  6. Salam Israk Mikraj. teringat kenduri di masjid masa zaman kanak2

    ReplyDelete
  7. Salam Israk Mikraj buat Sis Lin..

    ReplyDelete
  8. Salam Israk Mikraj. Bila tibanya saat ini selalu teringat ustaz cerita tentang buraq, kenderaan Nabi S.A.W dalam peristiwa tersebut.

    ReplyDelete
  9. Salam Isra' Mikraj sis lin, thank you for sharing all the info

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!