KENAPA KESELESAAN SURAU DI HOTEL ATAU RESORT DI ABAIKAN?

Sis Lin
23
KENAPA KESELESAAN SURAU DI HOTEL ATAU RESORT DI ABAIKAN? | Sis terpanggil nak menulis bab ini kerana sejak dari mula dulu bila Sis pergi event #BuffetRamadhan di Hotel atau Resort, perkara Surau ini yang selalu timbul di kalangan kami semua. Baik dalam kalangan rakan Media ataupun orang luar yang email dan PM Sis bertanyakan hal ini. Sampaikan ada yang dah pun mula berbisik di telinga dan berlaku di depan mata, hurmmm...

Sis menulis ni tidak ada kena dengan yang hidup atau pun yang sudah tiada, yang sesak nafas pun tidak ada kena mengena, ini adalah sekadar penulisan luahan sebagai wakil buat semua yang telah menyuarakan, bertanyakan juga yang 'komplen' mengenainya.. benda lama dah berlaku, tapi certain pihak tak berani nak menyuarakan. Tapi harini Sis nak menyuarakannya di blog sendiri..

Memang jadi pertanyaan, 'Kenapa keselesaan surau di Hotel atau Resort di abaikan?' Kenapa? 

Tak kisahlah menu makan ko kemain 'gah' ke, tak 'gah' ke, harga mahal ke harga murah ke, tapi nak mencantikkan, mewangikan, dan memberi keselesaan pada Surau tempat pengunjung atau pelanggan 'menumpang' Solat menunaikan ibadah tidak di utamakan, kenapa?.. 

Tak tau di mana silapnya. Takde ke AJK Surau yang di lantik? Takde ke pihak pengurusan amik peduli ke, dan tidak ada seorang pun ke pekerja Hotel atau Resort mereka yang pergi Surau? Atau mereka ada Surau khas? Dan kerana sebab itu mereka tidak nampak dan tidak tau selesa atau tidak orang luar solat di dalam Surau mereka?.. 

Perkara ini sepatutnya tidak patut berlaku, siapa aje yang selesa nak mengerjakan Solat dengan keadaan Surau yang baunya kepam, masam, lantai karpet basah lembab, sempit dan tempat mengambil wudhuk dan solatnya bercampur dengan lelaki dan perempuan? Ini tidak patut berlaku dalam Hotel atau Resort memana sekalipun. 

Tambah lagi bila waktu Buffet Ramadhan begini. Ramai pengunjung Islam datang makan berbuka, so tolonglah sediakan Surau yang selesa dan bersih juga wangi, so ini sebagai keselesaan semua juga. Bukan kata makan aje sedap orang akan kata, tapi orang akan puji dek Surau kau yang bersih dan selesa. Betul tak?.. 

Kenapa Keselesan Surau Di Hotel atau Resort Di Abaikan?


Kalau pandangan Sis sendiri, jika tidak bulan Ramadhan, setakat tempat Surau yang kecil dan asal boleh, masih boleh lagi di terima, tapi kalau dalam bulan Ramadhan, ramai orang datang makan Buffet Ramadhan, dan keadaan akan jadi sesak, jadi ramai, harap pihak pengurusan Hotel atau Resort sediakanlah Surau yang lebih besar ruangnya dan selesa. 

Contohnya; sediakanlah satu bilik kosong khas untuk Solat, nak pergi Suraunya pun mudah, tidaklah sampai nak berjalan jauh hingga ke belakang hotel atau parking kereta. Rasanya boleh aje kan? Beratus bilik-bilik ada dalam satu bangunan, takkan nak sediakan satu bilik hanya sebulan aje dalam bulan Ramadhan untuk Solat tak boleh? 

Sis bercakap sebab ada certain Hotel atau Resort ada berbuat sedemikian. Pernah berbuka puasa, ada Hotel yang time puasa aje, mereka sediakan bilik khas untuk solat. Bukan solat di surau yang sedia ada, tapi ada bilik khas. 

