BUKAN REZEKI AKU NAK DAPAT VAKSIN ASTRA-ZENECA SEMALAM

Sis Lin
15
BUKAN REZEKI AKU NAK DAFTAR VAKSIN ASTRA-ZENECA SEMALAM | Semalam sekali lagi laman web untuk slot temujanji vaksin Astra-Zeneca di buka untuk orang ramai mendaftar & tempah bagi katagori umur 18 tahun ke-atas. Dan Sis adalah salah seorang yang memang menunggu saat-saat ini. Ye laa keadaan tengah macam ni, kita tak payah nak memilih dan menunggu vaksin laa.. mana yang di beri peluang kita rebut ajee. 

Awalnya sebelum tu pada 23 Mei, slot bagi katagori 60 tahun ke atas telah pun di buka, rata-rata elok aje mereka mendaftar dan buat tempahan di laman web tu, takde pulak dengar rungutan dan ada masaalah. Tapi semalam bila di huka sekali lagi untuk katagori 18 tahun ke-atas, laman web www.vaksincovid.gov.my terus jadi 'biol' hahahahaha.. adoiiii.. 

Sis semalam yang Sis utamakan nak daftar untuk Suami dulu. Yaaa Sis memang harap Suami dapat dulu sebab dia lebih memerlukan. Tu pun sampai anak bising kenapa tak buat Mak punya dulu, ermmm.. takpe laa.. Anak bujang daftar untuk dirinya.. Yana? Dia memang tak amik kisah hahahaha.. so terus anak Sis,Kakak minta details Sis, dia tolong buatkan untuk Emaknya.. so berbagi kerja laa kami semalam.. 

Bukan Rezeki Aku Nak Dapat Vaksin Astra-Zeneca Semalam

Seawal jam 11.30am Sis dah anak bujang dah stanby dah dengan laptop dan handphone memasing, duk tunggu laaa sebab khabarnya jam 12pm laman web tempahan akan di buka. Sesambil tu semak laaa butir lengkap diri sebelum ni supaya lengkap dan tepat. 

Tiba jam 12pm haaa bermulalah perang siber hahahaha... tekan tekan tak keluar, tekan tekan tak boleh, sekali refresh laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... website ada masaalah pulakkk, di tunda ke jam 12.15pm pulakkkk adoiiii... 

Bukan Rezeki Aku Nak Dapat Vaksin Astra-Zeneca Semalam

Bila dah jam 12.15pm, haaa apalagi, semua mencuba nasib laaaa... alhamdulilah dah boleh masuk, isi laa mana yang perlu seperti IC, nombor telefon, ID MySejahtera.. then tiberrr tiberrr... sampai kat negeri tu laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jadi mimpi ngeriiiii.. dah kenapa tak boleh klik negeri tu??????.....adoii time ni dah mula stress dah.. 

Bila rasa dah banyak kali tekan tak boleh, menunggu lagi, tekan lagi, mulalah si reCaptcha tu minta bukti yang ko bukan ROBOT... arghhh sengallll...... dah tak memasal, asyik keje jadi budak sekolah rendah... mana basikal, mana jambatan, mana lori, mana pokok.... benghong arrrrr.... 

Bukan Rezeki Aku Nak Dapat Vaksin Astra-Zeneca Semalam

Tanpa putus asa membuktikan yang Sis ni bukan robot, makanya hampir berpuluh kali tekan tekan tekan negeri tu, akhirnya keluar laa pilihan date vaksin tu... arghhh Sis main tekan je memana date, janji dapat... tup-tup arghhhhhh 'Maaf, semua slot telah penuh'.... hampeh....

Tapi takpe, kita cuba lagi dan lagi... berpuluh kali juga refresh, dan cuba plak date lain, ada masa negeri tu pun sama juga tak boleh tekan, cuba lagi dan lagi..... kemudian keluar lagi robot tu semua, isi lagi, buktikan lagi, tekan lagiii...

Dan akhirnya..... 

Bukan Rezeki Aku Nak Dapat Vaksin Astra-Zeneca Semalam

Bila refresh balik... 'Tempahan telah di tutup'.. sekian terima kasih..
Haahahahahaha ini semua POYO... 

Maka berakhirlah situasi di mana Sis telah buktikan yang Sis ni bukan ROBOT... kalau tidak, sampai ke sudah dia minta bukti... huhuhhu..

