HARI KEDUA PULUH LIMA BERBUKA PUASA AKU TAKEAWAY NASI BIRYANI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL | Yaa Rabbi, punya bizi baru ni haa pepagi dapat duduk bukak laptop dan update blog. Bizi segala macam hal, dari pagi membawa ke malam. Now pun masih banyak kerja yang tertunggak dan tertangguh tak siap lagi. Maklumlah semua tu kerja persiapan raya, so memang banyak kerja.
Tapi alhamdulilah, dalam pada sibuk, masih lagi berkesempatan nak jenguk blog ni. Terima kasih juga yang sudi bertanya khabar. Tak update sehari, ada je yang bertanya hehehehe.. dan dek sebab terlalu sibuklah, makanya hari kedua puluh lima berbuka puasa Sis order takeaway aje Nasi Biryani dari Renaissance Johor Bahru Hotel.
Selepas aje kerajaan dah umumkan SOP baru tidak boleh Dine-In di mana-mana kedai makan, restororan, cafe dan juga di hotel, so memang sana sini laaa semua pihak berkenaan telah buat servis takeaway, pick-up or delivery ke rumah korang. So siapa kata time PKP tidak boleh makan makanan hotel?.. masih boleh ya..
Dan sejujurnya, ini kali menu takeaway dari Cafe BLD Renaissance Johor Bahru Hotel memang super superb.. kalau tahun lepas waktu PKP takeaway menunya Nasi Arab Mandy , tapi ini kali, mereka buat pulak menu Asian yang semestinya memang time berpuasa atau raya ramai yang sukakanya.
Menu Nasi Biryani mereka menjadi menu utama takeaway untuk kali ni. Korang dah boleh mula start order sekarang sehingga laaa pada hari raya nanti. So agak kalau tak dapat nak masak atau tak sempat nak memasak, haaa korang bolehlah order aje.
Menunya pun ada banyak pilihan set, termasuk set Family.
Masa Sis order pun, jam 5pm baru Sis ke Renaissance dan hanya tunggu dalam kereta di pintu masuk depan Lobby tu je. Nanti mereka sendiri akan datang ke kereta korang dan hantar makanannya. Segala pembayaran ke korang buat secara online aje, so tak payah nak berurusan secara bersemuka bagai, itu lebih selamat.
Pembungkusan pun bersih dan kualiti terjaga, sebab ianya di sediakan dalam bekas plastik yang boleh di panaskan balik dalam microwave sebaik aje sampai rumah jika makanan dah sejuk. So tak payahlah korang nak hidang bagai, senang, habis makan terus buang aje. So far Sis time Sis amik makanan, semuanya masih panas lagi.
Set yang tersedia pun ada banyak pilihan menu. Dari Set A, Set B, Set C dan Set D juga Family Set, dan untuk kali ni Sis amik Set B dan juga Family Set. Semua set lengkap dengan Dalca Sayur dan juga Kurma sebagai pembuka selera.
Set-set tu semua, menunya semua berlainan. Tu nanti korang boleh tengok pada catalog menu mereka okay. Dan untuk Set B yang Sis amik, menunya terdiri daripada Nasi Biryani, Daging Rendang Tok, Ayam Masak Merah, Dalca Sayur, Papadom dan juga Kurma. Set ni korang boleh makan dalam 2 atau 3 orang juga kalau jenis tak kuat makan.
Untuk Set B ni, Rendang Daging Tok dia sedap... anak-anak pulak suka dengan Ayam Masak Merah dia, cuma kuah merah tu agak kurang melimpah je, kalau tidak, memang bergaul dengan nasi lee time makannya.
Dan untuk Set Family ni lebih puas oii.. sebabnya setnya boleh di makan dalam 4 hingga 6 orang makan jika korang jenis tak kuat makan juga hahaha.. ye la kang kuat makan kang, ada ayam pun ko bedalnya sengsorang hahahaha.. untuk family Sis, ayam tu cukup sangat untuk kami yang 5 beranak ni. Puas makan.
Dalam Set Family ni ada menu 4 pilihan Biryani yang korang boleh pilih, macam Sis, Sis amik Chicken Biryani.. atau kalau korang suka, korang boleh pilih samaada Beef Biryani, Lamb Biryani, Chicken Biryani, Fish Biryani atau Squild Biryani.
