'IFTAR BAZAR' BUFFET RAMADHAN DI AMANSARI RESIDENCE RESORT DAH MACAM KENDURI KAHWIN

Sis Lin
13
'IFTAR BAZAR' BUFFET RAMADHAN DI AMANSARI RESIDENCE RESORT DAH MACAM KENDURI KAHWIN | Kenapa Sis kata macam kenduri kahwin? Sebab sebaik aja melangkah masuk di depan Grand Ballroom mereka, korang akan dapat rasa suasananya betul macam kita pergi kenduri kahwin. Sis suka suasana begini. Yang takde bunga manggar je depan pintu masuk hahaha..

Salah satunya sebab tempatnya tu Grand Ballroom, so ruangnya memang luas. Mata tu masuk je dalam tu rasa lapang dan luas mata memandang, haa gitu laa yang dapat Sis bayangkan. Kalau korang ada anak kecil, atau warga emas, yang tak suka bawa ke tempat sempit dan bersesak, dan utamakan keselesaan, haaa mai lee bawa makan di #BuffetRamadhan Iftar Bazar di Amansari Residence Resort ni yang terletaknya di Bandar Seri Alam,Johor. 

Kalau dari rumah Sis, dekat aje, ibarat macam jiran sebelah hehehe dan ini kali kedua rasanya Sis mencuba Buffet Ramadhan di sini, cuma tahun ni je berbeza sebab tempatnya bertukar di Grand Ballroom ni so lebih selesa dan SOP terkawal. 

'Iftar Bazar' Buffet Ramadhan Di Amansari Residence Resort Dah Macam Kenduri Kahwin

'Iftar Bazar' Buffet Ramadhan Di Amansari Residence Resort Dah Macam Kenduri Kahwin

'Iftar Bazar' Buffet Ramadhan Di Amansari Residence Resort Dah Macam Kenduri Kahwin

Okay Sis mulakan dulu dengan menu yang menjadi tumpuan pada malam tu. Macam biasalah, mana-mana Buffet Ramadhan, memang tak sah kalau takde Kambing Golek kan. Begitu jugalah samanya dengan Buffet Ramadhan Iftar Bazar ni tapi mereka menyediakan Kambing Kuzi. Sis ko kalau makan Kambing Kuzi ni, sampai blur tau, Kuzi ke Golek ke hahahaha.. janji Kambing kuikuikui.. 

Selain Kambing Kuzi, korang jangan lupa mencuba Nasi Ayam Hainan Chef Chan yang memang femes dengan kesedapan Nasi Ayam Hainannya.. Penuh berderet je orang beratur nak amik Nasi Ayam di warungnya tu, sampai Sis ko dari lapar dah jadi kenyang menunggu hahaha.. nampak tak betapa femes dan sedapnya tu.. rugi kalau ko tak mencubanya.. 

'Iftar Bazar' Buffet Ramadhan Di Amansari Residence Resort Dah Macam Kenduri Kahwin

'Iftar Bazar' Buffet Ramadhan Di Amansari Residence Resort Dah Macam Kenduri Kahwin

'Iftar Bazar' Buffet Ramadhan Di Amansari Residence Resort Dah Macam Kenduri Kahwin

Menu 'main course' lauk-pauk dia jangan cakaplah, walau nampak biasher-biasher, tapi semua sedap-sedap belaka, Ayam Masak Merah, Kupang Sambal, Sotong Masak Kunyit, Asam Pedas Ikan, Udang Masak Lemak Nanas, Daging Masak Hitam, dan banyak lagi laa.. menu-menu mereka akan bertukar setiap minggu katanya. 

Juga ada aneka Kerabu seperti; Kerabu Kacang Botor, Kerabu Taugeh, Kerabu Kacang Panjang, Kerabu Jantung Pisang, Ulam-ulaman, Ikan Asin dan juga paling semua suka kalau makan Buffet Ramadhan ni adalah Ketupat, Lemang dan Ketupat Palas. Makan pula dengan aneka Serunding, memanglah dah rasa macam raya kan.. hehehehe.. 

'Iftar Bazar' Buffet Ramadhan Di Amansari Residence Resort Dah Macam Kenduri Kahwin

'Iftar Bazar' Buffet Ramadhan Di Amansari Residence Resort Dah Macam Kenduri Kahwin

'Iftar Bazar' Buffet Ramadhan Di Amansari Residence Resort Dah Macam Kenduri Kahwin

Tak suka makan nasi, elehh diet le tuuu... hahahaha okay takpe, korang boleh je makan menu ala western mereka. Ada warung Hot Pizza, DIY Nachos, juga aneka Pasta, pun adaaa juga. Satay? Takkan laaa takde Satay kan...jangan kata Satay, Otak-Otak Kempas, Pepes Ikan dan juga Pais Ikan Pari pun ado okay..Tak lupa, aneka Dim Sum dan juga Pau, pun ado..

Atau korang macam Sis, pengemar Laksa Johor, so memanglah serbu warung Aneka Mee tu. Ada Laksa Johor dan juga Mee Sup pelbagai pilihan, contohnya; Sup Babat, Sup Daging, Sup Ayam atau Sup Campur. Sedap uii sup dia.. Laksa Johor dia pun boleh tahan.. 

