HARI KELAPAN BELAS BERBUKA PUASA AKU MAKAN DI HARD ROCK HOTEL DESARU COAST | Tak habis lagi cerita makan selagi belum habis puasa ni hahahaha sebabnya hari-hari juga ada je cite berbuka puasanya kan.. tahun ni rajin terlebih Sis ko update dan kongsikan dengan korang aktiviti berbuka puasa Sis sepanjang Ramadan tahun ni... ini kali jer, tahun depan malas le nak update hahahaha..
Untuk hari kelapan belas berbuka puasa ni, Sis dan Sunah memang dah pakat sepakat, memang dah plan awal-awal nak berbuka puasa di Hard Rock Hotel Desaru Coast (HRHDC) ni guna Ramadan Culinary Passport Desaru Coast yang kitaorang dapat masa berbuka di Anantara Desaru Coast baru-baru ni.. Dan sebab ada terlebih satu kerusi pada hari tu, so Sis dan Sunah ajak laa Shieda sekali. Sebab dia yang jawab di IGs Sis 'Nak ikut' hahahaha..
Di sebabkan kali ni datang hanya nak makan sahaja, bukan atas undangan Food Review ke, so kami pergi lenggang-lenggang aje.. sampai pun ngam-ngam je masa nak berbuka hehehe.. sungguh best rasa perasaan itu, sebab 'datang makan' aja, so takde rasa sedang bekerja hehehehe..
Kat HRHDC ni kalau korang nak datang #BuffetRamadan masih ada lagi, seorang hanya RM128nett sahaja. Nah Sis kongsi detailsnya kot laa korang nak pergi..
The Malaysian Ensemble Buffet Dinner | Sessions By Hard Rock Hotel Desaru Coast
Available 13 April - 12 May 2021 | 6.30pm - 10.30pm
Plan now and enjoy later!
Whatsapp https://wa.link/ud8cac or email fnbmarketing@hrhdesaru.com for more information or reserve a table.
Yang menariknya.. dah nama pun Hard Rock kan, so time korang makan tu, tentunya laa korang akan di hiburkan dengan muzik.. siap ada penyanyi lagi.. Sis pun tak tau namanya, tapi suara dia sangat versatile okay.. semua lagu dia nyanyi, semua masukkkk.. terbaekkk arr...
Untuk menu-menunya pun, boleh di katakan, apa yang kitaorang amik, semuanya sedap-sedap.. Dan yang menarik perhatian ramai adalah Nasi Kerabu tu.. pelikkan.. lain dari yang lain.. tapi sedap.. menu pilihan 'main course' dia pun banyakk... dan kali ni Sis dan Sunah berjaya tak amik dan makan Kambing Golek hahahaha.. perghh tapi time drive terbayang-bayang pulak hahahaha..
Lama juga kami duduk makan situ.. lepas solat Maghrib pun, sambung makan lagi hahaha.. pengunjung pun boleh tahan ramai juga, tapi SOP mereka boleh di puji, sangat terkawal.. dan nasib baik jugalah meja kami di tempatkan di luar, so tidak laa terlalu rasa padat di dalam.. luas mata memandang..
Korang yang nak sambut besday ke, nak sambut anniversari ke, nak nyanyi ke, pun boleh.. boleh bagitau kepada pihak pengurusan tu untuk aturkan surprise korang.. sebab masa kitaorang duduk makan, ada 3 orang yang buat surprise.. kami tumpang tepuk tangan aje hehehe.. dan ada juga pengunjung yang menyanyi.. nasib baik suara sedap hahahaha..
Selesai makan, apalagi, ronda-ronda laa kejap di sekitar HRHDC ni.. dan jangan lupa berposing dan berOOTD depan Lobby tu hehehe.. memang tak sah kalau tak posing situ kan.. tapi nak amik gambar di depan guitar tu agak gelap, ada gak amik, tapi gambar tak memuaskan.. ke kami tak pandai amik gambar, padahal kamera handphone memasing canggih hahahahaha..
Takpe laa.. janji ado.. apa-apa pun kami enjoy makan dan terhibur.. dah kenyang apalagi.. balikkkk..
Next... masih ada baki 2 lagi tiket pasport sajian tu untuk di habiskan.. alhamdulilah Sunah punya dia bagi Sis.. so lepas ni bolehlah Sis pergi bawa Family .. yehaa.. thanks Sunah, Yoshiko & Peggy Loh..
P/S: Patut ramai tau makan sini, berbaloi datang jejauh, semua menu pun sedap...
Alhamdulillah
ردحذفdapat makan sedap2
alhamdulillah..memang paling best sebab enjoy! yang nyanyi tu bukan nama dia Sis Lin ke?
ردحذفSaya faham sis, memang syok feel makan tanpa bekerja. Makan free pulak tu kan. Haha
ردحذفbestnyaaa berbuka kat hard rock. sis kalau bab makan memang enjoy betul ye, yang baca ni pun terliur2 jadinya hahaha
ردحذفWow......iftar at Hard Rock Desaru eh? Cool! Rajin btul Sis Lin NIe berbuka do luar eh. Have fun dan yg paling penting jaga SOP.
ردحذفAwas tiap hari berbuka kat hotel ek hahahah..syiok wei sis
ردحذفAduhai. Nie yang buat makin terasa nak menyinggah ke Johor nie. Rawlins pun baca review makanan kat HRC memang lazat
ردحذفkalau dah namanya blogger, pergi lenggang-lenggang pun tetap nak update kan.. hehe.. Tapi ok la, simpan kat blog sebagai kenangan. betul tak?
ردحذفDr start bukak mmg teringin nak ke sini tapi tu lah..jauh bebenor. Harap lps pkp ni dpt le ke sana
ردحذفKalau boleh travel, sanggup Nell travel ke situ taw! Hehehe.. Cantiknya HRH ni... Tak pernah staycation kat any hotel dia lagi! Nak try la nanti...
ردحذفWahh bestnye makan buffet kat hardrock. Mana gambo makanannya. Baru nak cuci mata ni. Hihihi
ردحذفuishhhh level kayangan buffet ni hahaha... mana gambo makanan ku nak cuci mata mesti ada kambing bergolek golek kan heeeee
ردحذفMacam best ye Ramadan Culinary passport Desaru Coast tu. Saya tak pernah lg makan buffet kat Hard Rock hotel. Pernah pergi pun Hard Rock Cafe je
ردحذفFuhh ni memang tempat impian yaya nak pergi tapi tak dapat2 pergi sebab pkp dari tahun lepas huhu semoga ada rezeki merentas dan bermalam di salah satu hard rock hotel hee
ردحذفbestnyaaa, santai2 haaa kat HRC sambil makan sambil layan muzik ....memang heaven
ردحذفwow besrnya hard rock. beli baju or keychain tak sis? selalu collectors mesti beli barang tu kan kite pun dah lama tak ke sana
ردحذف