Kalu takde pun, silalah jaga kebersihan. kewangiaan, dan pantaulah SOP Surau yang sedia ada tu. Ini kalau dah sempit ruangnya, orang pula ramai, tak ke bersesak nak amik wudhuk dan solat. Dah takde jarak satu meter dah. Fikir nak tunaikan kewajiban kita pada Allah, lantakkan aje laa kan, janji siap Solat. 

Yaa kekadang tu, rata-rata kalau mereka nak booking tempahan makan Buffet Ramadhan, mesti akan tanya PM Sis 'Surau dia okay tak?'.. atau 'Ada Surau tak?'.. dan nanti bila mereka dah pergi sana, kalau semuanya tak okay, PM pulak pasal Suraunya yang tidak selesa, dan macam-macam komplennya..tu nasib baik PM, pernah dulu mereka komennya di ruangan komen, tak ke menjatuhkan imej pihak Hotel atau Resort tu. Benda ni dah lama berlaku dari mula Sis join Buffet Ramadhan, tapi nak menjaga hati semua pihak, Sis diamkan aje.. 

Tapi sekarang, rasa kena luahkan juga di sini sebagai pengajaran dan penambahbaikan. Amiklah ikhtibarkan. Shopping Mall yang besar, yang beribu-ribu orang keluar masuk Suraunya sehari-hari, pun boleh jaga kebersihan Surau, dan ada certain Kedai Makan luar pun punya Surau yang bersih dan selesa, ni Hotel atau Resort yang time Buffet Ramadhan aje yang ramai orang tumpang solat, takkan tak boleh kan?.. 

Hope lepas ni, takde laa lagi berlaku hal semacam ni yaa.. Nobody is perfect, but can make it more better right?.. 

Okaylah tu je luahan harini.. Maaf jika ada yang terasa hati, tapi tidaklah Sis ko sebut nama memana pihak.. jika memana pihak ada membaca, silalah 'upgrade' Surau anda.. sekian.. 


P/S: Korang ada pandangan? Sila komen positif di bawah.. 

إرسال تعليق

23تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Selalu ako tengok hotel-hotel besar ni mmg diorang ada sediakan surau yang khas bersih dan cantek, lengkap semua nya.

    Harap lepas ni mana-mana yg belum sediakan surau tu dapat la berbuat demikian ye..
    Kadang bkn time buffet je org datang nk guna.... klu ada yg buat event kawen ke, dinner je, mesti nk guna surau jgk kan, lebih2 lagi klu event nya malam.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa betul, ada certain Hotel memang ada sediakan bilik khas untuk solat time ramadhan dan event.. tu memang bagus, yang belum tu, harap amik peduli laaa kan...

      حذف
  2. Kebanyakkan hotel atau jenis restoran yang kat clubhouse .. boleh katakan abaikan bab surau ni. Asal ada je buat mereka. Mungkin sbb mereka rasa dah ada bilik hotel, jadi surau ni macam kurang diperlukan.

    Sedih betullah walhal sediakan buffet utk muslim buka puasa.

    ردحذف
    الردود
    1. Begitulah Tuan, tu yang Saya suarakan di sini.. kadang tu, tu yang membuatkan ramai malas nak berbuka di luar..

      حذف
  3. Susah nak cakap kan. Ruangan ala kadar pon ada. Sama je mcm kt shopping mall. Lg bulan Ramadhan bakal tiba. Harap pihak pengurusan ambil berat

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Ena, nak komplen ramai yang tak berani, so takpelah, suarakan di sini aje.. harap ada yang amik tanggungjawab hal ni..

      حذف
  4. Guess shopping malls and hotels which have not done enough will now improve their facilities to better cater their growing customers during this ramadan month.

    ردحذف
  5. Pernah pergi iftar yang ramai sangat orang tetapi surau yang disediakan tu kecik ya amat. Tak sesuai kapasiti pengunjung yang nak dekat 1000 orang. Tudiaaa....surau kat sini masa sis solat ni maca asal ada ajer. Sedih.

    ردحذف
  6. Setuju, kadanng2 surau disediakan kecil, orang yang datang ramai. Pastu berebut2 lagi, SOP pun kelaut. Tiada penjarakan fizikal. Tapi ada jugak yang okay, contoh mcm dekat hotel, ada yg besar suraunya.