Tapi bila dah berkahir semuanya... dan tidak dapat mendaftarkan untuk Suami, Sis terkilan sangat, kalau kata semuanya tak betul, ada je yang dapat tempahan tu, ada je yang berjaya menempah.. so anggap aje laa takde rezeki.. kita fikir positif aje laa.. mungkin kita nak dapat yang lebih baik..walaupun agak kecewa dengan sistem pendaftaran dia.. mencikkk aku..

Stress tau oii.. anak bujang Sis yang belajar dalam dunia IT ni, bila dia kena yang sama semalam, duk membebel mengenai website tu.. dah macam budak Poli yang buatnya aje katanya ahhahaha adeiii.. pleaselah lepas ni buatlah sistem yang lebih teratur, bijak dan padan dengan 'harganya' tu uhuk uhuk uhukkk... 

Tahniahlah buat korang yang berjaya.. jangan pulak dah dapat tempahan slot, time nak terima vaksin, ko tak datang, kang haku hempokkk jariii tuuu.. 


P/S: So... lepas ni kita tunggu pulak nasib bulan Julai.. khabarnya vaksin Pitzer plak akan sampai kan.. 

Post a Comment

15Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ko tau, kakak ipar member ako semlm x berjaya tp pagi ni alih2 diorang dapat temujanji kat mysejahtera...

    kebanyakkan ako baca kat satu grup, mmg sape x berjaya semlm, tup2 mysejahtera diorang berupdate dengan tarikh temujanji....

    mak aiii... sistem bercelaru semlm oiii..
    cer ko check mysejahtera ko.. mana tau ada rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah check sedih, tak ada, sebab semalam aku punya Kakak buatkan, aku buat Laki aku punya, nanti aku tanya Laki aku..

      Delete
  2. Bertabahlah, ramai jugak yang tak dapat tu. Semoga vaksin akan datang, jauh lebih baik. Tak dapat tu, pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  3. It's a shame that the government is actually forcing us to...rush to get the vaccines. Other countries can provide adequate vaccines for their people...but not ours...

    ReplyDelete
  4. ramai yang tak dapat vaksin. termasuk lah saya. takpa tunggu next vaksin

    ReplyDelete
  5. Kita pun tak dapat, bukan rezeki. Katanya sistem RM70 juta, apo macam ni. Shopee pun bagus..patutnya buat sistem yang tau orang ramai akan ambil..bila semua ornag nak vaksin, jadi macam ni pulak..geram..harap kita dapat next vaksin

    ReplyDelete
  6. Bertabah SisLin. Sal doakan SisLin akan dapat jugak vaksin dalam masa terdekat. Sementara tu jaga diri ya. Insya Allah ada rezeki tu nanti

    ReplyDelete
  7. Dont lose hope sis! Mana taw dapat good news within this week.. I pun kecewa time hari pendaftaran semua fulllllllll jer! Almost setiap tarikh i click then give up.. Tutup laptop! Tengok2 ada good news the next day!

    ReplyDelete
  8. Mmg ramai giler menodak semalam. X or insyaallah Akan datang Ada vaksin br

    ReplyDelete
  9. Kita usaha. Selagi boleh. Mana yang boleh on.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulilah. Nie Rawlins baru sampai rumah lepas selesai cucuk 1st Dose tadi. Now ngantuk je dan haus melampau. Eh. Nie Sis kan? Bukan robot kan?

    ReplyDelete
  11. Jammed teruk website. Dengarnya ada yang failed tapi check semula dapat.

    ReplyDelete
  12. Tu la dengar kecoh juga orang ramai duk berebut nak daftar tak dapat dapat. Sabo je le. Tahniah buat mereka yang berjaya. Laju deme

    ReplyDelete
  13. Ya.. samalah husband i pun try banyak kali tak daoat tembus. Takperlah maybe rezeki tu utk org yg lebih memerlukan. Haha pujuk hati sendiri

    ReplyDelete
  14. Takpe akak. Sekarang dah mudah takyah nak claim sama ada akak robot ke tak. Hahahaha. Nanti Abah KJ bagi tarikh appoinment utk akak. Harap-harap dapat sama tarikh ngan suami dan anak-anak.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!