SIAPA KATA ORANG BERBADAN BESAR TAK BOLEH BERGAYA?

Sis Lin
20
SIAPA KATA ORANG BERBADAN BESAR TAK BOLEH BERGAYA? | Bukan siapa yang kata, tapi kebanyakkannya memang orang akan kata kan?. Ayat paling biasa dengar 'Kau tu badan besar, mana ada saiz kau?'.. kan kan kan? .. Sebab Sis pernah alaminya dulu bila ada kawan kata begitu, memang pedih ulu hati bila dengar, tapi kita faham dan kita sedar diri, so kita diamkan aje laa.. 

Dan lagi satu, bukan mudah nak cari butik pakaian yang menjual pakaian untuk orang yang bersaiz besar hingga XXXXXL. Paling ada pun hanya butik-butik pilihan aje, nak nampak sana sini memang susah. 

Tapi kini korang jangan risau, pernah dengar Bob Rock LoveLily? Yaa Bob Rock LoveLily adalah kedai pakaian yang menjual pakaian SAIZ BESAR. Dan pakaian yang saiz besar di jual di kedai Bob Rock Lovely ni adalah yang bersesuaian dengan potongan badan orang Asia.

Bob Rock LoveLily

Bob Rock LoveLily

Jujurnya Sis sendiri pun baru juga tau mengenai kedai pakaian Bob Rock Lovelily ni, sebab ada kawan yang bersaiz agak besar selalu up gambarnya berOOTD kemain hebat gayanya. Cantik-cantik pakaian yang di pakai. Yang Sis suka tiap kali dia bergaya, penuh dengan keyakinan diri. 

Bila di tanya, rupanya dia banyak membeli dari kedai pakaian Bob Rock Lovelily ni. Kalau belek kat website kedai mereka, memang semuanya pakaian bersaiz besar. So memang tujuan utamanya kedai Bob Rock Lovelily ni dibuka adalah untuk mereka yang bersaiz besar. 

Sebab kebanyakkan orang Malaysia bila tinggi besar kita tak tinggi macam saiz orang Eropah dan orang American. Macam orang Malaysia dia besar tetapi ketinggian masih lagi macam orang Asia. Dari situlah terciptalah empunya kedai Bob Rock Lovelily ni mewujudkan konsep kedai pakaian saiz besar yang mengikut potongan orang Asia.

Bob Rock LoveLily
Bob Rock LoveLily

Saiz pakaiannya juga bermula dari XL hingga 6XL. Ko bayangkan, besar tak besar tu saiznya, memang beruntung mereka yang bersaiz besar sekarang sebab ada kedai khas untuk mereka. Tidak kiralah untuk lelaki ataupun wanita. Sebab tu Sis kata, 'Siapa kata berbadan besar tak boleh bergaya?'.. kan kan.. 

Dan pakaian yang mereka jual boleh dijadikan sebagai pakaian harian seperti Kemeja dan Seluar slack, sebab boleh dikatakan hampir kesemuanya diperbuat kainnya jenis yang boleh meregang menarik yang sangat sesuai untuk orang saiz besar. So kalau pakai tu tidaklah begitu ketat sangat. 

Bob Rock LoveLily

Bob Rock LoveLily

Istimewanya Bob Rock LoveLily memilih dan mencari kain sendiri. Sebab pemilihan dalam fabrik adalah penting dan keutamaan mereka, agar mereka yang saiz besar selesa memakainya berikutan dengan keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan akan membuatkan mereka senang berpeluh. 

Sebab itulah mereka memilih fabrik berasaskan kain kapas kerana lebih memberi ruang penafasan bila berpeluh pun mudah serap dan cepat kering. Ye laa orang berbadan besar ni kan cepat berpeluh. Bukan kata orang saiz besar aje, Sis sendiri pun kalau nak pilih atau beli baju, pun pilih yang mudah serap peluh dan tidak panas, kalau pakai tu selesa, so keyakinan diri tu tinggi laa kalau berjalan kan. 

Bob Rock LoveLily

Bob Rock LoveLily

Dan sempena Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi, Baju Melayu paling banyak permintaan dari pelanggan yang bertanyakan Baju Melayu berSaiz Besar. Sebab nak tempah Baju Melayu Saiz besarkan mahal, so mereka sediakan Baju Melayu Saiz Besar yang “Ready Made” dgn harga yang sangat berpatutan. 

Dengan ukuran dada 70 inch iaitu pit to pit 35 inch dari XL hingga 6XL besarnya. Kurta Printed dan Kurta Plain juga bakal akan di jual untuk Bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba. 

