HARI KESEBELAS BERBUKA PUASA AKU MAKAN DI TUMERIC ANANTARA DESARU COAST | Alhamdulilah walaupun harini dah hari ke-14 kita berpuasa, tapi bahang Ramadan tu tetap masih segar dan masih bersemangat lagi kan.. cuma waktu berbuka dan bersahur tu dah naik blur dah nak makan apa kan..
Sekarang pun kalau berbuka, baik Sis, anak ke mahupun Suami dah rasa taknak dah makan nasi, makan yang ringan-ringan aje, then masa Sahur, lagilah tak makan.. kejut anak dan Suami, mereka hanya minum air, minum susu, makan kurma then naik tidur semula.. ermmm Sis aje kadang kalau time Sahur, tengok ada baki lauk semalam, kalau rajin panaskan ratah, kalau tak, masuklah dalam peti ais..
Korang pun sama gak ke?..
Berbalik pada tajuk, mesti ada yang membaca ni, mesti kata; 'Kelas ko Jah, bukak pose kat Anantara' hahahahaa.. yeee ada gak yang kata gitu, tapi tu laaa, dah namanya rezeki kan, so ini kali kedua Sis berbuka puasa di Tumeric Anantara Desaru Coast Resort & Villas. Kali pertamanya sewaktu Media Preview #BuffetRamadhan.. so ini kali the real makan sini time betul Ramadan.
Sis ke sini atas undangan dari pihak Desaru Coast, dan Sis menginap Dua Hari Satu Malam di The Westin Desaru Coast (tu nanti Sis cerita panjang lebor di posting lain). Lepas aja siap check-in semua di The Westin, kitaorang terus di bawa ke Anantara Desaru Coast untuk berbuka puasa.
Yang surprisenya... duduk makan bersama berdepan semeja dengan Managing Director & Chief Executive Officer Desaru Coast, yaitu Puan Roslina Arbak.. gulp... serius terdiam gak mula masa makan hahahaha.. tapi sebab Puan Roslina ni boleh gak bercakap bahasa melayu, so takde le nerbes nau Sis, bolehlah berbual dalam bahasa.. kalau buatnya orang asing, erkkkk tergeliat laaa lidah Sis nak speaking oiii hahahaha..
Sebelum makan haruslah bergambar untuk di jadikan kenangan. Ye laa sementara menunggu waktu berbuka dan makanan di hidangkan, kami pun bergambar laa.. Yang berbaju merah gambar bawah (duduk kiri sekali) haa itulah dia Puan Roslina. Sangat mesra dan peramah orangnya.. Sis ko begitu segan dengannya pada mulanya, tapi bila dah mula beramah mesra, friendly sangat Puan Roslina ni..
Geng media lain ada juga Sunah Sakura, Peggy Loh, Eddie Suresh dan juga anak Jepun Yoshiko, hehehehe.. bila ingat-ingat, tersenyum sendiri Sis #throwback balik perbualan kami mengenai 'husband' hahahahaha..
Bila masuk aje waktu berbuka, kami semua mulalah bangun amik makanan semua, tapi yang gelihatinya, kesahnya, pihak Anantara telah menghidangkan kesemua menu 'main course' buffet mereka di atas meja kami.. terkejut kitaorang nengok kemain banyak ko, kalau tau, tak payah bangun amik makanan, nasib baik juga Sis amik sedikit aje..
Yang banyaknya minum air kelapa sebiji, dan minum air soya bergelas-gelas hahaha sedap gilerr air soya dia, sekali hirup segar rasa... tapi Sis makan banyak itu Udang Goreng Rempah hahaha... sedap kat tekak Sis, dan tak lupa juga Puding Manggo mereka, yang jadi menu killer di sini tiap kali datang makan.. rasa macam nak minta resepi aje kat Chef hahahaha..
Korang kalau nak tengok pakej #BuffetRamadan mereka boleh baca sini Selera Malaysia di Anantara Desaru Coast . Sangat-sangat berbaloi, dah macam bercuti luar negara aje bila makan di sini..
Juga jutaan terima kasih juga pada Puan Roslina yang telah beri kami semua Pasport Sajian ke hotel-hotel & resort bertaraf 5 bintang untuk kami pergi dan menikmati Buffet Ramadan di Desaru Coast.. Yehaaa next nak makan buffet di Hard Rock Hotel laaaa.. yabedabeduuuuuuu...
P/S: Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi, kita merasa. Terima kasih Desaru Coast ❤
Memang menggoda selera! Alhamdulillah, rezeki berbuka puasa di situ.
ردحذفAnantara ni hotel yang sangat cantik la kat Desaru. Lalu depan hotel dengan bas ajer. Tengok luar pun dah indah hotel ni. Apatah lagi kalau dapat berbuka kat sini. Hidangan utama atas meja....start yg mana dulu tu?. Hehe
ردحذفIndahnya juadah berbuka dia. Sis, daku minta, kalau dah boleh rentas negeri, daku nak ke Johor dan Sis bawa daku jelajah hotel2 gak ye.
ردحذفseronoknya sis makan semua tempat best2. kalau dekat sure ikutt sis haha view tempat ni pun cantik,nak makan pun rasa tenang je
ردحذفWow!!!!!!!!!!! What a beautiful place to have an Iftar with family. Bila dah boley rentas negeri nak visit lak resort ini. Lama sgt x cuti2 resort. Thank you for sharing your experience.
ردحذفuntunglah dapat undangan menginap di sana.. pemandangan sangat cantik.. makanan pun sedap-sedap
ردحذفHotel lawa. Makanan sedap. Memang puas hati la kan dapat spend masa dan iftar dgn kawan2 kat hotel ni
ردحذفJeles tgok blogger johor, meriah tul dengan berbuka tempat best2
ردحذفso nice your 11th buka puasa, love the food varieties & the surrounding of this place. Sure you had a great feast. cheers, siennylovesdrawing
ردحذفWoww nampak menu buffet ramadan ni pon dah menarik. Seronoknya dapat makan macam ni . Puas hati dapat makan kat hotel
ردحذفcantiknya tempat ni../makanan nampak pun lebih esklusif mungkin cara penyediaannya kot...
ردحذفLawanya tempat dia Sis Lin! Puas hati tengok makanan semua sedap-sedap
ردحذفKalau Ty bukan hanya tergoda nafsu dengan makanan berdecoenarik sahaja.. View surrounding pun leh jadi tak keruan kejap. Cantik
ردحذفHuyooo akak gantung kuali lagi! Sedapnya makan kat sini. Saya suka menu tradisional simple kita makan seisi keluarga. Tengok deko pun selesa. Nak booking berbuka kat hotel lah nanti. Kering idea nak masak ape. Hahaha.
ردحذفCantik tempat dia. Nak berbuka pon syiok je tengok pemandangan. Tahun ni belum lagi ke buffet ramadhan
ردحذفI've always wanted to visit this beautiful spot, it's already on my wishlist after MCO to travel there and experience it myself.
ردحذفcantk tempatnya! terasa vibes dia dekat situ. kalau khai pun sudi je tinggal sini tapi nak membayarnya tu la hahaha
ردحذفsedap belaka makanan nya... i langsung tak sempat pergi buffet this year... tengoklah ada rezeki lebih pergi lah kot... heeee.. hotel pun menarik suka betul..:)
ردحذفcantik sangat tempatnya, makanan dia pun tak kalah menarik dan menyelerakan. Ada rezeki nnti Faiq nak cuba
ردحذف