BERSYUKUR SEADANYA

Sis Lin
3
BERSYUKUR SEADANYA | Alhamdulilah.. itu ungkapan yang paling mudah di sebut tanda kita bersyukur. Tapi faham ke kita akan bersyukur seadanya? Lately ni terlalu banyak perkara di sekeliling Sis yang menjadi inspirasi, tauladan dan juga sebagai peringatan diri sendiri mengenai BERSYUKUR SEADANYA ni.. 

Dan ada masanya diri sendiri juga rasa sedih dan mengeluh, apakah aku sudah cukup bersyukur? Adakah aku sudah cukup semuanya? Dan apakah Allah hanya beri aku setakat apa yang aku mampu atau ada? Persoalan tu membuatkan Sis tertanya-tanya... mungkinkah satu hari nanti Allah akan tambah dan gandakan dengan apa yang aku ada?.. 

So sebelum terjawab semua jawaban yang diri Sis tertanya itu, makanya sekarang Sis BERSYUKUR SEADANYA.. alhamdulilah.. susah nak ungkapkan dengan lisan dan kata-kata, tapi ucapan alhamdulilah tu sudah memadai dengan tanda syukur kita.. dan jika kita rasa terlebih, maka ada rezeki orang lain dalam rezeki kita juga, jadi bersedekahlah.. 

Bersyukur Seadanya

Bersyukur Seadanya

Bersyukur adalah suatu perkara yang mudah disebut tetapi mencabar untuk dilakukan. Manusia perlu bersyukur dengan segala kurniaan Allah SWT. Bersyukur seadanya juga antara perkataan yang paling ampuh kita dengari saat ditimpa kesempitan atau kesusahan. Definasi bersyukur, ianya berasal dari perkataan Arab, Syakara yang membawa maksud berterima kasih.

Bersyukur pastinya mempunyai hubung kait dengan kebahagiaan. Sifat mahmudah yang sangat penting ialah bersyukur. Seandainya kita mempunyai sifat bersyukur, pastinya kita akan bahagia. Justeru jangan tunggu bahagia untuk bersyukur akan tetapi brsyukurlah untuk bahagia. Untuk merasa bahagia, manusia perlu bersyukur dengan nikmat Allah.

Bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita membuatkan kita terhindar daripada sifat iri hati, riak dan takbur dan sifat-sifat buruk yang lain. Tidak perlu rasa cemburu melihat kehidupan orang lain tetapi bersyukurlah dengan nikmat kehidupan yang kita miliki sekrang, hal ini akan membuatkan hati kita bertambah lapang dan mengundang rasa bahagia.

Manusia perlu bersyukur atas nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Nikmat yang dikurniakan kepada hambaNya tidak terhitung banyaknya dan tidak pernah putus. Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita hambaNya bukan sahaja dari sudut wang ringgit, akan tetapi, kemakmuran, iman, nikmat Islam, sihat tubuh badan, kesempurnaa bentuk fizikal, akal fikiran yang sempurna, kemerdekaan dan keamanan Negara.

Bersyukur akan menjadikan hati menjadi lebih tenang..

Kita boleh menzahirkan rasa bersyukur kepadaNya melalui tiga cara iaitu; 
Hati (sentiasa mengingati Allah yang memberi nikmat). 
Lidah (mengucapkan syukur apabila mendapat nikmat) dan 
Tubuh badan (menggunakan nikmat untuk kebaikkan).

Seandainya kita diuji dengan musibah atau pun ujian dalam kehidupan, maka lihatlah mereka yang diuji dengan ujian yang jauh lagi susah. Nescaya akan terbitnya rasa bersyukur kepada Allah. Allah akan sentiasa menambahkan nikmat terhadap hamaNya yang bersyukur. 

Pasti antara kita pernah merasa seperti berputus asa dengan kehidupan atau bersedih dengan perancangan yang tidak berjalan lancar bukan? Dalam saat ini, bersyukur adalah cara yang paling disarankan Islam. Bersyukur dan tersenyum saat kita bersedih. Ini akan membuatkan hati kita tenang dan lapang dan menjadikan diri kita seorang yang kuat untuk menjalani hari-hari mendatang.

Sedekah juga merupakan salah satu cara untuk menunjukkan rasa bersyukur kita dengan nikmat yang telah Allah kurniakan. Kerana apabila kita bersedekah, ia tidak akan menyebabkan kita kekurangan, malah apabila kita bersedah, segala nikmat akan Allah tambahkan.

Oleh itu, manusia perlu bersyukur dengan nikmat Allah agar kehidupan sentiasa tenang dan berjalan dengan lancar. Semoga dengan perkongsian ini akan menjadikan kita hambaNya yang sentiasa mengucapkan “Alhamdulillah” dan bersyukur seadanya.


P/S: Jom tenang-tenangkan hati dengan SEDEKAH .. 

Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!