WAGYU TEPPANYAKI SET LUNCH DI RESTORAN AWAGYU, HANYA SERENDAH RM68 SAHAJA! | Korang nak makan daging Wagyu sedap yang orang kata 'daging kayangan' tu, tapi nak menu set dan rasa berbaloi? Haa kalau korang stay di Johor, korang boleh datang aje makan di Restoran Awagyu di Jalan Dato Abdullah Tahir berhampiran New York Hotel ni.
Jujurnya Sis sediri pun pertama kali makan daging Wagyu ni okay... dan tanpa rasa malu nak cakap ni pun, Sis sebagai orang Johor, pun baru tau di Johor ada Restoran Awagyu ni.. kalau sebelum ni hanya dengar dan tau,. tapi pernah nampak di Korea ketika Sis pergi bercuti dulu, cuma tidaklah masuk makan, sebab tak tau samaada halal atau tidak..
Yang sebenonya, tak tau Wagyu ni satu hal, lagi satu memang rasa belum ada rezeki nak makan di sini, bila kata daging Wagyu ni harganya mahal. Lagi kalau bawa family, mau cecah juga beratus-ratus hengget kan.. tapi alasan utamanya, sebab anak Sis yang sulung tidak makan daging, so memang takde laa rasa nak bawa family makan di sini.. padahal ada je tu menu ayam dan ikan hehehe...
Dan bila dapat peluang aje makan di sini... apalagi, tanpa menolaknya laaa dan Sis terima untuk mencubanya.. alhamdulilah..
Kalau nak ke sini, korang guna aje Waze, mesti sampai punya, Sis sendiri pun guna Waze. Tempat parking pun tak susah, ada tempat park kereta betul depan Restorannya tu. Kalau takde park, korang boleh park di tempat-tempat park berhampiran situ. Dan macam biasalah, masuk aje kena ikut dan patuhi SOP dulu ya..
Apa istimewanya daging Wagyu?.
Wagyu ialah baka lembu di Jepun, di mana ‘Wa’ bermaksud Jepun, dan ‘gyu’ bermaksud lembu. Wagyu merupakan antara daging yang paling mahal di pasaran. Warnanya merah jambu, teksturnya lembut dan cair di mulut apabila dimakan manakala harganya boleh mencecah hingga RM 2000 untuk satu kilogram.
Ceritanya, pada waktu dulu lembu Wagyu digunakan dalam bidang pertanian dan memiliki ketahanan fizikal. Daging wagyu ini sendiri merupakan campuran sel lemak dan otot. Walaupun lemak tu nampak sama banyak dengan daging, tapi khasiatnya lebih tinggi daripada mana-mana daging lembu biasa. Lebih tinggi ‘Marbeling’ (lemak dalaman yang tidak tepu) lagi mahal daging wagyu ini. Haa begitulah..
Terdapat 4 jenis baka yang digunakan untuk menghasilkan Wagyu iaitu Japanese Black, Japanese Brown, Japanese Shorthorn dan Japanese Polled. Daging kobe adalah wagyu yang paling mahal berasal daripada baka Tajima dan hanya boleh diternak di daerah Hyogo, Jepun.
Sebelum nak mulakan lagi pengalaman Sis makan daging Wagyu ni, mesti nanti akan ada yang tanya, 'Halal ke Daging Wagyu tu?' ...
Untuk pengetahuan korang, walaupun kesemua daging-daging ini diimport tapi korang jangan risau, kesemua daging ini dijamin HALAL! Daging wagyu ini mendapat pensijilan halal dari Jepun dan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim). Nak bukti, minta aje di tunjukkan sijil Halalnya yaa..
Dan alhamdulilah rezeki Sis pada haritu dapat mencuba Wagyu Teppanyaki Set Lunch dan pilihan Chef pada haritu adalah daging Wagyu bahagian yang di sebut 'Katarosu'.. yaitu daging di bahagian belakang lembu yang berjiran dengan Rib Eye (boleh tengok pada gambar di atas)..
Mengikut kata Chef, Katarosu daalah antara salah satu bahagian daging Wagyu termahal harganya. Yaa, sebab daging wagyu mahal kata Chef kerana penjagaannya dari kecil sehingga disembelih adalah sangat teliti bagi memastikan daging yang berkualiti tinggi dan tekstur yang lembut. Berbeza dengan ternakan lembu baka lain, lembu wagyu mempunyai kandungan lemak tidak tepu yang tinggi dan baik untuk kesihatan jantung.
Untuk makan Teppanyaki ni, korang kena buat tempahan awal ya. Sebab seat adalah limited dan ada 2 slot sahaja dalam sehari dan dalam sehari hanya 25 set sahaja yang akan di sediakan. So kena buat tempahan sebelum datang walk-in, itu lebih baik.
Sebelum-sebelum ni pun dah ada Wagyu Teppanyaki Set Lunch ni, cuma ada penambahan menu baru saha dalam set, yaitu Grill Fish tu... ya sebelum ni tidak ada ya.. tapi harga ada sikit lebih ler dari sebelumnya, tapi puashati laa...
Sebelum Chef sediakan Grill Fish tu, korang akan di sajikan dulu dengan 'appetiser' sebagai pembuka selera korang. Dan pastikan korang makan dulu semuanya ya. Jangan pulak korang tunggu sampai semua set siap.. sebab katanya Chef, jika korang tunggu semua siap, korang pasti tidak akan dapat habiskan semua hehehe.. so jangan membazir.. korang makan pelan-pelan, sambil tengok Chef memasak depan korang..
Nanti bila Grill Fish dah siap, barulah mereka hidangkan nasi dan juga Miso Soup.
