SALAM NUZUL AL-QURAN 1442H/2021M | 17 Ramadan merupakan antara tarikh penting dalam kalendar Islam kerana kita meraikan peristiwa Nuzul al-Quran. Di Malaysia, setiap 17 Ramadan kita akan meraikan sambutan ini dengan pelbagai acara seperti ceramah, forum perdana, takzirah dan sebagainya. Walaupun negara masih lagi dilanda wabak pandemik Covid-19, kita mendoakan agar wabak ini akan segera berakhir.
Al-Quran adalah sumber ilmu, hidayah dan panduan untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini. Tanda kita mencintai al-Quran adalah dengan sentiasa membaca, mengamalkan dan menyebarkan kandungan Al-Quran untuk manfaat seluruh alam.
Ya Allah sinari hati kami dengan membaca al Quran. Hiasi akhlak kami dengan kemuliaan al-Quran. Baguskanlah amalan kami dengan berzikir serta bertadarus al-Quran. Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kemuliaan al-Quran. Masukkanlah kami ke dalam syurga Mu dengan syafaat al-Quran.
“Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.” (Surah al-Isra, ayat 9)
Burung bayan hinggap didahan,
Mencari makan hingga ke malam;
17 Ramadhan diturunkan al-Qur’an,
Sebagai petunjuk sekalian alam.
Rama-rama hinggap di badan,
Terbang sebentar mencari makan;
al-Quran bukan sekadar bacaan,
Ia menjadi petunjuk jalan.
salam nuzul quran., ;p
ReplyDeletesalam nuzul quran :)
ReplyDeleteSalam 17 Ramadhan sis lin dan keluarga :)
ReplyDelete