GERHANA BULAN PENUH (SUPER FLOWER BLOOD MOON) PADA RABU 26 MEI 2021 | Semalam tiba-tiba masa Suami balik rumah dia tanya Sis, 'Esok Gerhana Bulan Penuh ke?', oleh sebab Sis ada terbaca di perkongsian twitter kelmarinnya, so Sis jawab laa, 'YA'.. dan bertanya, 'Kenapa?'.. Suami tak jawab pulak pertanyaan tu, ermmmm...
Kalau ada arwah Atuk Sis, ko sebut je gerhana bulan, haaa mulalah panjang lebor dia keluarkan 'pantang larang' dia, satu hari satu malam kang ko duduk sebelahnya citenya tak habis hahahaha.. kami adik badik memang dah biasa dah dengar bebelannya. Lagi kalau ko tengah mengandung, memang dia perhati dan jaga ko laaa sepanjang gerhana bulan.. Maklumlah orang tu kan, kena pulak jenis yang berpegang pada adat dan pantang larang melayu..
So esok bagi korang yang ternanti dan nak tengok gerhana bulan penuh ni, haaa saksikannya esok yaa.. mana yang ada kamera canggih ke, amiklah peluang ni, rakam detik tibanya gerhana bulan penuh tu..
Fenomena Gerhana Bulan pada 26 Mei 2021 (Rabu) akan berlaku selepas Bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee) dengan jarak 357,309km. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di timur Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik, termasuk Hawaii.
Fenomena gerhana bulan penuh ini akan berlaku mulai jam 16:47 dan berakhir pada jam 21:50 waktu Malaysia. Masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut ketika ia telah mencapai fasa gerhana separa bagi penduduk di Sabah dan Sarawak manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya kelihatan ketika fasa gerhana telah maksimum.
Jom sama-sama kita saksikan penstriman langsung Gerhana Bulan Penuh “Super Flower Blood Moon” di akaun media sosial Facebook dan Youtube Planetarium Negara pada hari Rabu, 26 Mei 2021. Kemudahan teleskop tidak akan dibuka untuk orang awam di Planetarium Negara kerana situasi negara yang sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗣𝗔𝗞 𝗪𝗔𝗥𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗛?
Fenomena ini disebut sebagai serakan Rayleigh, iaitu fenomena yang menyebabkan matahari kelihatan kemerahan ketika matahari terbit dan terbenam, pelangi kelihatan berwarna-warni dan langit kelihatan kebiruan.
1️⃣ 𝗖𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 𝗠𝗮𝘁𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶
Semasa Gerhana Bulan Penuh, Bumi menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke permukaan Bulan. Apabila Bulan berada sepenuhnya dalam bayang umbra Bumi, cahaya Matahari masih boleh sampai dan menyinari Bulan. Cahaya Matahari akan melalui atmosfera Bumi terlebih dahulu dan kebanyakan cahaya warna biru akan ditapis. Cahaya yang tertinggal ialah warna merah atau jingga yang lebih malap berbanding dengan cahaya putih Matahari.
2️⃣ 𝗔𝘁𝗺𝗼𝘀𝗳𝗲𝗿𝗮 𝗕𝘂𝗺𝗶
Atmosfera Bumi juga membiaskan sebahagian cahaya Matahari dan hanya sebahagian kecil sahaja yang sampai dan menyinari Bulan. Kesan penapisan dan pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera Bumi menyebabkan Bulan kelihatan merah semasa gerhana maksimum. Jika Bumi tiada atmosfera, maka Bulan akan berada dalam keadaan gelap sepenuhnya semasa berlakunya Gerhana Bulan Penuh.
Sumber : Malaysian Space Agency
P/S: Kekadang ada juga benar tau pantang larang orang tua ni, ko jangan memain.. Sis pesan aje..
selalunya bila tiba masa tu, selalu la lupa nk tgk hehehe..
ReplyDeleteeh cop, apa pantang larang nya?
Salah satu nikmat dan bukti kekuasaan Allah swt.
ReplyDeleteApa pun yang orang tua cakap atau pesan termasuklah pantang larang, kalau tak sependapat dengan kita atau kita tak setuju jangan melawan.. diam je.
thank you sharing the info :)
ReplyDeleteKebetulan besok pun cuti umum
ReplyDeleteTak sabarnya nak tengok
ReplyDeleteinilah bukti nya Allah Maha Mencipta. mesti cantik kalau dapat tengok. kat selngor hujannnn dari petang tadi.
ReplyDeleteAnak-anak akak pun kecoh tentang Gerhana Bulan Penuh. Teruja semua nak tengok. Biarlah. Dari situ mereka pasti kagum dengan Yang Maha Pencipta.
ReplyDeleteKawasan rumah Rawlins hujan lebat plak semalam, maka memang tidak la daku meninjau fenomena nie. Pastu teringat anime Naruto plak bila tengok gambar rembulan cenggini haha
ReplyDeleteI heard and read about this also, my area was raining so the vision is not clear.
ReplyDeleteMemang cantik kalau dpt saksikan gerhana bulan depan mata. My aunty sampai keluar rumah dok cari2 bulan tp xde pulak. Terlindung dengan awan barangkali
ReplyDelete