Biryani dia memang superb, kuahnya tak kedekut, puas kami makan. Cukup rasa, cukup semuanya.. tapi tu tekak kami anak beranaklah, ikutlah selera memasing kan.. Korang tengok pada gaulan nasi dan kuah Biryani tu je korang dah tau kan akan kesedapannya hehehehe.. dan set Family ni pun tersedia juga Kurma, Acar Jelatah, Papadom dan juga Dalca Sayur.
Portion dia memang banyak giler! takat korang nak makan 4 hingga 5 orang memang berbaloi sangat!. Kualiti rasa pun superb! Memang menu-menunya tak mengecewakan. Puashati! Korang kena cuba! Harga berbaloi dengan apa yang korang makan.
Pilihan Family Sis Rendang Tok dan Ayam Biryani dia, mabeles! Anak-anak kemain suka sampai licin sebekas! Nasinya pun sungguh lembut, memang puashati laa!!..
Korang boleh mula takeaway bermula jam 3:00pm sehingga 5:00pm.
Untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR, korang boleh ke Facebook Page Aku Sis Lin sini okay.
Untuk lihat ke semua menu pilihan, korang klik sini : https://bit.ly/MBCafeBLD
Untuk buat tempahan online, klik sini : https://bit.ly/CafeBLDTakeaway
Untuk pertanyaan, hubungi : Cafe BLD +6073813322
Korang cubalah, pasti puashati, ada kawan Sis beberapa orang dah order dan mencubanya dah, semua bagi feedback yang sama juga.. memang sedap..
P/S : TERKINI : PKP seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun 2021.. Raya tetap Raya ✌
Ya rabbi meriahnya menu takeaway dia ye. Skrg dah tak leh nak dine in huhu so take away pun berbaloi kan
ردحذفbanyaknya kuantitinya. macam-macam pulak tu lauknya.
ردحذفSedap nampaknya tu sis...
ردحذفRenaissance always offers customers good delicious food. Enjoy your meal. Thank you for sharing your experience with me.
ردحذف30 ramadhan semua makanan sis mengiurkan, aduii hari2 makan sedap ehhh rezeki betul
ردحذفSayang betul Hotel Reinassance ngan Blogger tersohor JB ni. Dari food review ke berbuka buffet dan kini takeaway. Haaaaa semua boleh. Reinassance KL takda plak dengar any promo camni. Saya nampak construction kat cawangan KL tu ada logo hotel lain. Ada jalin kerjasama la kot kn.
ردحذفTu dia take away dia. Memang macam bringing home the chef, punya banyak. Nasib Sis jauh, kalau dekat, memang menyinggah la
ردحذفsaya setakat hari ini belum lagi menggantung kuali utk berbuka, tapi yang ini kalau dapat order memang berbaloi kak, sedap dan harga pun berpatutan
ردحذفWahhh untunglah orang glamor dapat take away nasi briyani hotel pulak tu bukan calang-calang tempat hehehe tapi memang banyak giler lauk dan juga hidangan ni puas hati kalau buat untuk hari raya menarik jugakan. Mai lah hantar ke KL ni sikit hehehehhe
ردحذفjemput tengok jer kerrr ? hahahaha....memang heaven betul nasi briyani dengan lauknya sekali...insyaAllah sisi if ada rezeki ke sana mesti nak cuba jugak.....boleh ambik pakej menginap sekali....
ردحذفTengpk menu2 dia mmg sedap nasi arab tu mmg mengancam bln puasa time nak berbuka
ردحذفwah menariknya tengok menu menu tu, gambar foods menyelerakan sungguh..tapi jauh naaa nak order hehe
ردحذفMenarik la takeaway dishes dia! Tetap high class walaupun makan kat rumah! Yummeh!
ردحذفSenang tak payah nak susah payah masak kalau gini. Take away je. menu pun best!! Nampak pun dah boleh agak sedap hehe
ردحذفso so yummy looking all dishes, perfect for buka puasa & Raya festive feast while stay home. cheers, siennylovesdrawing
ردحذفMemang sesuai sangat bila ada service take away macam ni. Hari raya macam ni pun kalau teringat menu raya boleh order je kan tak payah susah2 masak
ردحذف