1 MEI HARI PEKERJA, KUCING AKU BERANAK!

Sis Lin
9
1 MEI HARI PEKERJA, KUCING AKU BERANAK! | Punyalah sibuk ek semalam, sampai satu posting pun tak nyempat nak buat dan mood nak ngadap laptop pun ke-laut weiii.. entah ler, memang ada masanya, kalau datang mood tu takde nak menaip, haaa gitu laa, satu posting pun takde.. banyak nau dah tertinggal perkongsian Sis untuk korang di hari-hari Ramadan Sis.. 

Tapi takpelah, akan Sis cuba kongsikan apa yang sempat aje la kan.. Lagipun dah mula juga sibuk dengan persiapan raya dan juga mengejar amalan di malam-malam terakhir sepuluh ramadan ni, rugi jika amik peluang kan, tak buat semua, buat mana yang ingat dan termampu, jadilah kan.. 

Dan semalam semua orang cuti sempena Hari Pekerja atau Hari Buruh di semua negara. Suami pun tak kerja juga semalam. Kebetulan juga Sunah dah dua malam bermalam di rumah Sis, sebab sebelum tu kami ada pergi event sesama. Lagipun tengah cuti ni kan, Sis ajak aje tidur rumah Sis. Pagi ni tadi barulah Sunah balik. 

1 Mei Hari Pekerja, Kucing Aku Beranak!

1 Mei Hari Pekerja, Kucing Aku Beranak!

Bagaikan satu hikmah atau secara kebetulan juga tau, dengan kedatangan Sunah, tetiba semalam, kucing Sis si Panjang tu, beranak pulak... dan Sunah laa yang menjadi 'bidan terjun' nya hahahaha.. memang Panjang menunggu je nak beranak, Sis memang dah risau dah, macam mana laa kalau Panjang ni beranak, takut kang beranak bersepah memana, aje gilerr Sis nak menguruskannya nanti.. 

Mula Sunah tengok Panjang, Sunah dah bagitau, sediakan kotak untuk Panjang, dan suruh bercakap dengan Panjang dan bagitau berulang-ulang nanti beranak dalam tu, Sis pun ikutlah arahan bidan Sunah.. dan petang Jumaat tu, dah nampak dah 'tanda' yang Panjang akan beranak dalam waktu terdekat. Sunah duk usap-usap laa perut si Panjang. Sis ko dah rasa menggigil oii, takuttt..

Esoknya Sabtu, bangun pagi, Sunah dah bangun dan duduk bersama Panjang di kotak sambil mengusap perut, tapi si Panjang tak juga bersalin. Gigihlah kami berdua fikir macam macam mana nak beri keselesaan nak bagi si Panjang ni beranak cepat.

Akhirnya Sis keluarkan kandang kecil, alaskan dengan tuala semua, masukkan si Panjang dalam kandang tu. Bukan tak boleh beranak dalam kotak tu, tapi asyiklah kena kacau dengan si Kenit.. adoiii.. Kenit dah mula rasa cemburu dan mula rasa tergugat, sebab tu dia mengusik aje si Panjang tu nak beranak.. 

Dah masuk kandang pun tak beranak juga, kata Sunah maybe keadaan terang... biasa kucing ni nak bersalin, lebih suka keadaan gelap dan tak di nampak dek orang.. so Sunah kata dia nak bawa masuk kandang tu dalam bilik dia dulu.. so okaylah, hangkut masuk bilik.. 

1 Mei Hari Pekerja, Kucing Aku Beranak!

1 Mei Hari Pekerja, Kucing Aku Beranak!

Dalam lepas Zuhur, akhirnya beranak juga si Panjang ni.. mula kata Sunah dah keluar sekor.. then dalam beberapa minit kemudiannya, keluar lagi dan lagi.. semuanya ada 3 ekor.. alhamdulilah.. 

Anak-anaknya semua sihat, dan takde sekor pun yang bulunya macam si Panjang hahahaha.. semua putih hitam aje.. apakah anaknya si Kenit? tapi si Kenit ni takde pulak Sis perasan 'tenggek' mengawan di Panjang.. yang Sis tau, ada sekali tu, Panjang terlepas keluar, dua hari tak balik rumah.. then lepas tu laa tau-tau nyaaa bunting... 

Hurmmm apa-apa je laa Panjang.. bin rakan-rakan aje laa anak-anak ko .. now nak beri nama apa pulak kat anak-anak si Panjang ni.. nanti laa fikirkan.. cuma sekarang tengah fikir, mana nak letaknya anak-anaknya si Panjang.. sebab Suami dah mula membebel huhuhu.. adoiii.. kusut otak den.. 

Kalaulah Sunah takde, aduiii memang Sis ko blur laa nak buat apa, jenis Sis geli nengok anak kucing lembik-lembik gitu erkkkk... kalau dah besar sikit takpe.. 

Lepas ni habis pantang, nak pi mandulkan si Panjang.. jangan kang ko buat hal lagi.. eeeee... 


P/S: Suami bukan tak suka kucing, dia suka, tapi cukuplah sekor je.. ni kalau dah banyak, setahun bebel pun tak sudah kang.. 
Tags

إرسال تعليق

9تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah. Syukur. Tahniah Sis dapat cucu. Selamat berpantang dan menjadi ibu Panjang. Setiap haiwan yang lahir ada rezeki untuknya dan dia akan selalu mendoakan siapa yang berbuat baik kepadanya. Aamiin.

    ردحذف
  2. Anak bapak ni semuanya hahaha, sian mak ngandung penat penat tapi sekor tak ada ikut warna dia hahahah

    ردحذف
  3. comeynya cucu hii,, ya lah sis kalau saya pun cukup sekor jugak.. huu.. kena pi mandulkan si panjang tunanti buat hal plak . comel plak nama panjang :D

    ردحذف
  4. hahaahahahah bin rakan-rakan 🤣🤣🤣🤣

    ردحذف
  5. hahahahhaha bin rakan-rakan 🤣🤣🤣

    ردحذف
  6. hahaha aduh sis, tajuk entry dah lawak hahahhaaa

    ردحذف
  7. Laaa... bunting rupanya kucing Lin.. ingatkan dah sempat nak mandulkan

    ردحذف
  8. Comelnya kucing... ingat dulu masa bela kucing...tak larat nak layan...hehehe...

    ردحذف
  9. chomeyy je anak2 kucing tuuh.. hikmah ada ciksunah bermalam di situ khannss 😅

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!