TAHUN KE-13 AKU PASANG DAN PAKAI IMPLANO | Waaa begitu lamanya yaa, diam tak diam, sudah 13 tahun lamanya Sis guna kaedah Family Planning ni menggunakan Implano. Bagi mereka yang pernah baca perkongsian pengalaman Sis memakai Implano ni, korang tau laa cara dan macam mana dia di pasang.
Implano ni Sis pasang di lengan kiri Sis. Dan selama memakainya, Sis selesa dengan Implano ni, tak payah fikir nak makan ubat ke, nak injek tiap 3 bulan ke, nak 'kangkang' pakai IUD ke, just buat surgery kecik, dan pasang Implano ni di lengan aje.
Dan selama berbelas tahun tu juga, Sis berurusan memasang dan mengeluarkan Implano di Poliklinik Gan di Taman Sentosa sana. Dari dulu sampai sekarang, memang Doktor Gan tu je la yang tau permasalahan Sis bab wanita ni. Doktornya pun sporting betul, suka buat lawak geli-geli, ada masa nak je ku hempuk hahahaha.. Tapi Doktornya snagat baik hati..
Dan ramai juga bertanya pada Sis, Apa itu Implano atau Implanon? Ermmmm...
Implanon adalah alat kontrasepsi berbentuk rod kecil yang dipasang hanya di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian tengah lengan atas. Ia boleh menghalang kehamilan sehingga 3 tahun dan tidak memerlukan sebarang tindakan harian.
Implanon adalah kaedah halangan Family Planning yang sangat berkesan dengan kurang daripada satu peratus kegagalan dilaporkan. Kebanyakan kegagalan (mengandung) yang berlaku adalah disebabkan kedudukan implanon yang tidak tepat. Wanita yang memakai implanon akan subur semula selepas tiga minggu alat tersebut dibuka malah implanon juga tidak mengganggu hubungan seks seperti sesetengah kaedah perancang.
Setiap rod implanon mengandungi etonogestrel. Ia bertindak melepaskan hormon progestin pada paras yang tetap sepanjang hayatnya. Implanon sesuai untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mereka. Implanon juga bertindak dengan cara memekatkan mukus serviks yang mana dengan sendirinya menghalang kemasukan sperma ke dalam tiub fallopian. Dengan ini, gangguan berlaku di bahagian endometrium sekretori yang mana ia menjadi nipis dan tidak membenarkan ovulasi berlaku.
Implanon juga boleh menyebabkan komplikasi jangkitan setempat sebanyak satu peratus. Kesan-kesan yang biasa adalah berlaku lebam di sekitar kawasan kemasukan. Ada juga komplikasi berlaku ketika implanon ingin ditanggalkan terutama jika rod melebihi sebatang.
Haaa begitulah secara ringkasnya yang dapat Sis jelaskan. Tang lebam tu memang ya.. Tanya Sunah, Sis sendiri ada tunjuk pada dia selepas 3 hari memasang Implano tu. Sampaikan Suami Sis pun terkejut gak bila tengok hahahaha..
Kenapa nak Family Planning?
Hurmm salah satu sebab utama, faktor umur.. Sis dan Suami dah tua dah dik nonnn.. Sis dah 45tahun, Suami dah 55tahun, so memang tak sesuai dah nak ada anak lagi.. cukuplah rezeki 3 orang anak yang Allah beri tu, dah besar panjang tonjang dah anak-anak. Tak lama lagi yang sorang tu dah nak kawin.. kita tunggu main dengan Cucu aje laa kan hehehe..
Nak Family Planning ni kena sepakat Suami Isteri, barulah hidup tu berkat hahaha.. kalau dah sorang je nak 'tutup kilang', yang sorang sibuk nak suruh beranak, payah gak kang.. nak merancang sendiri? Hahahaha 'Ko percaya kat Laki ke aaa?' kakakakakah.. eee memang takkk lerr... silap-silap kang umur 50tahun Sis ko beranak, minta jauhkan..uishhhhh...
