BUBUR LAMBUK SEAFOOD BUFFET RAMADHAN DI TANJONG PUTERI GOLF RESORT SEDAP! | Sebelum panjang lebor lagi, apa-apa kita tulis dulu menu kesukaan tiap kali datang makan di Buffet Ramadhan Tanjong Puteri Golf Resort ni. Bubur Lambuknya lain dari lain, biasa Bubur Lambuk daging atau tetel, tapi di sini Bubur Lambuknya Seafood.
Yaaa ada isi udang, ketam dan ayam. Sesedap anak tekak menelannya. Rata-rata geng makan Sis semua menceduk Bubur Lambuknya, so memang sedaplah kan.. nak cuba, sila baca sampai habis yaa..
Bertemakan 'Nostalgia Ramadhan', tahun ini Buffet Ramadhan Tanjong Puteri Golf Resort menyajikan lebih dari 80 jenis menu aneka citarasa masakan Melayu warisan tradisi. Betul, Sis cakap dulu, kalau di sini korang nak makan western ke, memang tiada yaa.. tapi kalau menu masakan Melayu macam masakan Mak-Mak kita atau makanan lauk pauk kenduri, haa sini ado..
Kira sini banyaknya menu tekak Melayu.. so tak kira kaum, bangsa semua boleh makan dan semua pasti sukakannya.. walaupun tak banyak choice pilihan, Sis pasti, korang mesti puashati dan makan kenyang sampai tersandar hehehehe..
Jom tengok apa yang menariknya..
Tanjong Puteri Golf Resort ni takde laa jauh mana dari rumah Sis, tak sampai 15minit dah boleh sampai dah. Dekat laa tu kan.. dan Sis memang tak pernah miss laa kalau datang mencuba Buffet Ramadhan mereka, entah, mungkin sebab suka menu-menunya dan juga suasananya. Makan sebelah padang golf ko, segar mata lihat hijau padang hehehehe..
Antara menu yang jadi tumpuan selain Bubur Lambuk tadi tu adalah; Kambing Golek, Ayam Masak Merah, Ayam Percik, BBQ & Grilled, Satay, Mee Goreng kuali panas, Bubur Lambuk Seafood, Rendang Daging dan bermacam aneka lauk pauk lain yang menyelerakan.
Tapi mana Bubur Lambuknya? Kejap laaaa... sabo..
Haaa tu diaa Bubur Lambuknya.. nampak biasher-biasher tapi jangan sesekali ko cuba, sekali cuba, pasti ko ceduk bermangkuk nanti hahahaha... serius sedap.. macam nak pi tanya Chef aje apa resepinya hehehehe.. dan sebab itulah sekejap ko ceduk, bila datang lagi Buburnya dah susut.. kena le cecepat yaa..
Untuk menu lain semua tidak mengecewakan, nak kata cuba semua tidak juga, tapi mana yang geng makan Sis makan, bila tanya feedback, semua kata sedap.. aje gilerr ko nak makan semua, memang idokk lee habis kang.. at least kita makan ikut kemampuan kita, jangan membazirrr okay.. ko ceduk sana ceduk sini amik gambar, then lepas tu biarkan makanan tu jerr.. dah kenapa????...
Di bahagian luar situ, semua bahagian BBQ & Grilled dan juga masakan panas, seperti Kambing Golek, Satay, Roti Canai, Kepak Ayam Madu, Penang Kway Teow, Mee Mamak, Murtabak, dan juga Ayam Percik.. ye laa sebab asap-asap kan, so di letaknya di si nunn..
Haaa korang nanti cuba Mee Mamak dia, walaupun si tukang masak tu nampak macam cino, tapi perghh Mee Mamak dia style paduuu woo rasa dia.. kalah Mamak kedai punya air tangan, serius sedap.. jangan kata hakak tak payung aaaa..
Untuk pencuci mulut dan juga Kuih-Muihnya pun banyak pilihan. Semua memang kebanyakkannya kuih melayu kita, macam ko makan di kenduri tu haa.. bukan senang nak jumpa kuih-muih gini tau.. Buah-buahan, Salad, Rojak, dan aneka Jelly pun ada..