Kemudian nanti, sedang korang nikmati satu-satu menu appertiser tu, Chef akan mulakan memasak dengan masak Grill Fish dulu.. kemudian nanti barulah Chef masak daging Wagyu tu.. masa ni air liur korang dah terliur dah tengok kelembutan dan wanginya masakan daging tu depan korang.. perghhhh makin jakun dan tak sabarnya Sis nak rasa oii hahahaha..
Nak sedap, Chef kata amik 'Medium Well'.. supaya juicy daging tu masih ada dan kelembutan daging tu masih segar, kata Chef.. dan memasaknya pun tak boleh lama lebih dari 10 minit, bagi menjaga keenakan daging tu.
Dan sebaik sahaja hidangan daging Wagyu tu siap dimasak, korang perlu makannya dengan cepat sebab sebaik sahaja daging itu dikunyah didalam mulut, korang akan dapat merasakan kemanisan 'juicy’ sebenar daging Wagyu itu.. erghhhh terliur pulak menaipnya hahahaha..
Dan Chef pun pesan sebaik sahaja menu daging Wagyu tu siap, katanya... 'Daging tu sedap dimakan begitu sahaja tanpa perlu mencicah sebarang sos, sebab kelembutannya dan kemanisan daging tu dah menjadikan ianya sangat sedap bila masuk dalam mulut'... memang betul sangat! Sedap dan manisnya daging Wagyu tu, macam nak mintak tambah sepinggan lagi hahahaha..
Untuk makan di sini, selain Teppanyaki Room, di sini ada 3 tempat style Private Room (ruang tingkat atas) yang boleh menempatkan sehingga 12 orang dalam satu masa. Dan juga Tatami Room. Kotlah korang datang dengan family besar dan ada gather-gather bersama kawan kan. So amik ruang besar yang lebih selesa sikit.
Tapi untuk untuk Teppanyaki Room ni, ada 2 sesi iaitu dari pukul 12.00pm hingga 1.30pm dan dari 1.30pm hingga 2.45pm.
Ikutlah kemampuan dan selera memasing ya.. sebab bila besar ruang makannya, maka makin tinggilah harga yang perlu di bayar hehehe.. Tapi memang sedap & enak!! Korang cubalah! Dah cuba baru tau kenapa orang kata daging Wagyu ni mahal! Tapi kalau mahal sekalipun, kalau dah sedap gini, puashati berbaloi!!.. sampai sekarang Sis terasa-rasa akan kesedapan 'juicy' manisnya daging wagyu itu, ergghhh 😋..
Bagi mengelakkan 'full house', korang buat tempahan awal ya.. dan jangan lupa membeli Awagyu Green Sambal mereka ketika nak balik, power giler beb.. hahahaha..
Awagyu Restaurant
No. 25C, Jalan Dato' Abdullah Tahir, Johor Bahru, Johor
Waktu perniagaan:
Ahad - Khamis
12 pm - 2.30 pm
5.30 pm - 10.30 pm
Jumaat dan Sabtu
12 pm - 2.30 pm
5.30 pm - 12.30 am
No. Telefon: +60 11-5776 4363
Email : awagyurestaurant@gmail.com
P/S: Ada rezeki nak repeat makan sini lagi dan cuba makan Yakiniku Platter dia, perghh dapnyaa...
Eh.. eh.. kita pun terliur sekali ni
ردحذفsedapnyooo...! teringat2 kejuicyan dagingnya tu!
ردحذفYummy...Sedapnya...
ردحذفSis tak pernah makan daging wagyu ni haa....setahu sis memang mahal sikit. Lagi pun sis tak makan sangat daging. Pencinta daging mesti kena cuba!.
ردحذفAssalamualaikum sis lin. wah.. baca pun dah terbayang2 dia punya rasa... in shaa Allah, sampai jugak SS satu hari nanti ni.
ردحذفWah baca title je pun dah rasa berbaloi dan jeles sebab tak dapat try. Harga macam ni memang berbaloi untuk wagyu akan daging kayangan
ردحذفSal pun lom penah rasa wangyu ni tapi dengarnya emmang sedap sangat. Bila SisLin share , lagi la melonjak sungguh hati ni nak try jugak .. hehehe
ردحذفWah sedap ni..harga dari rm58 kira ok la sebab wagyu kan..dapnyaa
ردحذفTeringin gak nak rasa daging kayangan nie tapi masih belum ada rezeki. Baca pengkisahan pasal wagyu nie memang boleh pecah liur la
ردحذفDapnyaaaa. Bella belum pernah makan daging Wagyu. Kalau baca pasal dia mmg sampai terliur. Not bad ye buat teppanyaki. Suka sb ada toge.
ردحذفoh I miss eating wagyu beef. so soft and juicy! Nice la they have this set lunch the price is really worth it!
ردحذفTerliur tengok dagingnye. Tak pernah makan daging wagyu ni. Baru tau makna wagyu tu
ردحذفSedapnya awakkkk... Heaven tgk daging gituuu.. kita turun johor sila belanja ua hahahhahaha
ردحذفFuhh daging wagyu ni memang sddap gila.....tgk gambar je dah terliur sangat belum lagi di hidang depan-depan... emmang makan tak ingat dunia
ردحذفWagyu memang mahal. 80gram tu makan dengan penuh nikmat ok. Jangan laju-laju. Cantik restoran ni kak.
ردحذفsedapnya makan wagyuuu tapi harganya memang kayangan betul la haha
ردحذفTelan air liur ye tengok gambar makanan tue.. betul2 cantik juga restoran ni.. next time turun JB boleh explore la restoran ni..
ردحذف