Bob Rock Lovelily

So korang yang berbadan besar, jangan rasa malu untuk bergaya okay. Jika ingin dapatkannya dan buat tempahan untuk Baju Melayu, korang boleh dapatkannya segera sebelum tempahan di tutup. 

Mereka juga menyediakan website untuk memudahkan pelanggan supaya dapat membeli pakaian secara atas talian (online) di https://www.bobrocklovelily.com.my/

Untuk melihat video ke semua pakaian dari kedai Bob Rock Lovelily lebih detail lagi, korang boleh klik link-link di bawah ini ya. 

Video Branding BRLL: https://youtu.be/nENMnTgKAV8
Video Seluar Stretchable: https://youtu.be/s2jasGgXqqk
Video Teaser Baju Melayu: https://youtu.be/yFH9Xya_WzY
Video Couple Edition: https://youtu.be/lO9CiQJgD6Y
Video Oxford Office: https://youtu.be/ui-yThuwSi8

Atau walk-in sendiri ke kedai mereka di alamat:

Butik Bob Rock
Lot F15, Level 1,
Plaza Shah Alam (Plaza Masalam),
Jln Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
40100 Shah Alam, Selangor.

+603 - 5513 3588 (Shop)
+6011 - 1009 1302 (Whatsapp HQ)


P/S: Eleh... orang badan kurus pun ada juga yang tak reti bergaya oii.. gaya ada, tapi takde gaya hahahaha.. 

Post a Comment

20Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. bagus ni..macam shopee live, ada jugak seller yang fokus dengan plus size saja...eh shopee live lagi

    ReplyDelete
  2. Banyak dah kedai-kedai saiz XXXXXXXL ni heehe..
    ako pun beli seluar blouse secara online je kat kedai2 baju besar ...
    hahha...

    ReplyDelete
  3. Kena usaha juga untuk kecikkan badan

    ReplyDelete
  4. plaza masalam tu apa lah yang takde jual, memacam kedai ada heheheh...
    sekarang banyak dah kedai plus size ni kak, makin banyak pilihan memacam gaya ada

    ReplyDelete
  5. raya nanti senanglah nak cari baju shuben kita.Malas dah nak menempah tiap-tiap tahun..Kat luar tu payah nak cari baju melayu size besau

    ReplyDelete
  6. Bagus. At least yang Plus Size boleh bergaya juga macam orang lain. Bukan senang nak cari size yang sesuai kan?.

    ReplyDelete
  7. confident itu penting ! kalau kita confident lawa, confirm kita lawa :)

    ReplyDelete
  8. Akak! Kedai Bob Rock ni memang lama dah menjual pakaian saiz besor. Penyelamat untuk plusize. Boleh dikatakan kebanyakan kawan ofis lalaki dan perempuan suka ke butik Shah Alam tu. Tunggu koleksi raya nanti kak. Sedondon cantik.

    ReplyDelete
  9. bagus la kalau buka kedai macam ni. kalau dulu rasanya tak banyak kedai macam ni, kesian dekat mereka yg berbadan besar nak cari pakaian kan

    ReplyDelete
  10. Mantappp ini kedai!! Bergaya itu perlu walau apa pun saiz badan kita.. ye dak! Jangan down walaupun badan bbersaiz besorrr

    ReplyDelete
  11. Mudahla nk cari saiz baju yg besar2 di BobRock Lovelily. Yg penting kain selesa..kain kapas supaya tak panas.

    ReplyDelete
  12. Pemilihan fabrik yang bersesuaian memang penting - bukan sahaja untuk yang berbadan comel, untuk semua penduduk Malaysia. Tapi bagus dengan adanya pilihan sebegini, maka semua boleh berfesyen

    ReplyDelete
  13. Suka dengan design baju kat sini.. cantik dan selesa. Yg seluar mmg best.. sesuai utk mereka yg bersaiz besar

    ReplyDelete
  14. Nampak cantik2 design dia. Sekarang senang byk jual baju plus size cantik2 dan berpatutan. Dulu punya susah nk cari

    ReplyDelete
  15. Dengan adanya bob rock orang badan besar macam saya pun dah boleh bergaya dengan yakin

    ReplyDelete
  16. Comey laaa nama butik dia! Suka lak tengok design design dia, cecantik belaka. Ya sapa kata plus size tak boleh melawa kannn? Lawa jer tengok pakai baju dari Bob ni

    ReplyDelete
  17. absolutely agreeing with your sharing here, no matter what body size, each still can be stylish & modern looking :D love the collections. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  18. Nampak menarik design baju2 kat sini.. AM pun nak try jengah kat sini gak la.. badan pun dah makin membesar sejak PKP nie.. asyik makan je.. baju pun dah ketat..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!