Minuman panas dan sejuk pun sama.. tapi kalau dah sampai di sini, sedapnya Teh Tarik mereka. Kaww punya Tarikkk.. budak yang buat tu kemain manis, muda lagi, pandai ko buat air yee nakkkk hehehehe..
So apalagi? Dah banyak dah ni Sis menulis, sampai naik terliur nengok, nasiblah belum puasa, kalau dah puasa, kurang pahala Sis ko hahahaha.. Tapi betul, Bubur Lambuk Seafood dan Rendang Daging dia sedap!! Sis suka makan bertambah.
Dan kalau korang nak tengok LEBIH BANYAK LAGI GAMBAR, korang boleh pergi ke Facebook Page AKU SIS LIN ni dan lihatlah gambar-gambar yang dah Sis upload semuanya..
Ni nak bagitau ni, bukan kata pergi makan je, tapi setiap hari Khamis, korang juga berpeluang memenangi 5 cabutan bertuah baucar Khatulistiwa Spa bernilai RM30!. Dah makan, esok-esok pi spa, kasi kempiskan perut plak hahahaha.. adeiii..so buat tempahan korang segera okay..
Nostalgia Ramadhan TPGR
Tempat: Golfers' Cafe
Bermula dari 14 April - 11 Mei 2021
Masa: 6.30pm - 9.30pm
Harga Jualan :
RM78nett Dewasa
RM39nett Kanak-Kanak
Nikmati 10% Diskaun pembelian dari 14 sehingga 20 April 2021 dan 9 sehingga 11 Mei 2021.
Untuk tempahan;
Hubungi Talian: 07 271 1888 atau
WhatsApp : shorturl.at/asDGR
P/S: Kenapa tiba-tiba sayu hati bila kenangkan esok dah puasa ni, huwaaa 😭
Oh, selalunya bubur lambuk letak daging, kan
ردحذفSedapnyaaa dah lama tak makan bubur lambuk
ردحذفbubur lambuk is the best ramadhan signature dish :)
ردحذفudang har lok tu memang sedap kan! suka betul aku!
ردحذفdah lama tak ke review ramadhan , rindu suasana dapat berkumpul dengan kengkawan media. Yeah sis , bulan puasa ni signature mesti once in the blue moon akan cari and makan Bubur Lambuk.
ردحذفSis terjah udang la kot kalau berbuka kat sini. Lauk pauk tekak melayu memang kena la dengan sis. Hehe.
ردحذفKenapa mur-mur berbuka kat hotel @ Johor Sis oii? Kebanyakannya less than RM100 plak tu.
ردحذفRawlins teruja tengok barisan kuih muih dia.
omg you are right, the Bubur Lambuk here looks amazing. hopefully will get to try it there for ramadan one day!
ردحذفYeah, Nostalgia Ramadan.. setahun tak sambut, macam missing something kan.. luckily we dapat juga berbuka di hotel for now.. nak try bubur lambuk juga la... cantik tempat ni..
ردحذفalamak macam2 ada..alaa kenapa baca entri siang hari ni..terus rasa lapar hahahaha
ردحذفSukanya tengok view tempat dia. Tenang je. Dia punya dessert tu colorful. Menarik sangat
ردحذفSedap tu bubur lambuk seafood, byk menu2 lain yg menyelerakan, best ada cabutan bertuah
ردحذفBufet Ramadan ni memang menarik dan juga pilihan makanan banyak kat situ semua sedap-sedap belaka harga ok tak adalah mahal sangat tapu tu lah jauh nak rentas negeri tak lepas hehehehe...
ردحذفaduh !! semuanya nampak sedap dan menyelerakan !! hee~ dah lah pukul 3.30 pagi ni.. terliur saya di sini.. harga pun murah.. hish.. nasib jauh..
ردحذفWalaweiii rambang mata sehyy kita nengoknya... Semua menu-menu dia nampak sedap and menyelerakan sungguh lahh. Harga pun berpatutan.
ردحذفSorry sis! Terlepas pandang komen yang ni! Hahahaa tengok pun rambang mata kalau lah sempat rasa aritu kan harap tahun depan masih ada
ردحذف