SEKEJAP DAH BULAN APRIL KAN !! | Diam tak diam dah masuk 1 April semalam. Dan hanya tinggal beberapa hari saje lagi kita akan sambut Ramadhan.. Waaa excitednya laaa nak puasa. Dan yang tak sabarnya, Sis nak 'berehat' sebentar sepanjang Ramadhan. Selain pada ibadah, Sis nak fokus pada update blog yang hanya berkongsi kisah ceritera Sis sahaja.
Event ke, program ke, review ke, Sis nak 'stop' sekejap. Just nak kembali 'normal' macam dulu-dulu waktu update blog. Nak update sesuka hati dan nak jadikan blog Sis ni sepanjang puasa adalah tempat Sis kongsi cerita ceriti Sis aja. Bukan meyombong, tapi nak kasi ruang untuk diri sendiri berkarya. Letih kekadang nak update cite 'review' manjang aje tau huhuhu.
Itu pun Sis dah selang selikan juga dengan kisah-kisah lain, kalau tidak, ada kang blog Sis ni dah macam 'katalog Buffet Ramadhan', bak kata kawan Sis hahahaha.. So nanti dah Ramadhan, bolehlah stop kejap. Tunggu lepas dah habis raya ke, atau tengok keadaan macam mana, baru Sis ON balik menulis review dan hadir event sana sini..Buat masa ni nak BEREHAT.
Takpe, rezeki ada je kan, kalau dah kata itu rezeki kita, akan tibalah, jika takde, tu memang bukan rezeki kita. Satu yang Sis tekankan sepanjang menjadi blogger ni, 'If They Like You, They Will Find You'..
So korang, apa perancangan korang pulak sepanjang Ramadhan nanti?..
Dan semalam 1 April adalah harijadinya anak saudara kesayangan Sis, Mia. Ramai kalangan kengkawan Sis kenal akan Mia ni, sebab dari kecil sampai ke besar 7tahun ni, Sis memang banyak berkongsi cerita kami berdua di blog, mahupun di FB dan juga IG Sis, so ramai laa kengkawan Ayyom dia kenal Mia ni hehehehe..
Dan sebab dah masuk cuti penggal, so adik-adik Sis semua berkampunglah di rumah Sis beramai-ramai dari hari Isnin malam lagi. Memang meriahlah kannn kalau dah semua ada, dari rumah sunyi jadi ribut, petir je takde hahahaha.. kalau ada pun suara Ayyom laaa hahahaha..
Last minit plan juga, kami pakat adik-beradik nak buat Yassin Doa Selamat untuk arwah-arwah yang telah meninggal dunia termasuk arwah Emak dan arwah Abah Sis. Alhamdulilah Allah permudahkan semuanya. Takde jemput siapa pun, hanya Geng Bas Sekolah Sis aje. Tu pun 3 ketul je yang datang hahahaha..
Sambutan harijadi Mia pun sederhana aje, yang meriahnya Kek Birthday dia tu hahahaha.. Request dari Mia, nak kek Pony atau Unicorn. Dia memang suka laaa kalau dah dapat apa yang dia nak tu. Tetamu pun hanya kami adik-beradik dan anak saudara. Tu pun dah cukup meriah hahaha..
Sis pun takde masak apa pun, masa birthday tu hanya makan kek dan kuih-muih baki dari Doa Selamat malam semalamnya aje. Memasing kekenyangan lagi sebab pagi tu Sis dah gorengkan Nasi Goreng. Alhamdulilah licin semua..
So memang takde masak apa. Bila dah petang sikit, barulah memasing sibuk nak cari makan, Sis pulak dah 'malas' nak kecah dapur, so suruh aje adik-adik order hahahaha.. Mereka order KFC dan juga Sis orderkan Yong Taufu. Haaa makan laa sampai licin.. memang betul licin kekekekeke...
Banyak juga hadiah Mia dapat dari Mak Sedaranya semua. Sis pun hantar surprise gak kat Mia, belikan bouquet Cokelat tu dan juga selimut patung selimut Unicorn tu haaa, kemain excited suka dia hahahaha.. Runner tu amik video pun sampai tergelak tengok dia excited masa terima hahahaha..
Dan terima kasih juga buat Retna, susah-susah juga hantar surprise bouquet cokelat dan gulungan duit buat Mia.. orang pertama yang hantar surprise buat Mia hahahaha.. terkejut Mia sekali dengan Ayyom dia juga, kekekeke.. Makaseh Kak Retna..
Malam menjelang, katanya adik Sis, Papa Mia nak hantar hadiah juga pada Mia. Yaa Papa Mia ni kerja di Singapura, dah setahun tak balik Malaysia, so memang tak dapat bersama sambut birthday Mia.. so memasing semua menunggu surprise dari Papa Mia..
Sekali sampai, wowwww seekor kucing British Short Hair (BSH) ko... ikutkan dua ekor, tapi sekor tu ada terluka sikit, so hantar sekor dulu.. ini lagi buat Mia excited hahahahaha.. adeii Mia Mia..
Apa-apa pun alhamdulilah syukur, kegembiraan mereka, kegembiraan buat Sis juga. Bahagia mereka, bahagialah Sis juga.. Haaa Mia tunggu hadiah dari PakLong (Suami Sis) pulak yaa.. jeng jeng jeng...
Itu laaa SIBUKnya Sis dalam 3 harini, sampai terpaksa last minit cancel event Media Buffet Ramadhan Review.. nasiblah PR memahami, yang penting 'Family First'.. betulkan?..
Okaylah.. sambung balik sibuk di dapur ni, nak bakar roti dan buat Spageti Bolognese.. Nanti sambung lagi, ada juga task komen dan blog posting belum lagi Sis siapkan ni, nak layan adik-adik dan anak-anak saudara dulu..
OkBai..
#StaySafe ..
P/S: Sayu hati bila berkumpul beramai-ramai gini... kalaulah arwah Emak dan Abah ada... :((
Bestnyaaaa dia dapat tucen tu ha.....Happy birthday Mia...dah besar panjang and dah cantik sanagt2 dah ni.....
ReplyDeleteKannn, makaseh SA.. kejap dah besar dah Mia..
DeleteWaaaaa byknya dia dpt hadiah!! Hepi besday mia..
ReplyDeleteTau takpe.. btw thanks to you too Ret...
DeleteAlhamdulillah. Geram je kucing tu. Setuju Sis, family dulu.
ReplyDeleteHehehehe kucing BSH sapa je tak geramnya kan PC ...
DeleteComel kucing. Happy birthday
ReplyDeleteThanks Rabiatul.. :)
Deleteomg cantiknya kek mia!! selalunya org nak frozen but this is different :) happy birthday mia :)
ReplyDeleteTau takpe, puashati dia dapat kek Pony tu hahahaha...
Delete