ARE YOU OKAY?. DOA AGAR HATI TENANG | Yaaa i'm okay, fine.. thank you.. itu soalan yang kerap 'sesaorang' bertanya pada Sis. Dia tau Sis ni kadang okay, kadang tak okay, so dia akan kerap bertanya.. but Sis selalu jawab 'okay', sebab diri sendiri pun tak suka menjawab 'not okay'... apa jua keadaan resah, gelisah, suka, sedih, Sis lebih suka nampak okay okay.. segala apa yang kita rasa, biar menjadi rahsia kita dan Allah.. tapi syukur ada juga insan yang sangat memahami perasaan Sis ketika diri ini 'not okay'..
Tapi soalan 'Are You Okay' tu nanti, korang selalu-selalulah bertanyakan kepada ibu bapa, kengkawan, jiran, saudara mara, adik beradik, bukannya, time wabak Covid19 ni, kita tak tau mereka okay atau tidak okay. Kalau mereka senyap, kita pun senyap, tau-tau kita dapat khabar mereka sakit terkena wabak, di masukkan ke hospital, jika tidak bernasib baik, mungkin kita tak akan lagi jumpa mereka.. maka selalulah bertanyakan khabar..
Esok Malaysia akan 'Total Lockdown', so keraplah juga bertanya kepada mereka-mereka itu keadaan mereka.. bagi kita mungkin kita okay, tapi dalam situasi mereka, mungkin mereka tak okay, kita mana tau.. so kalau kita kerap bertanya, mungkin kita tau keadaan mereka. Dan jika kita tau mereka memang tak okay, tapi mereka kata okay, kita amik pedulilah dan hantarkan bantuan. Tak kisahlah bantuan dari segi apa, kalau kita dah memberi, takkan mereka nak menolak..
SUNGGUH, perjalanan hidup kita ini tak sama dengan orang lain. Baik dari segi kehidupan, kewangan, kebahagiaan, mahupun perasaan. Hinggakan ada antara mereka yang ingin menjadi seperti orang lain, sanggup buat apa sahaja demi nak menjaga 'air muka' sendiri, tapi 'are you okay'?
Andai kita tahu setiap yang ALLAH rencanakan untuk kita hari ini adalah jalan-jalan untuk memberikan yang terbaik, pasti kita reda dan tenang dalam menjalani ujian. Betul tak? Jika tidak seperti apa yang kita impikan, janganlah kita menyalah takdir atau menyalah sesiapa, terutama Allah, sebab setiap yang Allah berikan kepada kita, itulah bahagian kita.. esok lusa pasti akan ada hikmahnya..
Tidak dinafikan apabila seseorang berdepan situasi ini, dia akan sedaya upaya mencari jalan keluar tetapi tahukah korang jalan yang terbaik untuk mencegah ketidakstabilan emosi dan menguatkan diri semula adalah dengan memohon pertolongan Allah SWT dan mengamalkan doa agar hati tenang.
Doa agar hati tenang (Hadis Imam Thabrani)
Doanya: Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika.
Ertinya: "Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang ridho dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu."
Setelah membaca doa tenang hati tu, korang juga boleh lakukan lima perkara ini untuk memulihkan suasana hati.
1) Sangka baik pada ALLAH
Sepertimana ALLAH suruh kita beriman kepada qada dan qada, begitulah ALLAH ajar kita untuk didik jiwa supaya bersangka baik pada setiap pemberianNya.
Kita tak boleh pilih siapa ibu bapa kita, tapi kita boleh design cara didikan yang baik untuk anak kita. Kita tak boleh pilih untuk dapat anak lelaki atau perempuan, tapi ALLAH janji doa anak soleh akan sampai kepada kita walaupun kita dah mati nanti.
2) Banyakkan istighfar
Ujian biasanya disebabkan dosa. ALLAH tak kan biarkan orang Muslim meninggal dengan membawa dosa. Kalau sebelum meninggal pun ALLAH tak nak kita bawa dosa, sebab berat azabnya. Di dunia ni pun begitulah.
Bila kita tak mohon ampun, maka ALLAH beri ujian kepada kesihatan kita, supaya ketika itu kita kerap menyebut nama ALLAH. Supaya ketika sakit, kita jadi kurang makan, bukan lagi mengikut nafsu. Supaya ketika sakit, kita jadi tak nak jumpa kawan-kawan, makanya dah berkurang dosa membawang. Begitulah. ALLAH atur satu-satu. Sebelum diberi ujian, bersihkan diri kita siap-siap supaya ALLAH tak paksa kita untuk dihapus dosa. Kan lebih tenang tu.
3) Banyakkan mengaji al-Quran
Al-Quran ni mukjizat. Ayat-ayatnya tak kan pernah berubah, tapi ayat-ayatnya mampu mengubah manusia. Jiwa resah gelisah boleh berubah Indah. Hati gundah gulana boleh bahagia. Banyak mana nak mengaji? Sebanyak mana kita nak tenang, sebanyak itulah kita perlu mengaji.
4) Jaga & upgrade solat
Jaga solat di awal waktu, mula belajar untuk khusyuk. Cari tahu makna bacaan dalam solat. Mula jaga tertib solat, macam mana kita nak kehidupan tenang, begitu juga perlu buat dalam solat. Solat dengan tenang dan sabar.
5) Fokus penyelesaian bukan masalah
Serabut, stres, gelisah semua ni adalah masalah. Bukan penyelesaian. Cari balik punca masalah, betulkan satu persatu simpulan agar beroleh penyelesaian.
Tak ada duit contohnya, bukan mengeluh salahkan bos salahkan Covid-19, tapi cari side income yang boleh tambah pendapatan. Begitu.
Semoga beroleh manfaat. Alhamdulillah atas segala nikmat yang Engkau berikan..
P/S: Sis buat masa ni lebih suka guna Essentials Oils dari Young Living ni aje tiap malam sebelum tidur.. minda akan rasa nyamann tenang dan relax... cubalah..
semoga kita semua terus ok
ReplyDeleteBetul tu Sis...x semua benda kita nak tunjuk kat media sosial kan...harap apa pun masalah kita masih OK untuk hadapi
ReplyDelete