MENTERI BESAR JOHOR RASMI UJIAN PERINTIS BAS RAPID TRANSIT ISKANDAR MALAYSIA (IMBRT)

Sis Lin
5
MENTERI BESAR JOHOR RASMI UJIAN PERINTIS BAS RAPID TRANSIT ISKANDAR MALAYSIA (IMBRT) | Kalau korang ada terbaca sebelum ni Sis ada war-war dan kongsi akan berita ini sebelum ni, haaa ini lah dia Kenderaan ART tu.  Kenderaan ART ini ibarat "gabungan" antara bas, tren & tram. Ia mempunyai sensor yang boleh membaca trek di jalan raya, lalu membolehkannya untuk mengemudi laluannya sendiri secara automatik.

Ia juga mampu bergerak sehingga 70 km/j dan membawa lebih 300 penumpang dgn 3 gerabak. Dan HARI INI 8 April 2021, Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad merasmikan perlaksanaan sistem Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT) yang memulakan projek rintisnya di sini, hari ini.

Sistem itu memulakan projek rintis bagi menguji keupayaan bas berkapasiti tinggi serta menggunakan teknologi hijau seiring dengan pemodenan sistem pengangkutan awam di negeri itu.

Menteri Besar Johor Rasmi Ujian Perintis Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT)

Menteri Besar Johor Rasmi Ujian Perintis Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT)

Mengenai Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT)

IMBRT merupakan inisiatif strategik kebangsaan untuk membangunkan sistem transit bas yang dipercayai dan mudah digunakan bagi menambahbaik kebolehcapaian dan meningkatkan kualiti kehidupan komuniti di Iskandar Malaysia. Ia merupakan pelaksanaan komprehensif peringkat negeri pertama bagi projek sistem IMBRT dalam negara dan bakal berfungsi sebagai tulang belakang kepada infrastruktur pengangkutan awam di Iskandar Malaysia.

Sistem transit yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) ini akan menyediakan perkhidmatan bas dengan liputan rangkaian dan jangkauan yang lebih luas melalui laluan penghantar, terus dan utama, serta saling berhubung dengan perkhidmatan transit yang lain.

Menteri Besar Johor Rasmi Ujian Perintis Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT)

Menteri Besar Johor Rasmi Ujian Perintis Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT)

Ketibaan Menteri Besar Johor disambut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohd Solihan Badri serta Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim.

Datuk Ir. Hasni menyempurnakan gimik perasmian pelancaran projek ujian rintis sebelum meluangkan masa meninjau model berskala Stesen IMBRT dan melawat tiga jenis bas untuk laluan perantara, terus dan utama sistem IMBRT daripada sembilan bas berteknologi hijau lain yang akan diuji.

Beliau kemudiannya turut serta menaiki bas berkapisiti tinggi yang melalui Persiaran Puteri Selatan, Jalan Laksamana 1, Jalan Laksamana 2 dan Persiaran Dato’ Seri Amar sebelum berpatah balik ke lokasi permulaan.

Menteri Besar Johor Rasmi Ujian Perintis Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT)

Menteri Besar Johor Rasmi Ujian Perintis Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT)

Ujian rintis tersebut akan berjalan selama tiga bulan menggunakan bas berteknologi hijau berasaskan elektrik dan biodiesel daripada sembilan buah syarikat pengeluar bas tempatan dan antarabangsa. 

IRDA serta agensi-agensi berkaitan akan turut menjalankan membuat penilaian, mengumpul maklum balas mengenai keberkesanan dan keselamatan bas serta mendapatkan kelulusan penggunaan sebenarnya kelak.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata projek IMBRT penting bagi meningkatkan tahap mobiliti rakyat negeri itu.

“Perkhidmatannya akan memastikan sistem pengangkutan awam yang efisien, mudah dan mesra alam, meliputi kawasan yang luas. Saya yakin ianya akan menjadi pemangkin pembangunan, tidak hanya bagi kawasan Iskandar Malaysia, tetapi bagi keseluruhan negeri Johor,” katanya lagi.

Menteri Besar Johor Rasmi Ujian Perintis Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT)

Menteri Besar Johor Rasmi Ujian Perintis Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT)

Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim pula menegaskan infrastruktur pengangkutan awam yang efisien dan bersepadu penting bagi menarik pelaburan asing dan domestik, sekaligus meningkatkan daya tarikan ke koridor pembangunan itu.

“Projek IMBRT ini dijangka akan membuka sehingga 35,000 peluang pekerjaan dan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Johor,” tambahnya lagi.

Projek tersebut telah mengenal pasti laluan perantara, terus dan utama yang akan menghubungkan kawasan seluas 2,043 kilometer atau kira-kira 90 peratus daripada kawasan berpenduduk di Iskandar Malaysia.

Apabila dilaksanakan sepenuhnya, IMBRT mampu menghubungkan 55 laluan perantara dan 44 laluan terus dengan laluan utama merangkumi 33 stesen.

Menteri Besar Johor Rasmi Ujian Perintis Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT)

Eh eh ko tengoklah kawan media Sis ni, tak ke ko rasa macam naik train Subway kat Korea aje ekk.. dah fefeeling macam di Korea aje gayanya ekk.. hehehehe.. 

Agak-agak one day sampai tak ke Pasir Gudang? Senangnyaa laa kan, tak payah drive kereta kalau nak pi event.. hurmmmm harap adalah nanti.. 

Maklumat lanjut tentang projek boleh didapati menerusi saluran media sosial rasmi Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT).


P/S: Allah nak uji kuat atau tidak seorang insan tu, hanya dengan SAKIT.. Allahuakbar... 

Post a Comment

5Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!