MINGGU PERTAMA APRIL YANG SANGAT SIBUK BUAT AKU | Ya Allah rindunya nak menulis dan mengadap laptop ni haaa, rasa macam dah lama sangat Sis tinggalkan laptop dan menulis di sini. Betul, minggu pertama April ni Sis boleh di katakan sangat sibuk dengan urusan keluarga aje. Alhamdulilah sangat membahagiakan buat Sis.
Bermula dari 29 Mac lagi, Sis dah mula sibuk. Mana dengan pergi event Media Review Ramadhan sana sininya, dengan melayan adik-adik dan anak saudara datang ke rumah, kemudian sambut birthday anak, then buat majlis Yassinan arwah bersama family, kemudian dengan birthdaynya Mia, tiba hujung minggu, melayan Suami, phewww memang sangat-sangat sibuk Sis, sampaikan ada 2 event Media tu terpaksa Sis cancel last minit sebab nak penuhi masa dengan family.
Orang kata 'Family First', ternyata tidak sia-sia. Masa tu Sis penuhi sebaiknya, dan ganjarannya, jiwa lebih tenang, happy dan mengukir kenangan manis bila dapat berkumpul bersama dengan family dan Sis juga dapat memasak menu-menu kegemaran adik-adik dan anak saudara, syukur alhamdulilah.
Kebetulan kan, cuti penggal pertama sekolah, dan juga dalam masa terdekat kita akan sambut Ramadhan, tu yang Sis dan adik-adik sepakat semua berkumpul dan buat majlis Yasinan kecil aje bersama family. Yang ada pun, Sis jemput Geng Bas Sekolah Sis aje.
Then bila adik-adik semua dah balik, sambung pulak sibuk dengan mengemas rumah, memang tak sempat nak duduk mengadap blog. Nak blogwalking pun memang tak dan... Sedangkan nak buat posting pun curi-curi masa. Nak buat autoupdate nak draft pun takde masa. Serius, sangat-sangat sibuk Sis minggu pertama ni.
Lepas tu, sambung pulak hujung minggu semalam. Suami tidak bekerja. Petang Sabtu kami keluar makan sebab nak 'mengantikan' makan sempena harijadi anak Sis,Yana tu.. sebab Ayahnya belum ada belanja makan untuk harijadi anaknya tu. So dari petang membawa ke malam.
Dan semalam hari Ahad, dari pagi membawa ke hampir Maghrib, Sis dan Suami keluar berdating, ke sana ke sini, misi mencari 'baju raya' , dan akhirnya alhamdulilah. Selesai sudah pencarian untuk baju raya Sis, Suami dan anak bujang hahahaha.. awal tak awal ek? hehehehe..
Tapi nasib baik jugalah dah siap semua. Sedangkan semalam belum lagi Ramadhan, tapi sana sini dah penuh orang menjual dan membeli baju raya. Nanti bila dah puasa, lagi ada Bazar Raya, entah macam mana laaa gayanya sesak... hurmm memang tidak lerr Sis nak pi oii.. tu yang Suami ajak survey dan mencari, tak sangka ada pulak yang Suami berkenan dan terus aje belinya..
Penatkan membacanya hahahaha.. gitulah sibuknya Sis sepanjang minggu pertama April ni. Dan pagi ni barulah dapat duduk ngadap laptop dan update ni haa.. ada banyak tu posting nak Sis update. Maaflah jika lambat updatenya yaa.. kepentingan keluarga lebih utama.. tapi Sis tetap akan update, dun wuri, janji siap.. amanah orangkan..
So okaylah, kejap lagi nak mula menaip buat posting dan draft.. nanti siap Sis autopost semua, korang baca laa sampai muntah ijo hahahaha..
Apa-apa pun, syukurlah dengan perancangan Allah kepada kami sekeluarga.. Bahagia seadaanya..Terima kasih Suami belikan 'hadiah' perkahwinan kita ❤
P/S: Harini sambung lagi event Media Review Ramadhan... di mana? Tungguu...
wah sakan baju raya dia dah siap beli ye....
ReplyDeleteako tahun ni rasa nya sama je kot camn thn lps...
tmbh2 rasa nya abin dapat blk raya lps 2 minggu kita raya...so xde la nk excited sgt...
cuma baju aqeem n qayyum je la omak eh dah sesiap tempah awal2 lagi...
Yee Retna dah siap semua dah aku, Suami dan Amat..
DeleteYang pompuan beli je sendiri hahahaha
betul2 sibuk... dengan macam2 urusan sekolah anak2.
ReplyDeleteSangat sibuk bulan APril ni haaa, sampai badan sakit dah ni teguran dari Allah...
DeleteAkak pun takde rehat ni, terus menerus aktivitinya
ReplyDeleteKan Kak, jaga kesihatan ye Kak...
Deletehahaha saya busy jugak, busy tidur 🤪🤪🤪
ReplyDeleteBest juga busy ko tu, hahahaha memang busy sungguh tu kekekeke
Deletesesak nafas jugak baca kebizian sis lin hehehe
ReplyDeleteYaa begitulah,s ampai ke harini ni masih biziii.. sampai sakit di buatnya ni././
Deletesebuk betul sis ... but always take care juga and rest ya
ReplyDeleteTu laa Atie, now dah dapat teguran dari Allah, sedang sakit ni huhuhu
Delete