PENGINAPAN 2 HARI 1 MALAM DI THE WESTIN DESARU COAST RESORT SATU KEPUASAN BUAT DIRI AKU | And yes, akhirnya apa yang dalam 'wishlist' Sis, menjadi kenyataan!!! Memang benar seperti tajuk dia atas, bermalam di The Westin Desaru Coast Resort ni beri satu kepuasan sepenuhnya buat diri Sis. Ikutkan bukan satu kepuasan, tapi sepuluh kepuasan, merangkumi segala aspek dan sudut..alamakk over pulak ekk hahaha..
Desaru Coast Resort ni tempatnya memang sangat cantik viewnya..pertama kali sampai di sini, Biasanya Sis tengok aje orang pi bercuti di sini, dan selalunya Sis hanya melihat aje gambar-gambar mereka kongsikan di laman sosial, tapi tak sangka, akhirnya diri sendiri dapat juga menikmati penginapan di salah satu resort di Desaru Coast ini dan merasai sendiri suasana dan layanan yang begitu terbaik mereka sediakan.. 5 bintang ko, dah macam retis-retis pulak bila menginap di sini, tapi boleh di katakan 'jakun' pun ya.. tapi 'ada aku kesah'..
Desaru Coast ni ada 4 buah resort/hotel, 1 Club Golf dan sebuah waterpark yang berdekatan sesama mereka. Antaranya The Westin Desaru Coast Resort, Anantara Desaru Coast Resort & Villas, Hard Rock Hotel Desaru Coast, The Els Club Desaru Coast dan juga Desaru Coast Adventure Waterpark.
Dan antara 4 resort/hotel Desaru Coast tu, Sis berpeluang untuk bermalam di The Westin Desaru Coast Resort mereka. Bagaikan mimpi tapi ianya realiti, alhamdulilah..
Tengok laa tu, betapa cantik sekali view bilik dia kan? Siap ada balcony luar tepi sana tu. Masa mula melangkah masuk ke dalam bilik Sis yang di tingkat 5 ni, perasaan teruja terharu tu datang sukar nak di gambarkan dengan kata-kata, mampu tersenyum lebar dan merakamkan dengan kamera segala sudut dan view untuk di jadikan kenangan buat diri Sis.
Dalam hati juga berkata, 'Kalaulah datang bersama family ni, mesti anak-anak pun gembira', tapi takpe, next time, ada rezeki kita check-in lagi di sini.. ini kali Mak 'Me Time' dulu..
Proses check-in pun mudah, Sis sampai semuanya dah di uruskan oleh pihak Desaru Coast. So sampai je terus masuk bilik dan buka pintu di sambut dengan welcome fruit platter di atas meja. So sweet ..
Bilik yang Sis inap ni Premier Room Guest room memang sangat selesa. Ikutkan biliknya memang memuatkan 2 orang, tapi sebab Sis datang seorang, so 'memang itu katil, ana yang punya laa' hahahaha.. Katil Kingnya yang besar dan tilamnya yang di katakan 'Westin Heavenly Bed with its plush mattress' tu, dia punya empuk memang lain macam oii, mantul balik kalau ko duduk atas katilnya, dah macam tilam air.. tu yang bikin tidur Sis hampir terlajak Sahur hahaha..
Penginapan 2D1N untuk Premier Room Guest room ni, dia ada 1 King bed & Partial sea view Balcony. Dan pakej penginapan ni termasuk sarapan atau Sahur utuk dua orang. Nanti masa check-in, mereka akan tanyalah dengan korang nak di hantar jam berapa dan akan di tanya menunya sekali. Sis amik bersahur dalam bilik aje. Jam 4.30am mereka dah hantar ke bilik.
Dan palinglah bestnya tu, tandasnya ada bathtub.. korang nampakkan dalam gambar tu, tandasnya pun boleh korang bukak katup tingkapnya melalui blinding auto mereka dari dalam tandas. Kalau ko suka nak tayang-tayang, bior je la terbuka, kalau jenis nak privacy, haa tutup je laaa hahaha.. Kelengkapan mandian semua lengkap, dan kali ni semua peralatan mandi dia Sis guna hahahaha..
Baik syampoo dia, mandian dia, lotion dia semua habis Sis ko bedal.. wangi sangat, gerammmm.. Tuala mandian pun siap semua complete termasuk bathrub dia.. so kalau korang datang sini bawa je kain baju, lelain tak payah, kecuali barang makeup dan skincare ko je laa.. puashati ko.. benda dah ada kan, kita guna je laa..
