HARI KELAPAN BERBUKA PUASA AKU MAKAN BEEF STEAK DI LEGOLAND MALAYSIA RESORT | Sebenarnya tidak terfikir langsung plan nak makan berbuka puasa di sini, plan asalnya Sis hanya nak hadir program CSR IKEA Tebrau ke rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Shafar di Kampung Pasir, then selesai semua nanti terus balik berbuka di rumah.
Tapi tiba anak Sis,Yana kata dia 'duty' kerja sampai malam, kemudian tanya Suami pula, dia balik lewat sebab banyak kerja di Penggerang tak settle lagi.. so apalagi, terus aje laa Sis tanya adik Sis MamaDD dan ajak dia berbuka di Legoland Malaysia Resort. Kalau dah kata nak pi Legoland, siapa je yang kemain excited dan seronok, kalau tak si Danny dan Mia hahahaha.. punyalah excited mereka kekeke..
Jam 3.30pm Sis dah gerak amik MamaDD then terus ke rumah anak yatim tu then menunggu hingga selesai event di sana. Tapi tak lama mana pun, tak sampai pun satu jam, semua dah settle dah.. gembira semua anak-anak yatim tu dapat hadiah buah tangan dan juga menu berbuka puasa dari IKEA. Alhamdulilah .. tahniah buat IKEA Tebrau..
Lihat gambar sekitar Program CSR IKEA bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Shafar
Sis sampai awal sejam dari masa yang di janjikan. Ikutkan jam 6.00pm baru boleh masuk dalam Restoran Bricks tu, tapi sebab event CSR tu selesai cepat, so satu jam awal Sis dah sampai hehehe.. tapi okay juga, anak-anak enjoy bermain di ruang Lobby so mereka tak le bosan, cuma asyiklah tanya; 'Bila nak makan?' hahahaha..
Jam 6pm kitaorang dah mula masuk so apalagi, kalau dah namanya blogger, pantanglah nampak makanan ekk, mestilah; 'Camera eat first' hehehehe..
Bertemakan 'Spice of Nusantara', kesemua menu-menu makanannya pun kemain nampak sedap, Sis rasa lebih dari 200 menu ada tuu.. dari bahagian dalam membawa ke bahagian luar, so memang banyak pilihan yang ado.. anak sedara Sis,Mia pun sampai cakap, 'Mia tak tau nak makan apa la Ayyom, banyak sangat' hahahaha..
Yang Sis masuk ni antara yang Sis makan dulu untuk berbuka puasa, Mee Goreng Mamak tu dan Beef Steak dia.. uii sedap wooo.. ada satu lagi yang sedap, Sup Kambing, dan Bubur Lambuk, perghh sedap dap dap wooo... ada pilihan makanan menu kampung dan juga menu western, korang boleh pilihlah nak makan mana..
Untuk bahagian dalam memang menu yang di kira 'main course' laaa sebab menunya semua berat-berat.. bersekali dengan pencuci mulut dan juga bermacam aneka Salads dan kerabu.. naik rambang mata nak pilih makan mana.. tapi Sis kalau dah jumpa Seafood on Ice, ermmm memang lupa diri lee kejap hahahaha..
Yang menjadi tumpuan anak sedara Sis masa di sini adalah bahagian Shushi tu haaa.. hamboii nampak aje ada Shushi, itu dulu yang dia makannya, terus taknak makanan lain hahahaha... takpelah, makan le sampai kenyang dan jemu yaa.. dah datang jejauh, so bila dah kata buffet, haaa melantak lee ko sampai kenyang hahahaha..
Kalau Sis dan MamaDD apalagi, Kambing Golek laaa hahaha.. untuk rotation menu mereka, masa Sis datang berbuka di sini, Kambing Goleknya adalah Kambing Tandori.. so agak pedas-pedas sikit laa rasa rempahnya.. tapi memang pedas laa, section BBQ tu, semuanya agak pedas, anak sedara pun taknak makan, makan hotdog terus katanya 'Mama pedas, air air' hahahaha..
Untuk pencuci mulut pun kemain banyak pilihan, dari buah-buahan, puding, agar-agar, aneka kuih-muih tradisional, bubur, aneka kek dan juga minuman dan aiskrim pun banyak pilihan.. pilih aje laa nak makan mana semuanya sedap..
Anak sedara Sis sampai dua kali menambah makan aiskrim ala-ala paddlepop tu haaa hahahaha duk asyik kata; 'cedap cedap Ayyom' hahahaha.. bebudak kann, benda gitu memang suka lerrr.. Kalau Sis suka sangat dengan Baked Cheese Cake dia tu, uiii memang serius sedap.. tu pun teramik dan termakan geng Visit Johor punya, sekali cuit masuk mulut, wowww amazing, sedap gilorr hahahaha..
