ISTIMEWA JUADAH RAMADAN KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE TERUS KE RUMAH KORANG

Sis Lin
1
ISTIMEWA JUADAH RAMADAN KUALA LUMPUR CONVENSATION CENTRE TERUS KE RUMAH KORANG | Walaupun tak boleh lagi merentas negeri, dan tempatnya di Kuala Lumpur, tapi takpelah, apa laa salahnya juga kan Sis kongsikan dengan korang semua. Sebab ada je pembaca blog Sis yang duduk di Kuala Lumpur dan area berdekatan. 

So mana laa tau ada yang nak mencubanya kan.. sambil tu dapatlah kita bantu mereka dengan 'share' posting ni haaa.. lagipun anak Sis ada gak kat sana, so Sis dah bagitau dia, kotlah dia nak mencubanya, tapi dan dan dia hantar ucapan; 'Mak tranfer duit nanti' hahahaha adoiii... 

Juadah Ramadan terkenal Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) yang memang digemari ramai kini buat julung kalinya boleh dihantar terus ke rumah korang bermula dari 13 April hingga 11 Mei 2021.

Juadah Ramadan Kuala Lumpur Convention Centre yang menambat selera buat pertama kali boleh dihantar terus ke rumah korang

Chef Eksekutif Pusat Konvensyen, Hisham Jaafar berkata, “Kami ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan yang mulia ini kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Bagi Pusat Konvesnyen, Ramadan sentiasa merupakan bulan yang penting dan istimewa yang ingin dikongsi bersama masyarakat kita. 

Dengan cabaran yang dihadapi akibat pandemik pada tahun ini, kami memberi keutamaan kepada usaha mengukuhkan komitmen untuk membolehkan kita sama-sama menunaikan kewajipan kita pada bulan yang diberkati ini. Tawaran berbuka puasa kami tahun ini disediakan khas untuk memastikan kita dapat menikmati juadah tradisional tempatan dengan selamat dan sihat, terus dari hati kami ke rumah anda.”

Ciri keunikan menu Ramadan kali ini ialah set buka puasa dan hidangan ala-carte yang boleh dipesan untuk dihantar ke rumah atau diambil sendiri. Set untuk 2 hingga 3 orang disediakan pada harga bersih RM99.80 dan juadah untuk 4 hingga 5 orang pada harga bersih RM199. 

Kedua-dua set disertakan dengan kudapan dan manisan untuk berbuka puasa yang diberikan secara percuma. Lauk yang boleh dipesan berasingan turut disediakan untuk membolehkan pelanggan menyesuaikan set mengikut selera masing-masing.

Juadah Ramadan Kuala Lumpur Convention Centre yang menambat selera buat pertama kali boleh dihantar terus ke rumah korang

Bagi syarikat korporat yang ingin mengadakan jamuan berbuka puasa dengan pelanggan dan rakan niaga, Pusat Konvensyen juga membawakan empat pilihan menu bergilir pada harga bersih RM148, selain menyediakan kemudahan mengambil wuduk dan tempat bersolat.

Chef Masakan Melayu Pusat Konvensyen, Chef Baharuddin Hj Jaafar berkata bahawa, “Dalam suasana mencabar ini, keutamaan kami adalah untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat kita, pasukan dan pelanggan kami serta ahli keluarga mereka dan orang ramai. Untuk majlis berbuka puasa korporat di Pusat Konvensyen, kami akan mengambil langkah berjaga-jaga ketat dan mematuhi sepenuhnya SOP keselamatan. Untuk memastikan lebih ramai orang dapat menikmati hidangan yang kami sediakan, buat pertama kali kami memperkenalkan pilihan pesanan dan penghantaran ke rumah.”

Juadah Ramadan Pusat Konvensyen meliputi empat menu khas untuk setiap minggu yang menghidangkan pelbagai sajian Melayu asli kegemaran ramai termasuk masakan unik Pusat Konvensyen seperti daging masak hitam rempah sangai tumis darat hasil air tangan Chef Bahar, ayam kunyit teresek minang sayur maman daripada Chef Imran; dan daging campur gulai kawah pisang muda dan kedondong yang disediakan oleh Chef Azrie.

Anda boleh melihat pelbagai menu yang disediakan dan membuat pilihan anda di sini

Ikuti laman Facebook - @klccconventioncentre dan Instagram - @klccconventioncentre dan laman web Pusat Konvensyen pada minggu-minggu akan datang untuk mendapatkan berita terbaharu tentang juadah Ramadan kami.

Untuk semua berita dan maklumat terkini tentang Pusat Konvensyen, sila layari www.klccconventioncentre.com.


P/S: Tertelan-telan air liur membaca nama menunya tu oii.. sedapnyaa lahaiii.. 

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!