WORDLESS WEDNESDAY - TEPUNG PELITA | Ishh dah dua hari teringat-ingat, terbayang-bayang, termimpi-mimpi dek Tepung Pelita ni.. rasa teringin tu macam kemaruk sangat.. So ingat nanti dah habis kebizian ni nak buat juga sendiri, buat bebanyak kasi puashati.. makanya harini nak tepek siang-siang dulu resepi Tepung Pelita ni, nanti Sis nak buat senang.
Kuih Tepung Pelita Asli
Oleh: Azie Kitchen
Lapisan Hijau:
½ cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan
Cara caranya:
- Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
- Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh.
- Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya.
Lapisan Santan:
½ cawan tepung beras
2 ½ cawan santan
Secubit garam
Cara caranya;
- Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap.
- Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit.
Nota;
Boleh juga jika mahu terus tuang lapisan santan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.
P/S: Tengok gambar je dah terliur oii adoii...
Baru beli semlm tapi ako x makan.
ReplyDeleteBeli untuk adik je hahaha...