'Iftar Bazar' Buffet Ramadhan Di Amansari Residence Resort Dah Macam Kenduri Kahwin

'Iftar Bazar' Buffet Ramadhan Di Amansari Residence Resort Dah Macam Kenduri Kahwin

'Iftar Bazar' Buffet Ramadhan Di Amansari Residence Resort Dah Macam Kenduri Kahwin

Kalau bab pencuci mulut atau Desserts ni jangan cakaplah, penuh aneka Kuih-Muih Tradisional juga aneka Kek dan Cup Cake ada. Pilih je la mana ko nak, tapi Sis suka betul Puding Mango dia tu haa, sedap... Nak makan Bubur Lambuk pun ada juga.. 

Eh banyaklah Desserts dia. Buah-buahan pun ada, tapi .... sampai sekarang Sis ko duk tertanya.. Buah Durian tu untuk display aje ek? Kakakakakakah.... adeiii bau dia menyengat lobang hidung oii.. ishhh tapi nasib baik laaa ada Durian Goreng, so dapat gak le makan durian hehehehe.. 

'Iftar Bazar' Buffet Ramadhan Di Amansari Residence Resort Dah Macam Kenduri Kahwin

'Iftar Bazar' Buffet Ramadhan Di Amansari Residence Resort Dah Macam Kenduri Kahwin

Tapi kann, yang menarik perhatian Sis waktu makan buffet di sini adalah 'Air Bodo' tu hahahaha.. mula je nampak duk tertanya, 'Kenapalah nama dia Air Bodo ek?' Hahahaha.. sebenonya dia jenis air soda, cuma sekarang dah versi tin dan botol plastik, yang ni legend, airnya dalam botol kaca zaman dolu-dolu, so kalau ko minum pun, ko kena tonggang, takde straw hahahahaha.. best plakk ko... hehehehe.. 

Banyak lagi nak cite, tapi sampai esok tak siap kang. Cuma nanti masa Ramadhan, akan penuh keliling dewan tu dengan warung ala Bazar. Mesti meriah woo.. 

So kalau korang nak tengok LEBIH BANYAK LAGI GAMBAR, korang boleh ke Facebook Pages AKU SIS LIN ni, dan lihatlah semua gambar yang Sis upload ya.. 

Pembelian 'early bird' sudah pun berlangsung, BUY 5 FREE 1! 
Sah pembelian dari 16/3 hingga 12/4/2021. 

Walk-in juga boleh:
RM85nett Dewasa
RM40nett Kanak-kanak.

Untuk tempahan boleh hubungi:
+607 -381 7070 samb 811 (F&B Dept) samb 831 (Sales Dept).
Email: sa@amansarihotels.com 

Pakej penginapan juga ada:
Hanya RM280 bilik Deluxe
Penginapan 2 hari 1 malam termasuk Buffet Ramadhan + Sahur untuk 2 orang. 

IFTAR BAZAR RAMADHAN 2021
Grand Ballroom and Bazar Street 
Amansari Residence Resort
Jalan Persiaran Seri Alam
Bandar Seri Alam
81750 Masai Johor


P/S: Best plak ek, staycation then berbuka puasa dan Sahur sekali. belum pernah lagi Sis ko 'buat kerja' gitu hehehee.. 

إرسال تعليق

13تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. yang paling buat kecur tengok air dobo tu

    ردحذف
  2. teringat aku satay ayam dia tu..sampai mencucuk langit sebab sedap sangat..hahahahha

    ردحذف
  3. wow meriahnyaa! ahhaaha ckap pasal air bodo tringat menu nasi goreng bodo. simple tapi sedap. yang tu kite makan dekat pullman putrajaya eee terliur la pulak

    ردحذف
  4. Dah tahu mesti akan ada gambar makanan lazat, so Rawlins mai lepas terawih. Bijak tak? Nie memang terliur tengok review Sis Lin maka terus ke dapur mengulang makan lauk pauk berbuka tadi hahaha

    ردحذف
  5. Amboi meriah eh sis lin makan makanan yang best2 ni. Air tu kalau sis la pilih ice cream soda. Errr air pisang warna hijau ke?.

    ردحذف
  6. Menarik promo dia buy 5 free 1.. Boleh ajak kawan2 sekali ni... Aduii the dim sum nampak tempting giler2...

    ردحذف
  7. ya ampun makanan dia memang mencengkam jiwa ..semua nampak sedap dan enak

    ردحذف
  8. Memnag semua bjat kecur liur ye.. Aduh aduh.. Semua nya sedap dna memu kegemaran.. Dessert pun nampak menarik

    ردحذف
  9. Uihhhhhdekat sgt dengan rumah mak nur ni. Rugi laaaa tak dapat datang tu hari kalau tak boleh bukak lagu pengantin baru. Eh tiberrr. Hahahahaha

    ردحذف
  10. Ya Allah sis semua mengiurkan nasib mai sini lepas buka dok berangan jaaa dpt makan semua ni.

    ردحذف
  11. Wowo....am amazed with the food varieties offered at this buffet, sure exciting while enjoying with friends & family members, can't wait to be there. cheers, siennylovesdrawing

    ردحذف
  12. Ya Allah sedap nya hidangan Dia. Unik betul Ada hidang Ayam masak stim mcm nasi Ayam tu... Jarang la Ada buffet buat Ayam tu. Selalu Ayam goreng je

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!