SAMBUTAN 'EARTH HOUR' SEMAKIN DI LUPAKAN

Sis Lin
10
SAMBUTAN 'EARTH HOUR' SEMAKIN DI LUPAKAN | Sis berani mengatakan sebegitu sebab ramai yang lupa akan 'Earth Hour' ni. Setiap tahun satu dunia akan melaksanakan Earth Hour ni. Kalau dulu sambutan Earth Hour ni memang meriah, sampai semua orang tertunggu-tunggu. Namun sekarang... sampai ada pulak yang komen 'Eh ada Earth Hour ek?'.. hahahaha ko ngase?...

Pernah dulu beberapa tahun dahulu, ketika Sis menjadi blogger dan aktif bersama Geng Kamie dari Team MsjBox ChatBox, kami pernah sambut Earth Hour di Melaka bersama Fauziah Gous taww.. meriah masa tu, sebab kebetulan masa tu sambutan Earth Hour jatuh pada hari lahir anak Sis,Yana.. erti kata lain, sekali sambut besday anak Sis laa di Melaka tu time Earth Hour hehehe kan Retna kan..

Opsss, lupa pulak Retna tak join sebab 'merajuk' kakakakakah :p ... 

Kalau korang masih blur dan tak tau Apa Itu Earth Hour, korang boleh baca di sini --> Earth Hour  🌍.

Sambutan 'Earth Hour' Semakin Di Lupakan

Sambutan 'Earth Hour' Semakin Di Lupakan

Sambutan 'Earth Hour' Semakin Di Lupakan

Dan tahun ini Toppen Shopping Centre menjadi salah sebuah Shopping Mall di Johor Bahru yang meraikan Earth Hour dengan kerjasama bersama IKEA Tebrau, Celebral Palsy Johor (NGO), SWM Enviromwent and SWcorp turut bersama meraikan Earth Hour ni selama sejam. 

Dan Sis berkesempatan selama 1jam untuk sama-sama join event Earth Hour #connect2earth di The Topp Shopping Mall Toppen ni. Sebelum hari bergelap malam, ada juga Live Band yang memeriahkan pengunjung dengan nyanyian mereka dan juga ada booth-booth kecil yang turut serta dengan kempen Earth Hour di The Topp. 

Memang meriah dengan lampu-lampu LED di The Topp sebaik jam 8.30pm lampu di padamkan. 

Sambutan 'Earth Hour' Semakin Di Lupakan

Sambutan 'Earth Hour' Semakin Di Lupakan

Sebenarnya sepanjang dua hari kempen Earth Hour ni berlangsung, di The Topp ni ada pelbagai aktiviti yang berlangsung. Sis pun tak tau juga, bila dah ke sana barulah tau ada mereka adakan kempen Earth Hour ni bersama pihak-pihak yang lain. Ingatkan hanya Eeath Hour tutup lampu aje hahaha., rupanya ada aktivi juga yaa.. 

Antara aktiviti yang mereka adakan seperti : 
  • Earth Hour Lights-off at 8.30 pm - 9.00 pm
  • Awareness Exhibition & Showcase & Sale of Recycle Products by IKEA, SW Corp, SWM Environment & Celebral Palsy
  • Recycle Centre Day by SWCorp & SWM Environment
  • Kids Coloring, Art & Craft Workshops
  • Fittness Zumba
  • Clown with Balloon Walk-about
  • Movie Screening
  • Acoustic Band Performances

Bayangkanlah mesti meriah kann.. 

Sambutan 'Earth Hour' Semakin Di Lupakan

Sambutan 'Earth Hour' Semakin Di Lupakan

Dalam kempen ni, penglibatan SWM Environment yang turut sama menjayakan acara Earth Hour 2021 adalah melalui pembabitan 3R Troopers yang turut mengadakan taklimat, pameran dan permainan berdasarkan kesedaran amalan 3R. So korang yang tidak 'celik' mengenai kitar semula ni,bolehlah turut sama register untuk menyokong sama dalam projek mereka. 

Dan untuk pengetahuan semua, Shopping Mall Toppen Centre ni, mempunyai solar panel di atas bumbung bangunannya yang macam 'Jewels' tu haaa, ini bagi menjadikan Mall ni lebih mendapat energy efficient, selain menggunakan konsep cahaya semulajadi dan sekaligus boleh adjust lighting and power ikut kesesuaian melalui Intelligent Building Management System diorang. Kemain canggih ekkk.. Sampaikan air hujan pun mereka tadah untuk diguna semula kat sini. 

Sis ko pulak, air hujan tadah, buat cuci kereta hahahaha.. 

Sambutan 'Earth Hour' Semakin Di Lupakan

Sambutan 'Earth Hour' Semakin Di Lupakan

Dalam usaha mengurangkan sisa janaan ke tapak pelupusan sampah, SWM Environment secara giat juga mempromosikan program-program alam sekitar yang berimpak tinggi seperti Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca (SAS), kitar semula dan pengkomposan sisa makanan demi meningkatkan kesedaran awam di kalangan umum. 

KITARecycle menggalakkan orang ramai untuk mengitar semula dan menerima mata ganjaran untuk lebih daripada 25 jenis barangan kitar semula yang termasuk kertas, tin, aluminium, plastik, sisa elektrik dan elektronik. Mata ganjarann yang terkumpul boleh di tebus secara tunai memalui perbankan dalam talian. 

Kaunter Bergerak KITARecycle pun ada kalau korang nak sekali mendaftar haritu. Tapi kalau kempen ni sudah berakhir di sana, korang boleh download App KITARecycle daripada Apple Store dan Google Play Store

Bagi yang berminat untuk buat program KITARecycle, boleh lah hubungi pihak SMW Environment di talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 atau layari lawan web www.kitarecycle.com.


P/S: Takpe tahun ni korang terlepas, tahun depan jom kita sama-sama menyambut Earth Hour okay.. 

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Earth hour, hmmmm aduh.... salah seorg yg lupa is me :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha takpe, tahun depanj kan ado hehehe

      Delete
  2. tak nampak promo tahun nie... tak tau lah kalau tak perasan. Yang ingat sebab tengok story tahun2 lepas jer nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee tahun ni takde iklan apa-apa, sebab tu ramai yang tak tau..

      Delete
  3. OK lin... pastu ako rasa ako tido terus sampai pagi hehhe :p

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Hahaha tiap minggu ketiga bulan March Wak...

      Delete
  5. tahun ni macam kurang kan promo pasal earth hour ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kalau dulu siap iklan kat TV ko...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!