Untuk kemudahan lain seperti minuman panas dan sejuk pun ada. Siap semua kopi, teh, cawan, termos, jug elektrik pun ada semua. Dan yang bestnya ada mini peti ais. Dalam tu siap ada welcome drink dan chocolate sedap dalamnya.. nasib baik puasa time tu, kalau tidak... habis sekali sedut air tembikai dan juga jus oren.. hehehehe..
Oh, ya.. seterika dan papan pengosok baju juga, termasuk peti besi, hair dryer, penyangkut baju, sliper dan juga bag laundry, semua siap lengkap, dun wuri.. apa je yang takde? Kalau takde, ko minta hahahaha.. tapi yang korang nampak dalam gambar tu, haaa semua memang tersedia ada.
Memang kalau nak tepek semua gambar kat sini, memang tak habis le korang nak scroll kang ek hahahaha.. banyak sangat gambar yang ada, tapi Sis up hanya yang keseluruhan bilik aje.. kalau korang nak tengok lebih banyak lagi gambar, boleh ke Facebook Pages AKU SIS LIN aje tu yaa..
Specialnya dia sini, pihak Desaru Coast mengutamakan keselesaan dan 'sleep well' korang hehehe.. siap ada bagi minyak Lavender aromatheraphy lagi ko.. Malam tu lepas balik dari berbuka puasa di Anantara Desaru Coast & Villas bersama Puan Roslina Managing Director & Chief Executive Officer Desaru Coast, Sis sapu minyak tu di leher, tangan, dan juga hidu-hidu di hidung sebelum tidur.. ehhh tau-taunya dah lelap, nasib baik kunci jam oii hahahaha..kalau tak mau orang ketuk pintu hantar menu Sahur tak sedar hahahaha..
Sementara tunggu waktu berbuka puasa, Sis meronda gak le sekitar The Westin Desaru Coast Resort ni dengan Sunah. Sementara masih bertenaga di siang hari, maklumlah puasa kan hahahaha.. so kitaorang lihat-lihatlah di area swimming pool mereka. Wowwww nicenyaa ko view dia, cantikk sangat.. tu yang Sis kata, ala-ala persisiran Maldives gitu.. eh ye ke? Padahal belum pernah sampai Maldives hahahaha..
Sesejuk mata memandang, haa begitulah yang dapat Sis gambarkan.. Kalau korang berpuasa nak berbuka di restoran mereka, pun boleh.. restorannya betul-betul restorannya depan swimming pool ni.. tapi Sis tak berkesempatan nak nikmatinya di sini, sebab ada undangan berbuka puasa di Anantara Desaru Coast & Villas pada malam tu.
Balik dari berbuka, tidur nyenyak tak sedar diri dek gara-gara kekenyangan hahahaha.. adeiii.. nasib baik jam 4.30am tu Sis kunci jam dan terdengar sayup-sayup orang tekan loceng bilik dan ketuk pintu.. ooo menu Sahur sudah sampai..
Nampak waiter dia bawak dulang makanan tu, Sis terbeliak mata jap, haperrr mangkuk tingkat? Arghh sudah, mestilah penuh makanan dalam tu kan? Hahahaha.. Memang tepat sangkaan Sis, 4 tingkat mangkuk tingkat tu penuh dengan menu-menu bersahur. Nak sebut pun dah lupa, yang pasti Chicken Ginger dia sedap.. Siap dengan Coffee, Jus Oren, Buah dan juga Manisan ko.. blurppp pepagi makan banyak hahahaha..
Pastu sambung tidur lagi.. ZZZZZZZZ...
Memang ini kali penginapan Sis banyak tidur hahaha.. memang menikmati betul keempukan tilamnya yang heavenly tu haaa.. manyak syokk ko.. kena pulak masa pagi esoknya tu hujan.. time tengah malam tu Sis dah dengar dah macam angin kuat sangat sampai pintu sliding bergegar ko.. rupanya memang hujan lebat.. patutlah lena betul tidurnya hahahaha..
Esoknya kitaorang Check-Out 2jam.. tu yang sempat lagi sambung tidur lagi hahahaha kan dah kata layan habis menginap di sini oii.. Servis mereka pun tip-top.. untuk parking pun tak semahal mana, hanya RM5 sahaja untuk satu malam. Guna Touch'N'Go atau Debit Card korang aje.. nanti nak balik validate di kaunter..
