TAK PADAN KECIK SUDIO NIO EARPHONE NI, SEKALI ON SOUND GEMPAK BEB! | Eh, hampir terlupa nak kongsi dengan korang pasal Sudio Nio Earphone ni, tu pun bila semalam anak-anak sibuk berebut nak pinjam pakai Emaknya punya ni, barulah teringat nak menulis nak kongsi dengan korang. Tengok aje laa, kalau dah anak pun berebut nak guna, maknanya bunyi dia memang gempak arr..
Bukan pasal bunyi aje kata anak, tapi sebab kecomelan saiz dia tu, kalau pakai di telinga elok je terletak tak mudah jatuh dan tidak mudah tertanggal. Tu kata si anak bujang Sis. Dia kaki gamers, so kalau main game, memang dia sumbatlah Sudio Nio tu kat telinga dia, sampaikan Sis pun kadang tak perasan dia tengah guna.
Selain dari bunyinya yang gempak tu, faktor utama yang anak Sis suka guna adalah ketahanan bateri dia dia. Yaaa bateri dia boleh bertahan sehingga 20 jam lamanya.. lama giler kann.. Kualiti bateri wireless earphones Sudio Nio ni adalah 35mAh, manakala bateri bersama tempat simpanan adalah 400mAh. Kalau dicaj bersama bekas ianya mengambil masa sehingga 90 minit untuk pengecasan penuh.
Dan juga dia earphones Sudio Nio ni ada teknologi adaptive dual-microphone, ini dapat menyaring kebisingan suara latar belakang yang tidak diperlukan terutama semasa membuat panggilan. Jadi panggilan lebih fokus pada suara pemanggil dan kita boleh dengar lebih jelas tanpa sebarang kebisingan. Tang ni Sis suka, sebab kalau tengah terima panggilan, so keadaan sekeliling tidak menganggu kita. Cuma kalau orang tak tau, ingat ko tu gile cakap sengsorang hahahaha..
Nak gunakannya pun senang aje. Sudio Nio Earphones ni mempunyai panel sentuh (touch panel) dan automatic pairing. Tak kiralah ko pakai android atau pun ios pun boleh guna, asalkan ada bluetooth (version 5.0), dua-dua pun boleh guna. Nak guna tak susah macam sesetengah earphone lain tu, tapi yang ni amat mudah di gunakan. Hanya guna secara automatik 'on' dan korang akan dapat 'alert' notifikasi yang mengatakan ianya berjaya untuk mula berfungsi. Atau boleh juga guna touch panel di earphones Sudio Nio sedia ada;
Single press – play/pause
Double press – previous track (left earbud)/next track (right earbud)
Triple press – reduce volume (left earbud)/increase volume (right earbud)
1-sec press – Answer calls
2-sec press – Decline calls
3-sec press – Hang up call
Kan senangkan.. lagi satu yang bagusnya jenis wireless ni, tak payah laa ko susah dengan wayer berbelit kat leher tu. Nak tau satu kisah, pernah sekali Sis terbelit wayer earphones ko gara-gara nak cepat, sampai terpeleot tudung Sis ko hahahaha..
Tapi sekarang tidak lagi hahahaha..
Tapi orang kata, kecik-kecik gini susah nak menjaganya, sebab salah letak kena air atau time pakai terkena air hujan, so ianya akan mudah rosak?.. ohhh itu earphones lain, tapi Sunio Nio Earphones ni ada pelindungan IPX4 (Water & Sweat resistant).
Korang jangan risau kalau guna ketika hujan atau tertumpah air ke, cuma ko jangan buat mandi je sudah hahaha.. tu melampau laa kan.. Sebab apa jangan risau, dengan adanya pelindungan IPX4 (Water & Sweat resistant) tu, daya tahan terhadap percikan air kepadanya tidak akan mendatangkan effect apa pun. Jadi korang jangan risau kalau nak pakai time hujan ke, waktu bersenam ke, semua okay aje.
Percuma Care Kit dari Sudio Untuk Pembelian Waktu Terhad!!!
