HARI KEEMPAT BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK ISTIMEWA | Semalam agak 'istimewa' sebab dapat peluang berbuka puasa bersama anak-anak istimewa. Yaa sangat istimewa dan jauh di hati Sis ni semalam sayu melihat mereka. Walau anak-anak itu di anggap istimewa, tapi bijak dan kelebihan yang mereka ada mencuit hati Sis dan sesiapa yang datang makan #BuffetRamadhan di sini semalam.
Semalam pun ikutkan ada juga undangan makan Buffet Ramadhan di Pulai Springs Resort, tapi di sebabkan Sis dah kata setuju terlebih dahulu ingin sekali lagi ke Jemput Makan Buffet Ramadhan di Renaissance Johor Bahru Hotel. so takde rezeki laa nak ke Pulai Springs.. terus terbayang-bayang keenakkan makanan menu kampungnya yang meriah tu..
Tapi takpe laa.. ada rezeki boleg bawa family Sis berbuka di Pulai Springs nanti.. puasa kan sebulan hahahaha..
Tahun ni bulan puasa banyak sungguh makan Kambing Golek, aishh pantang nampak mesti nak cedukkk.. padahal kalau dari rumah tu dah niat taknak makan kambing.. ehhhh tak jugaaa, nampak aje kambing duduk tergolek tu, rasa macam memanggil-manggil si kambing tu yerr embekkkkkk Linn embekkk Linnn... hahahaha
Tapi takpe, nasib tuan punya diri ni beringat.. makan tu berpada, jangan main hentam jee makan kambing berpinggan.. kang tak memasal, tumbang badan, mampos raya hospital kang oii.. mereput baju raya i dalam lemari.. dah le tahun ni punya semangat dah siap beli baju raya hahahaha..
Yang penting, kalau dah tau sakit, makan ubat... jangan tinggal makan ubat.. kalau rasa nak pendek umur, haa cubalah hahaha... yerr sekali ko dah tau ada penyakit, ko telan laa ubat tu sampai nafas terakhir, ingat memain ke sesuka hati stop ubat.. ishhhhhh *Sis marah kat kawan sorang tu..
Jujurnya memang nampak Sis ni pergi makan sana sini makan Buffet, tapi kalau yang makan semeja dengan Sis, dia tau le, banyak mana je Sis makan.. paling tak pun,mesti ada pinggan tu makan kambing je lerr, then lauk ketam atau seafood on ice.. haa ni kalau makan di Renaissance ni, memang tak miss dia punya seafood on ice, segar gilerrr..
Lihat lebih BANYAK GAMBAR di Facebook Page AKU SIS LIN sini..
Kalau sebelum ni Jemput Makan Buffet Ramadhan Renaissaince Johor Bahru di Cafe BLD tu korang kata nak book asyik fullhouse je dan keadaan sesakk sikit... haaa ni Sis kongsikan dengan korang Buffet Ramadhan Jemput Makan mereka di Ballroom tingkat 2 tu.. haa yang ni lapang, luas macam dewan orang kawin.. korang mesti rasa selesa..
Macam biasa juga, patuhi SOP dan di sini ketikamengmbil makanan, mereka akan serve untuk korang, dah macam layanan VIP yaa.. Harga? Haa harga berbeza dan murah sedikit dengan yang pilihan pertama tu.
𝗣𝗥𝗢𝗠𝗢𝗧𝗜𝗢𝗡 Buffet Dinner Ramadhan Jemput Makan at Ballroom (tingkat-2) adalah ;
Harga RM123nett Dewasa and RM58nett untuk kanak-kanak.
Purchase from 15 March to 12 April 2021
Get three (2) complimentary vouchers for every 10 vouchers
𝗗𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗱𝗮𝘁𝗲 𝗳𝗿𝗼𝗺 𝟭𝟯 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝘁𝗼 𝟮𝟮 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟭
Purchase from 13 April to 13 May 2021
Get one (1) complimentary voucher for every 10 vouchers
𝗗𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗱𝗮𝘁𝗲 𝗳𝗿𝗼𝗺 16 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝘁𝗼 9 𝗠𝗮𝘆 𝟮𝟬𝟮𝟭
Contact & buat tempahan sekarang!!
Cafe BLD : +6073813322
Whatsapp : https://wa.me/60177713327
UPDATE terkini 19/4 : Tinggal hanya pada 1 May sahaja yang slot kosong.. hari lain FULLY BOOKED.. hebat gilerr..
P/S: Alhamdulilah, niat dan hajat adik-adik terlaksana semalam.. syukur..
kite selalu buffet ni sekali je pilih yang betu2 nak pergi.. pastu kita bantai kawkaw hehe
ردحذفtodiaaaa
ردحذفkannn..aku pun macam ko..dari rumah da plan tak nak makan kambing..tapi nape tah sampai buffet mesti lupa diri...
ردحذفCOP!! ko marah kat ako sbb x suka makan ubat???? :o
ردحذفSama la ngan SA sis...memang makan ubat sampai mati la..jangan pepandai nak berhenti makan ubat tanpa consult doc...
ردحذفpehh kambinggg golekk hehe
ردحذف