Overall memang selesa giler! 5 bintang ook!
Korang nk tengok more about bilik ni, dan juga harga, boleh klik --> Desaru Coast Resort
Sebab harga dia berbeza-beza dengan waktu hari pembelian korang. Tapi harga sekitar melebihi dari RM500 ke atas untuk satu malam..
Tapi ....
Kalau korang taknak bermalam di sini, korang boleh tempah tawaran percutian all-day pass mereka sahaja! Korang hanya perlu bayar RM350 dan korang akan dapat pulangan kredit semula sebanyak 100% untuk korang berbelanja di restoran makan atau spa mereka sepanjang korang berada di resort!
Tawaran all-day pass hanya untuk penggunaan sehari dari jam 10am-7pm secara percuma! Tawaran ini sah sehingga 30 April 2021! Korang boleh hubungi +607 838 3333 atau menghantar e-mel tempahan.westindesaru@westin.com untuk tempahan & pertanyaan lanjut.
*Terma & Syarat..
Haa apalagi.. sila buat tempahan segera..
Lagi banyak gambar, sila ke Facebook Pages AKU SIS LIN
P/S: Next, kita makan buffet pulak guna pasport sajian Desaru Coast..Terima kasih Desaru Coast ❤
Ruginya bercuti seorang.. patut request nak bawa family, kikiki
ردحذفboleh bawak, tapi takde sape available..huhu
حذفpremier king partial sea view kan bilik ni sis...sebab separuh laut..haha!
ردحذفspacious betul bilik kat westin ni. aduiii cepat la boleh rentas negeri. nak jjcm johor lama tak pi
ردحذفmemang best la stayction siap dapat pakej berbuka dan sahur...kalau SA ni....alangkah indahnya dunia....
ردحذفLawanya tempat ni, sis punya photography skill pun lawa <3 Sure enjoy kan staycation ni
ردحذفAduhhh tgok gambar2 ni rindu pulak nak berholiday. Dah lama terperap je kat rumah. Nanti nak ajak family bercuti kat sini lah
ردحذفMak aihhh...baca aje pun dah teruja
ردحذفSis nanti dah boleh rentas negeri bawa kita ker sini ok awas bercuti kat hotel tak ajak hehehe bestnya rindu nak bau hotel tidur katil empuk dan juga pemandangan cantik waaaaa....
ردحذفSeronoknyaaaaa. Akak dah bleh jadi tour guide untuk saya. Nak mai Johor tak sabar dah ni. Luas bilik hotel di sana. I like!
ردحذفTenang terus otak kalau dapat bilik mengadap pemandangan yang luas dan cantik macamni. Tak keluar bilik langsung pun takper. paling syok boleh makan tido makan tido layan sunset depan balkoni jer...ehh tunggulah kang dah boleh rentas negeri. Pasti akan kesini.
ردحذفBahagianya hidup bak Sis Lin nie. Dapat release tension dan enjoy life di hotels gitu.Paling best - ada tub! Seksi betul blikir itew!
ردحذفKerlasss ko jahhh.. tapi mmg best kalau dapat lepak2 kat sini.. mmg getaway sungguh
ردحذفmemang cantik biliknya.. nampak mewah.. pasti seronok kalau dapat bawa family stay sini.. mangkuk tingkat tu nampak unik..
ردحذفBanyak hotel menarik dekat Johor. Bilo la dapat rentas negeri ni..hehehe..Best semua lengkap ada..view pun cantik
ردحذفpernah datang sini , tapi jalan2 je. memang cantik2 belaka! kalau dapat rentas negeri lagi bolehlah singgah sini dan bermalam.
ردحذفBest juga ye hotel The Westin Desaru ni.. Luas2 biliknya.. Dpt rentas negeri ni terus nak ambik cuti laaaa....
ردحذفMampu tengok je dari jauh. Haha. Bila lah nak dapat rentas negeri. Boleh lah ke sini nanti. Nampak best dan selesa utk sekeluarga
ردحذفIt's a nice room, it looks luxurious.. would be happy to bring a family to stay here. Do you need more ideas for any business, my web will be helpful for you, if you have a better idea.
ردحذفHello! the room was great. If you are looking for a long way with your lover, she loves romance, here, you can refer to these romantic sayings to be able to apply.
ردحذفMasa pg desaru tahun lepas penah lalu sini. Dri luar mmg dh nmpk cantik. Boleh suggest kt family nk kesini. Mmg nmpk menarik
ردحذف