ELAK KE BAZAR RAMADHAN, AKU BELI KUIH-MUIH FROZEN AJE | Yaa salah satu cara untuk Sis elak ke bazar ramadhan tahun ini dan tahun sebelumnya (tahun lepas memang takde bazar), Sis beli aje kuih-muih frozen... sama jer sebenonya, cuma bezanya ko kena rajin sikit laa untuk memanaskannya.. berbanding kalau ko beli di bazar yang ada banyak pilihan dan ko terus 'ngap'.
Macam Sis, Sis fikir sapa aje laa nak makan, hanya Sis dan anak Sis, kalau ada Suami balik kerja awal, haa barulah berbuka bertiga..kalau tak, memang berdua jer makan, so masak dan makan apa yang ado je laa.. bak kata Yana, 'tahun ni kita cuba berjimat dan masak mana yang nak makan je Mak' kekeke.. skema sungguh ayat dia, tapi time berbuka sibuk kata, 'Ni je ke Mak?' hampeh....
Korang ada yang dah ke bazar ramadhan? Macam mana keadaan bazar tempat korang? Tahun ni macam yang Sis kata sebelum ni, keadaan agak 'luar biasa' kan sesaknya.. sana sini rata-rata yang kongsikan gambaran keadaan 'live' di bazar agak mengejutkan, begitu padat, sesak dan sempit.. so mana perginya SOP elakkan 3S tu?.. dimana silapnya?.. entahlah...
Agak sensitif nak bicara panjang lebor tentang hal ni, sebab ianya melibatkan pencarian rezeki orang meniaga... tapi tu lerr, kalau dah keadaan macamtu, esok lusa tak mustahillah kes makin naik dan tambahlah 'kluster baru', kluster bazar ramadhan... adoiii haiii... gitu aje laa kita ni nanti, tak habis-habis dengan PKP, PKPB, PKP dan PKPB... gitu je laa balik-balik..
Nasib baik jugalah dah ada freezer, so memang sentiasa penuh aje frezer tu dengan makanan sejuk beku sesajer. Dari nugget, kentang goreng, aiskrim, kuih-muih, dan paling banyak bersusun bertenggek bawah tu adalah Kambing Perap, Daging Burger Zamburger dan Daging Harimau Menangis si Yana hahaha..
Yaaa Kambing Perap Ayahnya laa beli, sekali beli sampai 4 box, Yana pulak kejenya asyiklah beli Daging Harimau Menangis, masaknya entah bila, katanya biar simpan dulu eeee... Sis pulak suka beli daging burger Zamburger tu, makan ratah kalau rasa nak makan, suka sebab juicy dagingnya.. then ada laa jugaa, Sotong dan Udang frozen gakk..
Tapi yang Sis nak tunjuk kuih-muih yang baru Sis beli untuk buat buka puasa.. Baru ni beli di kedai jualan makanan frozen area rumah Sis yang baru buka. Ada memacam jenis makanan sejuk beku ada, naik rambang mata Sis memilihnya.. hahahaha..
Tapi yang menarik perhatian, Ayam Pandan dan juga Pulut Panggang Serunding tu haa.. tu yang Sis beli banyak..
Kemudian ada Karipap Pusar, Samosa Cheese dan juga aneka jenis Apam Mini Comel.. arghh senang laaa, tak payah nak buat sendiri apam tu oii, beli je laa frozen.. kang buat kemain seloyang, makannya secubit, tak pasal-pasal masuk tong... so elakkan membazir, beli frozen, nak makan baru goreng, kukus atau panggang.. kan senang kann..
Walau harga makanan sejuk beku ni agak mahal sikit, tapi kuantiti dia banyak, boleh makan berulang-ulang, so sama je laa kan macam beli, kalau dah beli macam-macam jenis, mau tak cecah lebih doploh hengget gakkkk..
Boleh caya ke kalau ko semata nak ke bazar tu beli kuih RM2? Hahahaha... oii ikut pengalaman Sis ke bazar ramadhan ni, nampak kuih yee beli laa dua tiga jenis, kemudian jalan nak balik ke kereta, nampak pulak Murtabak, belilah sekeping, then jalan lagi, ehh nampak pulak Roti John, singgah beli. penuh dah kat tangan, sejengkal sampai kereta, MakCik hujung jual pulak Air Jagung, beli laa dua bungkus, Air Jagung dan Air Katihira.. so masuk kereta.. tepuk dahiiii hahahahahaha...
Begitulah kann rezekinya orang meniaga bazar ramadhan...apa yang di jual pasti ada je yang membeli.. cuma tengah keadan wabak ni, tolonglah korang jaga SOP dan berhati-hati.. satu kes positif Covid19 masuk ke bazar..tak memasal semua rezeki tersangkut dan mulalah merebak kluster satu per-satu...
So nak elak ke bazar ramadhan, beli aje laa kuih-muih frozen... sekian..
P/S: Rindu nak ke bazar sebenarnya... tapi apakan daya, Suami pun tak izinkan :( ...
dok dendiam kat rumah...
ردحذفko bkn nya tak rajin masak mcm ako..
ha elok masak utk semua je...
alaaa bila la dapat makan masakan ko lagi kan? huhu
macam2 ado dalam freezer,hii sama la sis, nak buat kuih rasa x padan family x ramai.. habis2 pun kena beli la jugak kalo nak makan kuih
ردحذفdlm rumah rabia tu, dlm peti ada kuih ropa, roti canai segera
ردحذفnanti beli la durian goreng dari hakim lak..hahahah
ردحذفMemang duk dendiam kat rumah..takde nak pi bazar de...bagus beli kuih frozen macam ni..
ردحذف