HARI KEDUA PULUH TIGA BERBUKA PUASA AKU ORDER SUP TULANG MERAH | Dari sehari bawa ke sehari Yana duk sebut nak makan Sup Tulang Merah. Hint dia tu suruh Emaknya masakkannya, tapi sebab agak lama Sis tak ke pasar dan agak lama tak masuk soping mall, last pi event di Toppen tu je la.. Fikirkan sesak nak masuk pasar tu, tu yang jadi malas.
Tak sampai hati duk dengar Yana sebut aje manjang, Sis pun trylah belek di Food Delivery Pasir Gudang, dan cari kotlah ada yang open order dan hantar ke rumah. Alhamdulilah, dah namanya rezeki, akhirnya dapat juga rezeki Yana nak makan Sup Tulang Merah..
Agak mengejutkan juga, harganya murah dan bila sampai ke rumah, sebekas besar ada 3 ketul di dalamnya. Kuah supnya jangan cakaplah, sungguh tak kedekut. Puas makan.
Tapi ...
Rasanya pulak tidak menepati citarasa tekak kami berdua. Kuahnya agak rasa manis, dan entah ek, nak kata tawar, ye juga, nak kata takde rasa sup merah pun ye juga.. tapi kami maafkan sebab ye laa puasa kot, takkan boleh rasa pulak kan time masak..
Apa pun berbaloi jugalah beli. Sebekas tu ada 3 ketul hanya RM20 sahaja. Caj penghantaran ke rumah Sis hanya RM2.. murahkan.. Sis rasa seller ni area sini aje, sebab tu caj penghantaran murah aje.
Sis beli 2 bekas. Konon beli 2 bekas takut tak cukup, lastnya kami berdua makan sebekas. Sebekas lagi Sis dah simpan masuk peti ais..
Tup Tup...
Sis keluarkan, panaskan sekejap, dan hidangkan untuk Suami.. sekali licinnnn sebekas 3 ketul tu Suami bedal hahahaha.. malas pulak nak tanya sedap ke tak.. kalau dah licin tu, sedap le tu kan kat tekak dia..
Alhamdulilah, at least senang nak mencuci piuk, nasi licin, bekas kosong, then peti ais kosong, takde le penuh dengan makanan baki berbuka.
Korang yang duduk area Pasir Gudang kalau nak mencubanya, boleh laa contact :
Fatihah +60 13-711-9483.. kita berkongsi rezeki sesama ya..
Seminggu je lagi tinggal berbuka puasa kan, ermmm...
P/S: Yeay.. esok anak-anak semua balik dan semua ada di rumah, alhamdulilah ❤
happy sungguh mak bila anak nak balik ye...
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa.
ReplyDeleteMacam gearbox kambing aje.
Ada juga ya sup tulang merah
ReplyDelete