    ردحذف
  7. Hmm......i pun x paham kenapa some hotels in Malaysia x jaga surau depa. This is not good. They should take care of their surau. Surau adalah kemudahan yg wajib.

    ردحذف
  8. Tu la selalu tmpt2 mcm ni diabaikan. Kalau kt tmpt solat lelaki tu selalu sgt berbau sbb karpet basah. Susah nk jumpa tmpt solat yg selesa nowdays

    ردحذف
  9. BETUL SIS , SAYA KALAU NAK KEMAN-MANA PUN UNTUK TEMPOH YANG LAMA MAKE SURE ADA SURAU. SO FAR BELUM PERNAH JUMPA SURAU YANG TERABAI ATAU TAK BERJAGA KECUALI JIKA TEMPAT TERSEBUT KURANG DIKUNJUNGI. LAGI2 BILA NAK PERGI BUFFET RAMADHAN , SURAU YANG SELESA ITU SATU KEPENTINGAN YANG TAK BOLEH DIABAIKAN PIHAK HOTEL DAN MALL.

    ردحذف
  10. perasan juga kat mana2 hotel atau tempat makan buffet surau dia sedikittidka terjaga..agak berbau kepam..mungkin sudah lama x diguna..tapi inisiatif pihak hotel kenalah ada kan

    ردحذف
  11. setuju! kadang-kadang sempit, pastu kotor berbau. kalau dekat mall khai suka amik contoh surau mid valley, surau one utama. bersih dan besar. yang sunway pyramid hrmm tak tau nak cakap lah :(

    ردحذف
  12. setuju! kalau tak selesa nanti tak boleh fokus solat. haih T.T mmcm hal ya

    ردحذف
  13. This is good! At least ada yang suarakan... So that in future mereka take note benda ni and sediakan apa yang patut kan... Kadang2 mereka pun take things for granted.. Semua excited sebab finally boleh berbusiness as usual lepas setahun berehat..

    ردحذف
  14. Rawlins kena puji Hotel Puri Pujangga berkenaan penyediaan surau nie. Tambahan dengan keadaan norma baharu, dia siap tutup dua bilik mesyuarat dia untuk dijadikan surau lelaki. Pastu wangi je ruang solat. Manakala tempat wudhu pula dipasangkan kipas agar tidak basah keterlaluan

    ردحذف
  15. Setakat ni tak jumpa lagi yang suraunye terabai. Agak menyedihkan hotel yang ada nama tak jaga facility seperti surau

    ردحذف
  16. I believe is a concept for public and is everyone's duty to take care however yes, AJK mmg perlu untuk buat to pemantauan, kan. Hopefully they will have the solution soon for all Muslim friends to use comfortably

    ردحذف
  17. Haha bab ni saya sering ajukan kepada diri sendiri. Sebagai pengguna, kita kena cek dulu lokasi kita nak berbuka puasa. Macam ada sesetengah yang suka berbuka di pusat membeli-belah, restoran dan hotel. Saya prefer hotel. Dah tentu toilet bersih, surau luas dan selesa. Kalau sebab murah makan di buffet restoran or kat mall tp surau tak best. Buat ape kan. Kita ni wanita kena ambil wudhu dan pakai terlekung. Saya takmo la kelam kabut. Saya nak relax jumpa Allah s.w.t.

    ردحذف
  18. semoga konsep muslim friendly ni jadi keutamaan. bagus sis lin suarakan pendapat, harap dapat memberi impak positif pada industri hotel dan shopping mall

    ردحذف
  19. Bagi saya sepanjang saya travel dan juga pergi tempat bercuti yang mahal atau yang murah saya dapati memang yang tak jaga ini adalah tempat yang murah keran mereka tak ada bajet untuk surau dan musolah. Kalau hotel besar dan mahal mereka memang ada peruntukan untuk menjaga semua kemudahan itu sebab itu yang menarik pelanggan...

    ردحذف
  20. faiq harap lepasni semua pihak hotel dan shopping mall ambil serius dalam kebersihan dan keselesaan tempat beribadah bagi orang muslim.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!