Panjang dah Sis kongsi mengenai Sudio Nio Earphones ni kan, mesti ada yang berminat nak mencubanya. Dan buat korang yang nak mendapatkannya, ini ada harga istimewa buat korang semua.
Dengan setiap pembelian bermula dari 15 Februari sehingga 21 Mac 2021, korang berpeluang mendapat 1 Sudio Earbuds Care Kit secara PERCUMA.
Macam mana caranya? Korang masukkan PROMO KOD : SISLIN15 ketika pembelian dan korang akan dapat lagi diskaun sebanyak 15%. Jadi harga untuk satu Sudio NIO setelah tolak diskaun hanyalah MYR306 sahaja!!..
Untuk siri terbaru Sudio Nio menawarkan 4 warna menarik iaitu hijau, putih, hitam dan sand.
Korang boleh dapatkannya di sini https://www.sudio.com/my/
Penghantaran adalah PERCUMA (worldwide) dengan Sudio Sphere waranty selama 3 tahun.
P/S: Ada care kit tu kan, pakai kongsi pun takpe, sebab tak geli, ye laa lepas guna boleh bersihkan kan hehehe..
kita x reti guna earphone...
ردحذفdengar lagu guna earphone...
kita ni peghak sket hahaha... rasa cam rimas..
Ni kita kena pakai ear aid pun dah rasa rimas hehe
cute! comel.
ردحذفBoleh try lepas ni. Earphone asyik rosak je hahah
ردحذفbudak2 skrg mmg suka la kan gajet macam ni.
ردحذفkecik macam ni mudah bawa ke mana-mana.
ردحذفMenarik betul sudio nio earphone ni. Cun pulak tu warna putih :)
ردحذفlama benar tak pakai earphone/earbud/ seangkatan dengannya. Nak dengar lagu ajak anak-anak sekali pasang kat speaker. Hehe
ردحذفTapi, mcam siok je kalau dapat earbud ni satu.
Menarik senang nak pakai..kita yg pakai tudung pun selesa..
ردحذفWow... nicenyerr... Nak hadiahkan tuk diri sendiri ah.. hahaha.. senang guna walau di mana pun.. cuma kena berjaga jaga.. mudah hilang ni kalau x berhati hati..tambahan saiznya comel benor.. muahaaha...Errr.elagi kalau sy yg guna... salu cuai.. Hoho..
ردحذفWow.. comel dan berkuasa.. menarik ini..
ردحذفComel dan senang bawa kemana-mana kan. Hehehe. Fav brand saya Sudio ni. Senang beli kat eCurve dulu. Sekarang online sajo. Hehehe.
ردحذفMemang terbaik Sudio. Skrg mmg pakai Sudio je sb bass dia best. Untunhla ada care kit. Kita aritu tk dpt. Huaaaa.
ردحذفMemang terbaik Sudio. Skrg mmg pakai Sudio je sb bass dia best. Untunhla ada care kit. Kita aritu tk dpt. Huaaaa.
ردحذفNampak tempat simpan bekas tu kemas ajer. Menarik juga sudio ni ye?. Boleh try cari lah.
ردحذفdari haritu dok perati sudio ni. design cun. ada diskaun ni boleh la beli hehe
ردحذفMemang gempak kan Sudio ni.. Nell pun guna brand ni juga.. tak menafikan kehebatan device ni.. tapi yang menarik perhatian me is the care kit dia skrg.. good to have it untuk jaga kebersihan our device kan..
ردحذفWahhh best eh sound dia. Duk mencari gak earphone yang sound best2 ni
ردحذفbagus betul diorg kasi cleaning device tu. kalau sy memang akan cuci earphones tu setiap masa. hehhe
ردحذفcantik lah warna putih suci murni gitu.. memang ramai kan rekemen , memang best katanya sound dia. nak beli gak lah
ردحذفlooks promising la brand ni... nak check it out now
ردحذفdah ada jugak sudio nio nie. suka sebab saiz dia dan wing tip membantu ia betul2 fit dengan telinga. tapi bab sound tu, hurmmm entahlah. mungkin sy jenis suka dgr lagu boom boom boom sampai xdengar apa2 jadi bila guna sudio nio nie sy rasa x puas.
ردحذف