TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT NEELOFA | Masa menulis ni pun masih belum ada apa-apa pengesahan sah yang mengatakan Lofar dah pun bernikah atau sah menjadi atau bergelar isteri orang, tapi kabar angin dan desas desus sana sini memang dah nyata dah mengatakan yang Lofar akan menikah hari ini.
Bukan ler Sis ko nak bergosip ke nak kepoh ke, tapi jujurnya Sis adalah salah seorang peminat Lofar dan Lofar merupakan idola selebriti yang Sis kagumi sejak dia 'Free Hair' lagi. Bermula dari dia mula berhijab dan menjual tudung seawal dulu, Sis memang menjadi pembeli setianya tiap kali keluar keluaran baru hinggalah sekarang. Walau tidak le membeli sepenuh koleksinya, tapi mesti nak beli hehehe..
Buat masa sekarang yang belum Sis ada koleksi dia, adalah Telekung dia. Bukan kata mahal, tapi memang betullah ye agak mahal, tapi takpe, memang niat, one day Sis nak juga beli sepasang Telekung Lofar. Bag mahal-mahal ko boleh beli, takkan Telekung nak buat solat ko nak berkira kan?.. Tapi kalau Sejadah dia, Sis dah ada 4 koleksi dah hehehe..
Dari semalam membawa ke pagi ni aaa duk membelek IG Lofar dan IGs family dia hahahaha.. Sis tak sabo nak tengok keayuannya ketika memakai busana pengantin ketika menikah dan bersanding. Dan nak tau kesahihannya sendiri, adakah betul bakal Suaminya itu si 'dia' yang di sebut-sebutkan.. walaupun memang semua dah tau siapa dia, tapi mana lee tau kann.. tup-tup kang Suami aku kita nengok orang lain hahahaha...
Apa-apa pun Sis doakan moga semuanya dipermudahkan buat Lofar dan seluruh keluarganya. Banyak dah dugaan yang melanda kepadanya dan keluarganya, tapi Lofar tabah menghadapinya dengan penuh tenang dan redha..
Ucapan Untuk Pasangan Pengantin
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ
Daripada Abu Hurairah RA bahawa jika Nabi SAW mendoakan orang yang baru menikah baginda membaca: “BARAKALLAH LAKA WA BARAKA ‘ALAIKA WA JAMA’A BAINAKUMA FIL KHAIR (semoga Allah memberi berkah kepadamu dan keberkahan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan).” (Sunan Tirmizi No: 1011) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Apabila seseorang mendapat kebaikan, kita digalak mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan buat mereka.
2. Apabila ada orang yang berkahwin, kita disunahkan memberi ucapan dan mendoakan kepada pasangan pengantin yang kita raikan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ
“BARAKALLAH LAKA WA BARAKA ‘ALAIKA WA JAMA’A BAINAKUMA FIL KHAIR
(Semoga Allah memberi barakah kepadamu dan keberkahan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan).
Marilah kita ucapkan doa ini apabila mengunjungi majlis walimah atau mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin dengan doa penuh keberkatan dan kebaikan ini. Semoga keberkahan juga melimpah pada kita yang mendoakan.
Aamiinn, insyaAllah ..
UPDATE !!!
P/S: Bagai pinag di belah dua, sama cantik sama padan.. Moga kekal bahagia ke Jannah Lofar dan PU Riz...
Aaaaaa, apa pun, tahniah Neelofa and husband!
ReplyDeleteMoga kekal bahagia selamanya sampai syurga ALLAH...Amin
Aaamiinn, kita doa yang bebaik aje buatnya kan Nona...
Deleteselamat pengantin baru Neelofa...jadi ke x jadi ke semoga kekal bahagia hingga ke jannah
ReplyDeleteKann SA, alhamdulilah semuanya dipermudahkan..
DeleteMoga bahtera rumahtangga yang dibina sentiasa diberkati Allah SWT. Tanhiah Lofa dan suami.
ReplyDeleteInsyaAllah, alhamdulilah, kita dia aje yang bebaikk..
Deleteako nak cari pu mana plak ni ek? hahaha
ReplyDeleteHahahaha ada le tu nanti sampai PU nyaaa...
DeleteAlhamdulillah dah selamat dahhh Neelofa dengan PU Hariz ni :D
ReplyDeleteKannn, alhamdulilah, semuanya dipermudahkan..
Deletemoga kekal till jannah :)
ReplyDeleteAaamiinn.. alhamdulilah..
Delete