Nanti sambil-sambil korang makan, ada ler persembahan tarian di situ, tarian Zapin lagi, kalau korang nak join sekali pun boleh, tapi kalau dah kenyang perut tu, larat ke ko nak menari aaa hahahaha..
Di sini memang anak-anak laaa yang suka, sambil makan boleh buat aktiviti di meja, siap dapat pencil mewarna, then ada pulak mascot LEGO masuk dan dia akan pergi ke satu-satu meja untuk anak-anak yang nak bergambar dengannya.. apalagi kemain suka laa Danny dan Mia tu haaa.malam tu je ada dua mascot yang masuk.. happy sokmo semua kekanak.. Ayyom pun tumpang sekaki hehehe..
Untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR, korang boleh pergi ke Facebook Page AKU SIS LIN sini dan tengoklah kesemua gambar menu dan suasana ketika berbuka puasa di sana yaa..
Untuk info mengenai #BuffetRamadan di Legoland Malaysia Resort ni, haaa korang baca details di bawah ni..
Buffet Dinner Spice of Nusantara :
Date : 15 April – 12 May
From : 6pm - 10pm
Price : RM128nett Adult | RM65nett Children (6 - 12years & Citizen 60 above)
*Purchase 10 and Get 2 Free
*Exclusive 20% discount for LEGOLAND Annual Pass members
Buffet Dinner PLUS FREE entry to SEA LIFE.
For every purchase of "Spices of Nusantara" Buffet Dinner, guests will enjoy FREE entry to SEA LIFE aquarium! Be mesmerized and discover over 13,000 marine creatures at SEA LIFE.
From 4 pm – 6 pm | Sundays to Thursdays
Bookings & Reservations:
+607 597 8888 | Daily 9:00am - 6:30pm
Email admin.fnbhotel@LEGOLAND.my
FREE Parking .
P/S: Ermmm okay sini pun takde Tepung Pelita huhuhu :(
ako tertarik dengan mi mamak tu hahaha
ReplyDeleterasa, kalau akak pun akan amek mee & beef steak
ReplyDeletemengundang betul menu-menunya kak, puashati makan sini dengan harganya tu. Sup kambing yang sedap tu
ReplyDeleteOh baru tau Legoland pun ada buat buffet ramadan. Orang berdekatan bolehlah berbuka kat sana.
ReplyDeletebestnya... menu dia pun ya ampunnn
ReplyDeletehari-hari makan hotel eh sis lin. sedp2 plak tu, tak pernah sampai lagi legoland ni, hope ada rezeki
ReplyDeleteAci tak kalau tak nak baca sebab dengki dengan Sis Lin hahaha Rawlins belum penah jejak kaki ke Legoland pun. Cadangnya last year nak ajak anak-anak saudara datang dari Sarawak dan bawa diorang enjoy ke sin. Huhu
ReplyDeleteNikmat menikmati menu yang lebih nikmat boleh bawa anak dua orang dengan ibunya sekali itu lebih meriah kan Sis.
ReplyDeleteBestnye berbuka kat legoland. Rancangnya nak bercuti ke legoland jugak nanti kalau boleh rentas negeri
ReplyDeleteLama ya Aku X ke sini hah. Rindu giler. Tapi macam2 Ada.. beef steak Tu paling menggoda gila
ReplyDeleteSis, kalau beli buffet ramadan ni dapat free masuk Sea Life ke? wah, mesti best. Sementara tunggu berbuka boleh la jenjalan tgk haiwan laut ^_^
ReplyDeleteAlalalla comelnya lahai hee. bestnya dapat berbuka tempat camni. nanti ada rezeki boleh la hee :)
ReplyDeleteKalau dekat dan boleh rentas negeri dah sampai dah kot sebab kiranya berbaloi beli buffet ramadhan sebab include tiket sealife...heavennn sangat. Dari mula bukak sampai ke sudah teringin nak pergi.
ReplyDeleteSure unik kan berbuka dalam legoland, banyak lak juadah berbuka dia.. Teringin nak pergi Legoland.. Tak habis explore lagi...
ReplyDeletewahh bestnya berbuka dkt legoland
ReplyDeleteAkakkk macam banyak hari je kak kat Legoland? Balik kampung ke tu? Hahahaa. Amboi syok betoi kambing golek tu.
ReplyDeleteWah best nyer makan BEEF STEAK DI LEGOLAND MALAYSIA RESORT, i tak pernak pergi legoland lagi
ReplyDelete