MAKAN BUFFET RAMADHAN 'SELERA MALAYSIA' DI ANANTARA DESARU COAST DAH MACAM BERCUTI DI LUAR NEGARA | Siapa yang pernah datang ke Anantara Desaru Coast & Villa ni, mesti setuju dengan apa yang Sis tulis pada tajuk tu. Yaa sejujurnya ini adalah pertama kalinya Sis menjejakkan kaki sampai ke Anantara Desaru Coast & Villas ni. Memang ada berbisik-bisik, dan ada juga pasang angannya, 'Bilalah nak sampai dan bercuti di sini ya'..dan akhirnya, alhamdulilah 'Bisikan Hati' Sis tu sampai juga ke sini..
Memang sangat teruja mendengar namanya, apatah lagi kalau lihat persekitaran dan semua view di Anantara Desaru Coast & Villas ni. Dan tak hairanlah kalau ada yang mengatakan nak bercuti di sini kena 'have-have'... ternyata yee memang benar, memang sangat indah pemandangan dan berbaloi laaa dengan keselesaan dan kemudahan yang kau bayar tu.
Sis yang baru aje sampai ke sini walau hanya ke Turmeric Restaurantnya aja, pun dah teruja. Apalagi kalau dapat menginap di sini, memang laaaa satu kepuasan oii, dah macam bercuti di luar negara aje gayanya kalau datang sini.
Dan bagi korang yang ada bertanya Sis mengenai Buffet Ramadhan di Anantara Desaru Coast & Villas ni, yeee memang ada, ni Sis nak kongsikan dengan korang laaa ni.. Walau jauh perjalanannya dari Pasir Gudang ke sini, tapi ianya satu kepuasan bagi diri Sis bila sampai dan makan di sini.
Meh ler baca apa yang bestnya Buffet Ramadhan di Turmeric Anantara Desaru Coast & Villas ni..
Buffet Ramadhan bertemakan 'Selera Malaysia' di Anantara Desaru Coast Resort & Villas ini mengetengahkan menu berkonsepkan Thai Malaysian yang memang menjadi kesukaan ramai baik rakyat tempatan mahupun pengunjung luar.
Untuk Sis sendiri pun bila mendengarnya, dah terbayang masakan Thai yang sedap-sedap dengan pelbagai pilihan selain Kambing Golek yang biasa ada di Buffet Ramadhan Hotel-Hotel. Dan untuk tahun ini, Turmeric restoran asli Malaysia di Anantara ini, akan menyajikan makanan tempatan Thai, Masakan Cina dan Antarabangsa sepanjang bulan Ramadhan.
Menu makan malam Selera Malaysia sempena Ramadhan nanti, akan menampilkan buffet mewah dan sajian yang meriah. Antara pilihan yang menjadi tumpuan adalah; Som Tam, Neau Dad Deaw, Fresh Barbeque & Carved Lamb, Gaeng Massaman Gai, Tod Mun Pla, Ayam Percik, Ekor Masak Asam Pedas dan Kambing Golek bersama Nasi Bukhari.
Main course memang mengenyangkan, maklumla kan makanan Malaysia dan Thailand di gabungkan, mau tak meriah. Lagi pulak menu Thai kaya dengan pilihan makanan yang berjenis sayuran seperti Kerabu dan Rojak, so memang ramai laa yang menyukainya. Nanti korang cuba Kerabu Mangga dia, sedap kat tekak Sis ni. Cukup rasa dan bahannya.
Tapi pilihan utama Sis masa makan di sini adalah Asam Pedas Ekor tu, hehehehe memang jarang-jarang nak ada, so bila ada tu, memang kena cuba. Ternyata tidak mengecewakan, sedap, dan isi ekornya lembut walau rasa Asam Pedas tu tidaklah begitu pedas, tapi cukup rasa.
Dan Kambing Golek tu memang wajib cuba, kalau tak cuba, macam tak lengkap makan Buffet Ramadhan ek hehehehe.. dan lagi satu, Satay dan Sup Siam tu, power beb.. Sis makan sorang je, tak nak kongsi sebab sedap hahahaha.. :p
Untuk pemanis mulut pun banyak juga pilihan yang boleh di makan. Dan yang menariknya, banyak Kuih-Muih Tradisional Melayu yang di hidangkan selain Buah dan juga Bubur Nangka tu. Sebenarnya Sis tak amik Bubur Nangka tu, tapi ada kawan semeja Sis amik, dan bila Sis cuba, fulamakkkk sedapnya, makan boleh juling mata ni hahahaha..
Dan lagi satu manisan dalam botol tu, nama sebenar tak tau, tapi ianya macam Puding Manggo dan di tabur atasnya dengan limau bali, sekali ceduk masuk mulut, wowww boleh terbang ke langit bak kata Sunah sedapnya..Hahahaha..
Pilihan minuman pun banyak, puas Sis ko minum Nescafe Panas kaw dia, perghhh.. segar biji mata time drive balik hahahaha.. overall semua memang sedap di tekak Sis, tekak orang lain entah...
