MAKANAN APA YANG PERLU DIAMBIL DAN DIELAK SEPANJANG RAMADAN

Sis Lin
3
MAKANAN APA YANG PERLU DIAMBIL DAN DIELAK SEPANJANG RAMADAN | Sepanjang bulan Ramadan, jutaan umat Islam di seluruh dunia bermuhasabah dan menunaikan ibadah puasa dari matahari terbit sehinggalah ia terbenam. Dengan keadaan semasa dan usaha kerajaan untuk mengawal pergerakan, ramai yang akan melewati bulan mulia ini di rumah masing-masing. 

Jika korang berpuasa ketika Ramadan, bukan sahaja corak pemakanan dan tidur kita akan mengalami perubahan, malah jam biologi tubuh kita juga akan terkesan dari segi fizikal dan mental. 

Kesan fisiologi seperti dehidrasi dan kelaparan ketika berpuasa akan dialami kerana tubuh kita memperlahankan fungsi metabolisme untuk membolehkan tenaga digunakan secara efisien. Meskipun begitu, korang masih boleh menikmati ibadah puasa dan menjiwai semangat Ramadan dengan membiasakan tabiat meminum air serta memantau rutin pemakanan ketika bersahur dan selepas berbuka puasa.

Makanan Apa yang Perlu Diambil dan Dielak Sepanjang Ramadan

Memahami Keperluan Nutrisi Korang 

Ketika Ramadan, untuk memenuhi jumlah tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh pada waktu siang, kita perlu mengambil makanan yang kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin serta mineral, dan kita harus meminum kuantiti air yang mencukupi sebelum berpuasa.

Namun, ini tidak bermakna semua keperluan makanan kita perlu diambil sekali gus ketika bersahur. Jika korang berbuat demikian, tubuh korang tidak dapat memanfaatkan suntikan tenaga yang berlebihan, lantas menjurus kepada kenaikan berat badan. Ia disumbang oleh fungsi metabolisme tubuh kita yang akan mengadaptasi menurut corak pemakanan korang ketika Ramadan.

Makanan Apa yang Perlu Diambil dan Dielak Sepanjang Ramadan

Individu dewasa perlu meminum 3 hingga 4 liter air sehari. Meskipun korang memperoleh 40 peratus daripada jumlah ini daripada makanan, jus buah-buahan, air mineral, teh dan minuman lain, korang masih perlu melengkapinya dengan meminum 1.5 hingga 2.5 liter air setiap hari. Ini bermakna lebih kurang dua atau tiga gelas air perlu diminum setiap jam dari waktu iftar hingga sahur.

So jom kita baca dan fahamkan Makanan Apa yang Perlu Diambil dan Dielak Sepanjang Ramadan inspirasi nasihat Oleh Ismet Tamer, M.D., PhD - Ahli, Lembaga Penasihat Nutrisi.

Antara kesilapan yang biasa diamalkan ialah tabiat memakan snek selepas iftar untuk memenuhkan perut, disusuli dengan waktu tidur, mengelak daripada bersahur dan berlapar sehingga waktu iftar pada keesokan harinya. Korang perlu memanfaatkan amalan bersahur, sebaik-baiknya hampir dengan waktu sebelum berkumandangnya azan Subuh. 

Tabiat memakan sebelum masuk tidur atau mengelak daripada bersahur boleh mengakibatkan masalah gula darah rendah dan dehidrasi pada keesokan harinya. Lantas, kita mungkin mengalami komplikasi seperti pening kepala serta gangguan konsentrasi ketika berpuasa.

Jadi, apa yang korang perlu makan pada waktu sahur untuk berasa lebih bertenaga sepanjang hari? 

Makanan Apa yang Perlu Diambil dan Dielak Sepanjang Ramadan

Sarapan yang ringan, sihat dan mengenyangkan merupakan pilihan yang baik. Sebelum matahari terbit, korang boleh memakan produk tenusu serta sayur-sayuran segar seperti keju, telur, tomato dan timun. Di samping itu, korang juga boleh menikmati hidangan sup, sayur-sayuran yang dimasak dengan minyak zaitun, serta buah-buahan.

Kombinasi makanan ini dapat memenuhi keperluan tenaga, vitamin dan protein harian kita. Selain buah-buahan, korang juga harus mengambil makanan seperti pasta dan roti gandum atau kurma, buah ara, bijian penuh dan kekacang yang kaya dengan karbohidrat dan serat demi kesihatan sistem penghadaman kita.

Makanan Apa yang Perlu Diambil dan Dielak Sepanjang Ramadan

Buah kering, kacang walnut dan badam juga merupakan sumber makanan pelengkap yang baik. Korang akan berasa lebih kenyang untuk tempoh yang panjang melalui pengambilan sumber makanan ini. Khasiat pemakanan yang sihat bukan sahaja bergantung kepada aneka juadah makanan kita, malah kuantiti juga memainkan peranan yang penting. Pengambilan makanan dalam kuantiti yang kecil serta tabiat pemakanan yang bijak haruslah diamalkan.

Kekal Sihat dan Terhidrat Sepanjang Ramadan.

Ketika berpuasa, kita harus mengelakkan aktiviti-aktiviti yang boleh menyahhidratkan badan kita, khususnya di bawah cuaca terik. Jika korang bekerja dalam kondisi cuaca yang panas, atau korang merupakan seorang atlet profesional yang ingin berpuasa, maka korang disarankan untuk mengambil suplemen bagi mewujudkan diet seimbang lagi sihat yang dapat menyokong aktiviti harian korang.

Jika korang bersenam secara berkala, maka korang perlu memenuhi keperluan tenaga, protein dan air ketika waktu makan. Selain itu, kita disyorkan untuk memendakkan durasi senaman anda sebanyak 30 peratus ketika berpuasa.

Makanan Apa yang Perlu Diambil dan Dielak Sepanjang Ramadan

Berbuka puasa dengan makanan yang mudah untuk dihadam adalah alternatif yang baik. Kebanyakan kita cenderung untuk membuka puasa dengan memakan secara berlebihan dalam tempoh yang singkat. Tetapi korang dinasihatkan untuk membuka puasa dengan juadah yang ringan seperti sup, disusuli dengan air atau jus buah-buahan segar, agar kita dapat menghidratkan semula tubuh kita, lalu menikmati  juadah utama yang lebih berat selepas 10 atau 15 minit. Ia dapat mengelakkan pengambilan makanan secara berlebihan dengan membuat anda berasa kenyang, lantas membantu proses penghadaman tubuh kita.

Bagi juadah utama, hidangan daging atau ayam yang dipanggang, direbus mahupun yang dikukus berserta dengan sayur-sayuran merupakan pilihan yang baik. Dengan mengunyah makanan secara perlahan-lahan serta mengamalkan aktiviti berjalan selepas satu atau dua jam setelah berbuka puasa, korang dapat membantu sistem penghadaman dan kardiovaskular korang untuk berfungsi dengan lebih baik. 

Ramadan merupakan bulan yang mulia dan kita boleh menjalani ibadah puasa dengan sihat dan bertenaga melalui pelbagai pilihan yang sedia untuk diamalkan.


P/S: Kalau dah time buka, dah lapar, bedal aje ek semua hahahaha.. adoiiii ...

إرسال تعليق

3تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Time berbuka tiada pantang
    Apa ada depan mata semua sapu

    ردحذف
  2. Setakat ni belum filter betul-betul makanan dalam bulan posa ni. Berbuka pun satu dua lauk je. Huhu

    ردحذف
  3. Kita time buka tu makan sikit jer boleh masuk, tapi lepas pukul 10, macam2 sumbat dgn lajunya

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!