CARA MENGERJAKAN SOLAT TERAWIH RINGKAS DI RUMAH

Sis Lin
6
CARA MENGERJAKAN SOLAT TERAWIH RINGKAS DI RUMAH | Ringkas tu bukanlah maksud pendek kurang rakaat dari yang di sunatkan atau bukanlah buat cepat-cepat janji buat. Tapi ringkas di sini bermaksud, tertib yang mudah di faham dan bacaan doa yang pendek lagi ringkas untuk memudahkan bagi seorang perempuan, wanita yang ada anak kecil, atau yang kekangan masa untuk duduk lama mengerjakan terawih. 

Faham tak di situ?.

Menjadi salah satu ibadah yang paling di tunggu oleh semua orang beragama Islam di seluruh dunia apabila tibanya bulan Ramadan adalah solat sunat terawih. Tapi bukan semua dalam kalangan kita yang berpeluang untuk mengerjakan solat ini di masjid kerana kekangan masa dan kerja. Khususnya untuk para wanita dan ibu yang perlu menjaga ramai anak di rumah, atau Suami yang bekerja macam Sis ni, so memang tidaklah Sis pergi ke mesjid sengsorang. So buat aje la di rumah. 

Panduan & Cara Solat Tarawih Bersendirian Di Rumah

Sebagai panduan, inilah cara ringkas menunaikan solat sunat terawih di rumah bersendirian bagi mereka yang tidak dapat ke mesjid. 

Kelebihan Mengerjakan Tarawih

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu - Hadis riwayat Muslim

PANDUAN SOLAT SUNAT TERAWIH SENDIRIAN DI RUMAH

Panduan & Cara Solat Tarawih Bersendirian Di Rumah

Baca niat,dan teruskan solat seperti biasa. 
Ulang sehingga rakaaat yang korang inginkan contohnya 8, 16, 20. Surah selepas Al-Fatihah, adalah bergantung kepada surah apa yang anda nak baca. 

Selesai solat setiap 4 rakaat, baca doa ini:

Panduan & Cara Solat Tarawih Bersendirian Di Rumah

Selepas baca doa, sambung rakaat yang korang inginkan contohnya 8, 16, 20. 
Selesai solat terawih, baca doa selepas terawih berikut;

Panduan & Cara Solat Tarawih Bersendirian Di Rumah

SOLAT WITIR

Selepas menunaikan solat terawih, jangan lupa juga solat witir. 

Berikut disertakan sekali cara solat witir selepas solat terawih.
2 rakaat dahulu, diikuti 1 rakaat.

Panduan & Cara Solat Tarawih Bersendirian Di Rumah

Panduan & Cara Solat Tarawih Bersendirian Di Rumah

Selesai 3 rakaat witir, baca doa berikut:

Panduan & Cara Solat Tarawih Bersendirian Di Rumah


PERTANYAAN MENGENAI SOLAT TERAWIH SENDIRIAN

1 ) Bagaimana nak buat solat terawih bersendirian?

2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat terawih itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain.

Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki ( 8, 16, atau 20).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus.

Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Semoga Ramadhan tahun ini memberikan kita seribu perubahan positif pada diri disamping untuk kita menambah pahala.

Sumber : MyNewBistro 


P/S: Terawih ni jangan di persoalkan orang buat ke tidak.. 'Anada Buat Anda Dapat'.. faham?.. 

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Terima kasih Sis perkongsian. Betu. Anda buat anda dapat. jangan anda buat harapkan pahala bila sibuk kan orang lain yang anda dapat. Rugi.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul PC, ada orang sibuk nak pertikaikan kita buat ke tidak..
      Buat, anda dapat.. orang tak buat, tak payah nak berkata.. buatnya orang tu buat diam-diam, tak ke dapat dosa..

      حذف
  2. Alhamdulillah
    tahun ni dapat bertarawih di masjid

    ردحذف
  3. Kami PKP, jadi solat terawih di rumah saja.

    ردحذف
    الردود
    1. Tu lagi eloknya Amie, bagi membendung wabak ni.. take care Amie..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!