Apa yang membuat Sis kata, bila ke sini macam bercuti di luar negara adalah, suasana sekeliling Turmeric ni ketika senja sangat indah dan cantik sekali. Dari dalam restorannya korang akan dapat view pool mereka dari dalam, dan kalau korang nak makan di luar pun boleh, sambil nikmati pemandangan, memang sangat indah okay..
Korang kalau nak LIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR lagi, korang boleh ke Facebook Page AKU SIS LIN ni dan boleh tengok banyak gambar menu dan suasana sekitar Turmeric Restoran yang Sis upload di sana okay.
Buffet Ramadhan Selera Malaysia di Anantara Desaru Coast & Villas ini akan bermula dari 14 April sehingga 12 May 2021, dari Jam 6.30pm hingga 10pm.
Harga : RM128nett Dewasa / RM64nett Kanak-Kanak.
Pembelian awal 'Early Bird' (pembelian sebelum 16 April 2021) : Beli 10 baucer FREE 2 baucer.
*Setiap pembelian Early Bird berpeluang untuk join 'lucky draw' 2D1N with breakfast for 2 persons @ Anantara Signature Massage at Anantara Spa for 2 persons
Untuk tempahan dan pertanyaan:
Website : https://mhg.to/odu7v
Email : desaru@anantara.com
Contact : 07 8280 888
For more information on Anantara Hotels, Resorts & Spas, please visit www.anantara.com. Atau Follow on Facebook: www.facebook.com/anantara; Twitter and Instagram: @anantara_hotels
P/S: Macam 'mimpi' okay bila dapat ke sini, next time boleh jenjalan ke sini tenangkan fikiran, gituh...
ok jgn lupa bawa daku... hehehe
ReplyDeleteSeronoknya kalau dapat pegi sambil mandi manda gitu.. :)
ReplyDeletewahh...sedap sedap makanannya...tapi dalam kepala mmg dah plan nak ke pulai spring aje kot...paling dekat... plan aje lah...sebab plannya dari 5 tahun lepas..
ReplyDeleteSis pernah lalu Anantara ni masa menginap kat HRH Desaru. Lawa betul konsep Bali dia ni. Unik. Untung la dapat berbuka kat hotel cantik ni.
ReplyDeleteuihh! itu gambar kambing duduk tu. besar betul! haha
ReplyDeleteTang dessert tu, Ya Allah.. kalau bulan puasa tengok gambar tu, meleleh air liur kehausan.hahaha
Oh my! Tak tahan tengok semua menu buffet ramadhan kat sini.. semua menyelerakan...
ReplyDeleteFuyoh!!!!!!!!!! Pelbagai jenis juadah ada. Memang meriah sgt buffet yang ditawarkan oleh hotel nie. Thank you for sharing.
ReplyDeletewow, tempat makan dia meriah sis... teruja tengok ala ala resort... bila lah dapat pergi berbuffet ni masih tak ada planning lagi ni hopefully dapat lah berbuka puasa sambil bercuti kat hotel ni eh... happening nya heeee
ReplyDeleteApa ni sis? Dah Rawlins teringin nak makan Thai food dah nie.
ReplyDeleteCantik betul pemandangan kat restoran nie ye.
wahhh siap ada lucky draw. Food presentation dia menarik sangat
ReplyDeleteamboi akak, gambar akak ngan selebriti mana tu? dari gambar makanan, eh ada makwe cun dua org. hehehe. makanan berbuka puasa camni la best. confirm bersila kita makan. hahahaha.
ReplyDeleteWahhh cantiknya tempat ini.. btw, makan buffet still ada chance to win some great prizes ya.. menarik ni.. how i wish boleh travel ke sana during Ramadan nanti..
ReplyDeleteKambing golek dia.mengancam betul. Mmg menggiurkan. Nampak best2 semua Hidangan untuk buffet ramadhan thn ni
ReplyDeletebetul sis, lain tekak lain rasa kan
ReplyDeletelaaa ... tak tau pun resort nih.mcm best nih bila boleh rentas nnt boleh lah lajak ke sana kan
ReplyDeleteMenariknya bila masakan Melayu digabungkan dengan masakan Thai. Pasti membuka selera. Ditambah pula dengan pemandangan laut yang mempesonakan.
ReplyDeletewow! letopan nyaaa. hotel ni mega yeeee. hahaah teringin nak gi sini makanan pun nampak sedap sangat
ReplyDeleteWahhhh Desaru Coast tu . Padan sangat denga harganya. Pilihan menu dan rasanya jamin A tapi yang mahalnya view dia. So sesekali belanja diri kat sini apa salahnya. Sambil iftar sambil mengagumi keindahan alam ciptaan tuhan.
ReplyDeleteBestnya dpt mkn buffet ramadhan, tentu xlarat nk mkn sbb memu2 dia byk
ReplyDeleteFuh Sana sini Ramadan buffet meleluasa. Asyik terliur je haa tgk Makanan sedap2.. Byk betul menu nya haaa
ReplyDeleteIni betul makan macam kat luar negara walaupun buka puasa jer hehehe meriah dan tengok semua sedap-sedap belaka nak pergi jauh lak....
ReplyDeletekanak2 caj brp umur
ReplyDeletetahun keatas..?