Bukan menidakkan rezeki Allah, tapi kena juga fikir faktor kesihatan dan juga kesan kepada anak yang akan lahir. Jujurnya ada beberapa kisah Jiran Emak Sis, beranak di usia lebih dari 40tahun, semua anaknya Sindrom Down.. kesiankan.. so better boleh cegah kita cegah..
Ini Sis kongsia tas pengalaman Sis.. tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang sudah tiada..
Alhamdulilah.. setakat ni Suamilah selalu meneman bila Sis nak pasang Implano dan bagi sokongan padu untuk kami terus merancang.. Riuh rendah anak sedara kalau datang rumah je dah cukup dah membahagiakan kami. Akan datang kalau ada cucu, lagi le meriah kan hahahaha...
Berapa harga sekali pasang?
Dulu-dulu, masa awal Sis pasang, harga baru RM350 untuk 3 tahun, then naik sikit ke RM400, kemudian naik lagi cecah ke RM500 lebih macamtu.. tapi sekarang.. harganya sudah RM670 untuk 3 tahun hehehehe.. memang agak mahal, tapi takpe laa.. dah itu je yang serasi dengan Sis.
TAPI.... Doktor kata ini kali pasang LAST... alamakkkkkk..
Sebab Doktor kata nanti 3 tahun lagi bukak umur sudah 48tahun, so tidak sesuai dah. hurmmm so macam mana Doktor?..
Doktor kata makan ubat aje laa sampai monopous hahaha. adeiii laserr ekkk Doc.
Baiklah.. ini kali kita pakai last laa, lepas tu makan ubat.. Sis kalau makan ubat perancang, siaplaaaa.. badan akan kurus kering macam tak cukup zat oii.. huhuhu arwah Abah Sis dulu kata, macam jerangkung berjalan hahahahaha..
Okaylah ..tu je perkongsian Sis untuk Family Planning ni. Kalau korang di Johor nak pasang, bolehlah ke Poliklinik Gan di Taman Sentosa tu ya. Kalau nak murah, boleh ke Klinik Kerajaan, pun ada juga.
P/S: Bila fikir anak dah nak kawin, sedih wooo... selalu bagitau Suami, nanti Sis nangis terus huwaaaa :(( ...
Jap2 nak tanya..hahaha..jangan gelak erk...saje nak melawak..single mom leh in pasang x? Muahahaha..larikkkkkkkm
ردحذفHahahaha engko kan SA, dah kenapa hahahahahaha...
حذفTak sabar ako nak tunggu cucu ko 😜 nak timang2 ko eh silap timang2 cucu ko hahhaa... Mana tau bole buat cucu angkat ke 🤣🤣
ردحذفKakakakah jangan lee weiii... tambah sedih aku huhuhu
حذفMakin nak dekat majlis, lagi sedih aku...
Owhh, pelajaran baharu hari ini wak dapat
ردحذفYaa Wak.. ramai tak tau, tu Saya kongsikan...
حذفdalam pertimbangan juga nak pakai ni
ردحذفNak lebih selanmat, pakai laa Implano hehehehe
حذفnk tau gak ada kesan sampingan?
ردحذفSetakat yang Saya pakai, alhamdulilah tidak, cuma kitaran haid aje tak menentu dan faktor kegemukkan tu 30% hehehe
حذفAlaa sebaknya baca ayat last tu. Ena pon tahu pasal ni sebab tgk janna nick berlakon cite apa ntah die pakai ni lepastu die korek pakai pisau kuarkan. Ngeri tengok. So far kita planning sendiri ABS hahaha. Sebab laki kita yang fobia tgk wife die pantang 😂😂😂
ردحذفKann Ena, emosi betul kalau di ingat..
حذفCite apa aaa? Tak pernah pulak nengok...